PETANDA ANDA MEMILIKI SAKA

8.4.11 Suria Lekatlekit 10 Comments

Hari ni Sang Lekit nak kongsi sedikit ilmu berkenaan Saka hasil dari pembacaan Melekit. Memang artikel ni panjang tapi Lekit ambil yang penting sahaja untuk di isi dalam entri ni. Zaman dulukala manusia masih jahil banyak berdamping atau bersahabat dengan sesuatu yang di panggil saka dalam pelbagai nama seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya. Harus di warisi apabila pengamal saka ni meninggal dunia. Kadang - kadang kita sendiri tidak sedar kita telah mewarisi Saka secara tidak sengaja. Bagaimana mengenalpasti kita terwaris warisan yang syirik ni jom Sang Lekit nak share..


SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh. Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam.Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak.Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal.

Petanda seseorang mempunyai saka

Gejala waktu tidur
-Susah tidur malam.
-Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
-Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
-Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
-Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
-Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
-Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
-Berdiri dan berjalan ketika tidur.
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
-Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
-Mimpi melihat budak kecil.
-Mimpi melihat salib atau gereja.
-merintih dan menangis ketika tidur.


Gejala waktu jaga

-Selalu pening kepala.
-Lalai mengingati Allah SWT
-Sering lesu dan malas.
-Rasa sakit di salah satu anggota badan.
-Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
-Lenguh sendi-sendi utama.
-Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
-Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
-Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
-Mudah marah dan panas baran.
-Emosional dan terlalu sensitif.
-Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
-Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.

Moga denga perkongsian ilmu yang sedikit ni memberi manafaat pada semua agar kita tidak tersasar dari landasan agama semata - mata mengejar dunia yang fana. Setiap perkara yang berkaitan dengan iblis, syaitan & jin ni kita sedia maklum tiada pengakhiran yang baik.. maka jauhilah segala amalan syirik & khurafat yang menyesatkan.

Rujukan : Harian Metro


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

10 comments:

  1. terima kasih//perkongsian sangat menarik

    ReplyDelete
  2. macam ade je sikit2 tanda pada aku..

    ReplyDelete
  3. info yg bgus...
    baru tau psal tanda2 ni..
    :)

    ReplyDelete
  4. saye suke mimpi yg buruk2 skng.takut lah kak. hmmm =(

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah xde sumernyer ...

    thanks atas pengkongsiaan ilmu >.<

    ReplyDelete
  6. errr..gerun.. nenek moyang dulu ada saka...huhuhuhu..

    tp dh buang.. takot cari taun baru lakkk! huwaaaaaaaaaaaaaa!!!

    ReplyDelete
  7. saka...menakutkan! pernah juga dengar saka keluarga ni, keturunan aceh mencari waris perempuan sebagai pewaris! kalau boleh tak mau la...

    ReplyDelete
  8. turunnya saka ni pada seseorang sbnrnya Allah nak uji je kan dan nak hapuskan dosa2 yg ada..hehehe

    ReplyDelete
  9. info yang menarik...macam ada tempias jek...huhuhu...seram la pulak...

    ReplyDelete
  10. cek cek rupanya bukan saka.. tapi darah tinggi... hahaha

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!