NAMA GELARAN YANG MEMALUKAN

4/25/2011 08:00:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Sebagai anak desa walau telah berhijrah ke kota tapi Sang Lekit masih tak lupa asal usul. Biarpun di lahir & di besarkan kat kampung.. Namun remaja sang lekit tidak banyak kisah sekitar kampung sebab masa tu dah pandai bergaul & bersosial di luar. Itu kisah budak - budak baru nak up kata orang. Bukan kisah tu yang di kopekkan tapi isu gelaran orang kampung pada seseorang.

Kat kampung ni kalau sebut nama mat, mail, dollah, salleh memang kadang - kadang ramai. Sebab ramai orang yang mempunyai nama & nama panggilan yang sama maka wujudkan gelaran yang pelbagai. Kadang - kadang mengikut sifat, sikap & perawatakkan. Macam pendek, tinggi, gemuk & macam - macam la. Bagi gelaran yang biasa mengikut fizikal tu kadang - kadang boleh la terima tapi bagi gelaran yang kadang - kadang mengaibkan tu hingga jadi bahan ejekkan orang lain pada individu tu atau keluarganya bagi sang lekit agak melampau.

Kat kampung sang lekit ni memang sangat popular la dengan nama gelaran.. Macam - macam jenis nama. Ada awang katu, mat jepun, tom bade, Mat dayak,.. aduhai banyak sampai tak terhafal. Tu antara nama - nama gelaran yang biasa dengar kat kampung Sang Lekit. Pada mulanya gelaran itu di cipta mungkin dari ejekkan berdasarkan sifat & sikap seseorang tapi bila dah melekat sampai kemati pula orang hanya lebih kenal nama gelaran dari nama sebenar beliau.

Apa yang menjadi aibnya bila nama gelaran tu di jadikan bahan ejekkan pada kaum keluarganya yang lain. Macam kalau bapak dia nama mat dayak.. bila orang jumpa si anak & nak menyakat di gunakan nama gelaran si bapak bagi mengusik si anak. Mengusik kadang - kadang pun menyakitkan hati apatah lagi memang tujuan seseorang memang nak sakitkan hati. Bila di luar kampung bertembung pun masih di ejek macam tu.. Pasti mendatangkan malu. Bila dah malu.. Jadi la aib. Sebab kadang - kadang kaum keluarganya bila tahu si bapak or ibu or sesiapa sahaja dari golongan ahli keluarganya yang mempunyai nama gelaran yang pelik, aneh & memalukan.. pasti taknak orang lain tahu. Tapi bayangkan kalau kita tengah lepak dengan kawan - kawan kat luar.. terserempak pula dengan orang kampung tiba - tiba datang tegur & bertanya.. "Ni anak Mat Dayak ker??" Tak banyak sikit pun mesti la tebal muka, kan? Lain la nama gelaran bapak dia Pak engku walhal takde salasilah keturunan di raja pun, mesti rasa ok jer kalau orang nak sebut nama gelaran si bapak tu kat mana2 or dengan siapapun, kan??

Salah satu perangai/sikap/sifat orang kampung yang Sang Lekit tak berapa nak berkenan itulah dia. Suka sangat memberi orang gelaran - gelaran yang memalukan. Mungkin di bandar/pekan/kota pun ada yang mengamalkan cara yang sama tapi rasanya ia bermula dari kampung juga.

Apapun berpada - pada la dalam menggelarkan orang. Jangan sampai memalukan & mengaibkan. Sebab nama gelaran ni bila kita sentiasa biasakan menyebut akan melekat lekit sampai ke mati. Walau dah mati pun nama itu tetap hidup tau.

Ini cuma pandangan peribadi sang lekit sahaja tidak merujuk mana - mana pihak, individu mahupun blog atau blogger. Terpulang pada anda untuk mengkategorikan entri ni sebagai pandangan, mengumpat atau menjatuhkan orang lain. Tu hak anda.. namun dengan akal yang ada harap di gunakan untuk membuat penilaian.

18 comments:

  1. panggilan nama tu kan doa...tak baik kita suka aibkan org dgn panggil nama pelik2 kan

    ReplyDelete
  2. lebih elok panggil saje nama penuh

    setiap nama mesti ade maksud nye tersendiri

    tak semesti nye orang kampung

    bandar pun selalu panggil nama gelaran

    siap nama dah macam ke-barat-an dah

    ReplyDelete
  3. orang kampung sy pon banyak guna nama gelaran.. tp kebanyakannya bangga dengan nama yg diberikan kpd mereka sehingga mereka sndr menggunakan nama tu mcm kuro(kura2), tukul, pendek, buncit (padahal x buncit pon)..

    ReplyDelete
  4. xduk kpg pon dpt gelaran pelik2...
    mse study dlu mber pggl MAT, bknye TON...
    adehhh...da mcm pggl org laki

    ReplyDelete
  5. Betul jugak.... orang kampung saya pun lagi la... habis nama dah diorang ni letak...

    kadang-kadang tak boleh dah panggil nama sebenar... mesti nak tukar jugak nama tu...

    ReplyDelete
  6. Apapun gelaran kalau yg dipanggil itu suka dan restu xpe, tp kalau xsuka mmg xelok kalau terus memanggil dengan nama tsbt..

    ReplyDelete
  7. kalau panggil nama ikut sifat fizikal memang tak patut la...tapi kalau name gelaran yang baik takpe la...

    ReplyDelete
  8. Selalu guna nama gelaran utk anak2 murid.Tapi nama manja yang dia org sukalah.

    http://scarlettj1.blogspot.com/2011/04/abis-tu-camno.html

    ReplyDelete
  9. kalau dia ada nama gelaran tu kita sendiri rasa segan nak panggil sebab tak biasa dengan nama2 yang memalukan tu..kan??

    ReplyDelete
  10. pilihlah nama yang elok utk anak yang bakal dilahirkan nanti.. nama ialah doa dan nama juga mengambrkan peribadi.. :P

    ReplyDelete
  11. CB dulu..time skolah..dorang suka panggil nama2 bapak nie.. nama CB aida.. tp dorang panggil anak adit.. pastu dok tukar2 lak..men gelak2 lagi.. --'

    ReplyDelete
  12. ni la yang dinamakan budaya... biase la tu.. kat kampung saye pun ade tabiat mcm ni... orang kampung... dari segi mantaliti pun dalam lingkaran kehidupan mereka-mereka sahaja... tapi tak semua org kampung la... kita fokus pade golongan yang suria maksudkan... cara hidup seperti percampuran... latar belakang pendidikan... semua tu perlu diambil kire... kene faham la...

    ReplyDelete
  13. bukan org kampung, bukan org melayu je...tapi hampir majoriti manusia dalm dunia suka bagi nama gelaran,

    budaya org arab adalah yang pling kuat memberi gelaran...

    ReplyDelete
  14. kalau boleh, janganlah bagi nama gelaran yang teruk sangat..bila kita selalu panggil nama dengan nama tu, akan melekatlah nama tu sampai bila-bila..satu doa juga tu..lebih afdal guna nama yang sedia ada dalam IC. :)

    Jom baca ni: Free one drop perfume..Sape nak?

    Jom baca ni: Pesta Buku PWTC 2011..Puas hati, berbaloi-baloi..

    ReplyDelete
  15. hehe..time skola rendah dulo ade jugak kes2 budak nakal yg panggil dgn nama2 bapa nie..

    apepun..x elok le..x sesuai..letak nama yg elok..dan panggil dgn nama yg elok..kat akhirat esok..nama tu lah yg diseru...

    ReplyDelete
  16. panggilan nama xleh main2 tao!!
    kalo x lari maksud..
    lagi satu, itu adalah doa utk kita jugak..
    dats why kalo nak pilih nama kena tgk maksud dulu..
    tp org zaman sekarang..
    nak nama canggih2 even xde makna..
    duniawi jer tuh...

    ☆┌─┐ ─┐☆
    ☆│▒│ /▒/
    ☆│▒│/▒/
    ☆│▒ /▒/─┬─┐... HYE!! HYE!!
    ☆│▒│▒|▒│▒│ ..PEACE....
    ┌┴─┴─┐-┘─┘
    │▒┌──┘▒▒▒│
    └┐▒▒▒▒▒▒
    ❤salam singgah dari mummyweiyda❤
    ❤eppy blogging ya!!❤

    Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    ReplyDelete
  17. kalau ikut logik akal pun ternyata apa yang sis sampaikan ada benarnya..

    *bagi sy tak perlu nak panggil dgn gelaran yang tak patut walhal ada nama sebenar..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com