GAMBAR KUCING DI KAFANKAN SEBELUM DI TANAM

5/14/2011 11:41:00 PM suria lekatlekit 17 Comments

Manusia pencinta haiwan ni kadang - kadang kerana terlalu sayangkan haiwan peliharaannya mereka ingin mengabdikan haiwan itu sebaik mungkin hinggalah bila tiba saat kematiannya. Sang Lekit tak tahu apa hukumnya mengkafan haiwan yang mati seolah - seolah seperti manusia yang meninggal dunia tapi sang lekit cuma nak share gambar yang sang lekit jumpa kat FB ni.

Tak tau la kucing ni betul2 dah mati atau saja jer tuan dia buat macam tu nak bergurau

Memang nampak comel & terharu juga dengan kasih sayang orang yang membelanya tapi risau juga takut perbuatan macam ni bercanggah dengan hukum. Apapun Sang Lekit tak berapa pasti samada berdosa, harus atau haram. Cuba juga search tapi tak jumpa artikel atau info berkenaan perbuatan tersebut. Sesiapa yang ada maklumat berkenaan perbuatan tersebut mohon kongsi yer.

Sang Lekit juga seorang yang sukakan haiwan lebih - lebih kucing sebab dah membesar dengan adanya kucing kat rumah. Sang Lekit juga menanam kucing - kucing sang lekit yang dah mati. Masa budak2 dulu - dulu siap buat tanda (macam batu nisan) tabur bunga atas kubur kucing tapi belum pernah la mengkafankan kucing sang lekit macam gambar tu tapi setakat balut dengan kain tu ada la sebagai alas.

P/S : Rasanya betul ke ada orang buat macam tu kat haiwan kesayangan dia bila dah mati?? Belum pernah dengar atau tengok lagi la.

17 comments:

  1. mesti tuan dia syg sgt kat kucing ni sampai mcm 2 skali dia wat kan..

    ReplyDelete
  2. teringat nenek aku citer, aku masa umo 3-4 taun, tanam kucing aku yang mati lemas samel nangih-nangih, tapi aku tak ingat kih kih kih..skang pun suka sangat kat kucing, my kucing's name is mamat....

    ReplyDelete
  3. kmpem knak2 yang buat nie.. haha

    ReplyDelete
  4. tak pasal-pasal kucing tu kena kapankan hehe

    ReplyDelete
  5. rasanya kucing betul2 mati dah ni... rasanya takde dalil yg ckp berdosa... ikut tuan dia la nak buat...jgn baca talkin bagai sudah.. tu bidaah tuu

    ReplyDelete
  6. Arol pencinta kucing! :) Tak tahu pulak apa hukumnya. Dulu kucing2 Arol mati, tanam macam tue jek. Tak terfikir langsung nak kafankan sebab Arol dah melalak tak ingat dunia time tue. Haha. ;D

    *Ada orang kata, kalau kucing mati tak elok tanam. Nanti kena panah petir. Sebaiknya hanyut ke sungai. Wallahualam. (Arol tanam jek, sbg penghormatan terakhir.)

    ReplyDelete
  7. buat mcm tu nk bergurau mmg bukan pencinta haiwan la. haha. manusia terzalim kalau buat dekat kucing yang hidup

    ReplyDelete
  8. Terperanjat gak tengok gambar ni... rasa rasanya kucing ni dah mati sebab mata dah tertutup

    ReplyDelete
  9. saya alah sikit dengan kucing...sekarang cuba untuk mendekatinya.hehe

    ReplyDelete
  10. lah...... ada jugak manusia mcm ni.. iyou pn suka kucing, suka suma binatang! tp mcm melampau lak smp nk kafankn dia. haha

    emm, x tau lak hukum.. menarik. leh search.. nnt klu dpt kupas isu nih iyou komen =)

    ReplyDelete
  11. tgk dari cara kucing tu pejam mata mcm belum mati..sy pon penah tanam kucing kesayangan tp xdalah kafan..setakat cabut rumput atas kubur kucing..tu jelah..sy pon xpasti apa hukumnya buat begini..

    ReplyDelete
  12. saya dah start berani dgn kucing :)

    ReplyDelete
  13. kucen mati pun kena kafan ke??
    huhu..elok la kalu ditanam saje...
    tabur2 bunga tu ade la..kafan??huhu...xde2..

    ReplyDelete
  14. seram pulak tengok cenggitu. huhuhu...

    Meh la melawat
    http://tumirahkuncop.blogspot.com

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com