MUSIM SAKIT

4/27/2011 03:23:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Maybe sekarang musim anak bulu - bulu sakit kot.. Baca kat blog kucing terbiar dot com pun banyak kucing2 papa tu sakit. Sedih bila baca kucing yang namanya Adik dah meninggal dunia. Adik kucing yang cacat penglihatan. Kisah adik ni memang sedih.

Menurut apa yang Sang Lekit baca dari blog kucing terbiar dot com adik adalah mangsa kekejaman manusia juga. Matanya di ambil oleh tuan kucing lain untuk di gantikan pada kucing beliau mungkin mengalami masalah penglihatan juga. Kemudian adik di buang macam tu sahaja. Mujur Papa Hero jumpa & selamatkan dia & kemudian serah kat Papa kucing terbiar dot com. Kalau tak silap Sang Lekit macam tu la ceritanya. Apapun penderitaan si adik dah berakhir. Sebelum akhir hidupnya dia dah temui kehidupan yang bahagia bersama insan mulia yang menyelamatkan sekaligus memberi pelindungan & dan kasih sayang padanya. Tidak lah akhir ceritanya hidupnya berakhir di jalanan kan?? sekurang - kurangnya perginya berkubur.

Anak - anak bulu Sang Lekit pun ada yang sakit & semalam ada yang dah kembali kepada penciptanya. Tapi bukan kucing.. lekit cuma bela hamster. Dan ada lagi seekor yang sedang sakit. Kesian pulak.. Dari tujuh beradik dah tinggal 5 adik beradik & kemungkinan akan tinggal 4 jer lepas ni.

Mungkin sekarang musim sakit kot.. Sebab selama sang lekit bela kucing, bela hamster dari kecik lagi kalau tiba musim sakit memang akan banyak yang terkena sakit. Yang bernasib baik akan sembuh & sihat, yang sudah tertulis ajalnya.. akan menamatkan kisah hidup dengan sakit tu. Apapun selagi mereka bernyawa kita bertanggungjawab memberi yang terbaik kerana mereka juga makhluk yang punya perasaan. Sedih tu memang sedih.. Tapi terima sebagai ketentuan Tuhan. Takde apa yang kekal di dunia ni. Segalanya hanya pinjaman buat kita.

5 comments:

  1. try asingkan hamster yg sakit tu..rasanya berjangkit kot...

    ReplyDelete
  2. eh kesiannya kisah kucing nama adik tu..kejamnya manusia..

    ReplyDelete
  3. suke menatang ye... sama lah... suke kucing sangat2... bukan nak mengade... tapi, memang suka kucing...

    betul kate zul... asingkan hamster yg sakit tu....

    ReplyDelete
  4. sekarang ni musim ujan..haiwan berbulu raseneye alergik ckit ngan sejuk ni..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com