BEKAS TAPAK KASUT,KAHAK,KENCING,LUDAH.. MACAM MANA NAK ELAK?

4.7.11 Suria Lekatlekit 15 Comments

Isu pekerja restoren tak kira la kat mana sekalipun makanan segera ker, restoran tomyam ker,cafe ke,kopitiam ker, hotel atau kata mana2 yang jual makanan sekalipun rasa macam tak selamat lagi nak makan, kan? Lebih - lebih lagi isu yang tengah panas sekarang pasal video pekerja KFC yang mencipta resepi Ayam goreng tapak kasut dia. Tu yang di dedahkan secara umum.. Yang tak terdedah tu entah apa lagi pun tak tahu dorang buat.

Nampak sedap tapi betul ke bebas tapak kasut, kahak, kencing & ludah?? Carian google.Sekadar hiasan

Tak mustahil bukan setakat tapak kasut, kahak,kencing, ludah.. Tahi pun mung ada yang masukkan dalam makanan. Bukan fitnah tapi kita kat meja pelanggan, diorang kat dapur. Segalanya tak mustahil boleh jadi. Apa - apa saja si pendajal pelanggan ni boleh buat. Kita cuma nampak bila ada video atau gambar yang di dedahkan oleh sang pelaku yang mendajalkan makanan pelanggan tapi kalau di ikutkan dari cerita mulut ke mulut yang takde gambar atau video sebagai bukti dah banyak.

Sekarang ni bukan setakat pelayan je kena jaga hati pelanggan, pelanggan pun kena jaga hati pelayan. Bila kes - kes macam ni semakin banyak jadi terpaksa la merendahkan sedikit ego seorang pelanggan tu agar tak termakan ayam goreng tapak kasut, pizza kahak (Rujuk entri blog Rasa Hati),minum teh air kencing (Tu cerita dari pengalaman En hubby kerja kat hotel dulu bila tengok kawan2 dia dajalkan satu geng cina),ludah & sebagainya benda kotor yang di masukkan dalam makanan kita. Kalau tak Bak kata Nyah Zulfikar nak keluar date bawak bekal je dari rumah. kekekekeke


Sebagai pelanggan yang di lahirkan sebagai manusia, berhemah la ketika berurusan dengan pelayan. Benda - benda ni berlaku kadang - kadang atas kebiadapan kita juga sebagai pelanggan mencetuskan kemarahan orang lain. Kita sedia maklum.. buat baik di balas baik. Antara tips lain yang en hubby sang lekit pernah bagi.. kalau kita order makan lain tapi makanan lain yang di hantar jangan terus minta dorang tukarkan & bagitau pesanan tu salah tapi sebaliknya order dulu yang baru lepas dah siap hidang kat meja korang baru cakap pesanan sebelum ni salah sebabnya untuk mengelakkan kejadian tak di ingini berlaku. Kadang2 tukang masak @ pelayan ni walau salah dorang pun dorang nak marah jugak tapi marah kat dapur. Bila marah dah kuasi diri.. maka terjadi la kes2 dajalkan makanan atau minuman pelanggan ni.

p/s: Agaknya berapa lama korang akan pantang makan KFC lepas tengok video ayam goreng bersalut bekas tapak kasut tu??? kekekekekek

15 comments:

  1. saye memang x makan KFC...hahah...
    http://89shah.blogspot.com/2011/07/vlog-my-first-vlog.html
    jom usha VLOG aq buat malam tadi...

    ReplyDelete
  2. betullah cik lekit..saya selalu amalkan kalau dapat order yang salah atau air rasa tawar ke,just ambik je jangan mintak tukar yang lain.Kalau kurang garam atau gula,just mintak je gula atau garam..play safe.eik?Playsafe?haha

    ReplyDelete
  3. kdg2 depa buat tu sbg pelaris... huhuhu

    ReplyDelete
  4. cuma berserah sahaja atau buat2 macam ok...itu je lah yg termampu

    ReplyDelete
  5. bila kat kedai mkn x blh pegang prinsip pelanggan adalah raja..terpaksa pelayan adalah raja..spy diaorang x pedajal mknn kita..

    ReplyDelete
  6. ala sy makan kfc masa bulan march hari tu,aiyo...lain kali x nak lah makan kat luar,tu lah family pak long sy suka sgt makan kat luar! ishhhhhhh eeeeeeeee jijik aku! teh tarik kat kedai mamak tu bukannya elok pon!teanin dia tu boleh kena penyakit buah pinggang!

    ReplyDelete
  7. ye betul tu. kawan saya, kerja dbkl pernah kata, mereka hampir hampir minum air kahak kat kedai mamak.

    ReplyDelete
  8. betul tu..kes air biasa terjadi.ramai yg letak kahak kan suria..eiii.tak jujur betul dlm pekerjaan!

    ReplyDelete
  9. jenis sy kalau kedai tu dr segi layanan tak okay ka, makanan x berapa nak masuk ka.. silap amik order ka.. layan aja.. tapi utk kali tu aja lah.. pastu bubye utk kali terakhir la jawabnya.. hehehe.. ;p

    BL: nak slamat mkn aja kat umah.. sedap atau tak dah jamin slamat kan.. hehehe.. ;p

    ReplyDelete
  10. A'ah lah cik lekit,mcm betul jgk kata your hubby.blh elak dr di pedajal oleh tukang msk yg takde otak.huhu

    ReplyDelete
  11. oh my gudness! tibe2 dah lain je dalam pale otak ni. ok, xnk pk.

    ReplyDelete
  12. kire halal je lah .kalo da lapo hehe

    ReplyDelete
  13. jgn ingat perkara yang buruk2 biler makan tu... hihihihi

    ReplyDelete
  14. yerkkk..pengotoq betul staff ni..kuang hajaq..
    kenapala bersikap camtu..kalau marah pun.beragak la..keji la..

    ReplyDelete
  15. sy br tgk vdeo tuh..keji betol la kan...grr

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!