ADA YANG SENTAP PULA

7.7.11 Suria Lekatlekit 22 Comments

Banyak betul kesinambungan entri semalam & hari ni. Akibat cuba menjelaskan kembali salah faham yang berlaku dalam entri SALAHKAN PAKWE BILA ANAK MATI DIROGOL DI BUNUH, DI KERAT & DI BAKAR dengan menulis entri SIKAP TUNDING JARI muncul pula pak meon or maybe mak enon atau dalam bahasa mudah di fahami blogger Anonymous @ Anon mengamuk dalam komen di entri SIKAP TUNDING JARI tu.

Memang betul - betul sentap si meon/enon tu dengan entri sang lekit. Katanya kalau setakat nak buat ulasan dari artikel akhbar siapa2 pun boleh. Silakan la buat. Takde halangan. Lepas tu katanya sang lekit ni berangan nak jadi famous dengan entri2 macam ni. Takde pula terdetik entri2 ni akan mempopularkan sekaligus mengkayakan sang lekit. Katanya tak payah buat entri nak komen pasal dia & minta simpati orang lain.


Tetap sang lekit buat entri khas untuk membalas balik. Nak komen kat blog beliau almaklumla orang lantang bersuara dalam identiti anonymous ni mana ada tempat kita nak bersoal jawab dengan dia kan?? Biasa la kalau jenis hanya berani dari celah ketiak mak memang macam tu. Ayat berapi tapi takut nak tunjukkan diri. Sang lekit tak kisah apapun komen yang dia nak bagi.. Dah di jelaskan isu yang sebelum ni bukan sang lekit tak sensitif dengan kesedihan orang lain tapi yang di kupas kupis adalah isu masyarakat kita yang suka tunding jari pada orang lain bila berlaku sesuatu yang buruk.

Mungkin otak dia tertumpu hanya pada Isu Gadis yang menjadi mangsa rogol & bunuh tu tanpa memperluaskan pemikiran dia dengan situasi sekeliling. Secara kasarnya memang nampak sang lekit macam tuju pada isu gadis tu tapi sebenarnya isu tu sebagai contoh saja. Bukan kes tunding jari ni kali pertama berlaku.. malah sentiasa berlaku dalam kehidupan kita seharian. Kalau dah otak dia hanya boleh fikir satu arah jer.. memang la menampakkan kekejaman pada entri sang lekit tu. Jadi pada Pak Meon/Mak Enon tu.. Harap jelas yer. Kalau tak jelas jugak dah takde ayat sang lekit nak jelaskan. Terpulang la pada penilaian masing - masing.

P/s : Nama tak menarik pun jadi isu ker?? Nampak sangat tahap kesentapan dia melampaui isu yang di bangkitkan. kekekekekekeke. Tapi lebih bagus ada nama dari bernama Anonymous kan??

22 comments:

  1. nombor followers sis menarik 1234 =)
    hmm...anon...PHD kot....
    haih~

    ReplyDelete
  2. Anon ni muncul sebab dengki.. xmau tonjolkan diri.. tu ja jawapannya... layan x layan je org mcm tu... ehehe(",)....

    ReplyDelete
  3. Komen tak kena tempat jap... baru perasan header baru Sang Lekit... gambar peknen tu nice la... :D

    ReplyDelete
  4. seperti dijangka oleh beliau..

    sabar je oke..anon memang camni


    macam abg ben ckp...kalau jual ikan,mesti ade lalat yang hinggap

    halau je,kalau tak...die buat taik nanti.heheeheee


    jom BERSIH sabtu ni!!

    http://azrijohan.blogspot.com/2011/07/jom-kasi-bersih-sabtu-ni.html

    ReplyDelete
  5. anon@mak enon adalah manusia yang paling penakut... berlindung di sebalik nama yang tiada nama unutk mengutuk orang sana sini.. its ok sang lekit.. bila ada orang dengki.. thats mean adalah lebih kita di mata orang tu... Cik anon marah ke???

    ReplyDelete
  6. heheheheh...Alhamdulillah je lar lekit kan.. :)

    ReplyDelete
  7. kesian la dia dik lekit...nak maki hamun tersilap tempat.tgok mcm berani tp ibarat baling batu tp sorok tgn..ya ka...
    lantakkan...da terang2 kita kata pendapat kita...sedangkan Allah cipta tanah pelbagai jenis, cap ibu jari pun tak sama...jadi setiap otak dan pemikiran manusia belum temtu sama kan...teruskan kupas kupis dik

    ReplyDelete
  8. Komen pakai anon?Sangat loserrrrr~~

    ReplyDelete
  9. aku rasa anonnymous hacker ni kakak arwah lah wei...

    ReplyDelete
  10. PHD sangat-sangat terlihat...hmmm...

    ReplyDelete
  11. amy amira : kakak arwah ye? mcm mana awak tau?

    ReplyDelete
  12. anonymous ni kan HANTU mana ada nama! tu sb dia berani kutuk akak lekit dari pakai nama sebenar dia!

    ReplyDelete
  13. tu namanya manusia..tak lepas dari sikap buruk dan tak pernah rasa puas hati.

    biarkan je enon enon tu,paling teruk pun dia akan jadi stalker je lepas ni

    http://noipunyablog.blogspot.com/2011/07/tips-menabung-3-akaun-keluarga-aka.html#comments

    ReplyDelete
  14. hahaha tu ar..bersuara dibawah
    ketiak mak...ayat tu..
    kelaka ar lekit...
    sekurang kurang nye ade jugak
    name dy...
    hahaha =)

    ReplyDelete
  15. ignore je org mcm tu... dengki xhbs2..

    ReplyDelete
  16. takpe sang lekit teruskan kecoolan sang lekit...nanti lelama dia akan malu sendiri ngan kata2 dia.....

    ReplyDelete
  17. sabar ye kak lekit..biarlah dye nk wat ape..dye jgk dpt dosa free..ok ape nme lekit??comel kn??kan??lain dri yg lain..kretif..hehe

    ReplyDelete
  18. sian kat dia..nama pun nak komplen..
    whatever la cik anon..

    ReplyDelete
  19. kak lekit makin comel la sejak berbdn due ni

    * tak komen mcm die ckp pon kan kan

    ReplyDelete
  20. ala standad la tu..dunia bloger mmg mcm tu.rileks2 je.. :)
    -peace no war-

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!