BELUM KENA BATANG HIDUNG SENDIRI.. SENANG LA CAKAP!

29.7.11 Suria Lekatlekit 15 Comments

Bila sang lekit mengupas isu panas yang berunsurkan pandangan peribadi memang dapat feedback yang banyak termasuk dari golongan pendatang blog tanpa nama (Anonymous). Ada yang terima dari sudut positif ada yang menganggap komen sang lekit pada isu tu contoh macam entri isu Elia & Apek tu sebagai satu kritikan, kutukan yang membunuh. Tapi sang lekit terima selagi hujah dorang tu masih beralas adap & sopan.

Ada yang anggap.. 'Senang la cakap kalau belum kena batang hidung sendiri'.. Bak kata pepatah mencegah lebih baik dari merawati. Takkan nak tunggu terkena kat batang hidung dulu baru nak menyesal. Entri pasal status & komen Cik Elia yang terlalu peribadi di kongsi kat laman FB beliau tu niat sang lekit untuk di jadikan contoh supaya kita jadikan panduan sekiranya perkara tersebut berlaku pada diri kita nanti.

Sang lekit bukan bercakap kosong tapi berlandaskan pengalaman sendiri yang pernah melalui situasi yang amat menduga dimana waktu tu rasa macam takde lagi jalan penyelesaian yang mampu memulihkan apa yang retak. Malah rasanya apa yang sang lekit lalui tu lebih hebat dari Cik Elia cuma sang lekit tak pernah bercerita secara terbuka kat mana - mana laman sosial. Bagi sang lekit ia terlalu peribadi walau waktu tu rasa hampir putus asa & tak harap lagi ia dapat di pulihkan. Dugaan menjadi seorang isteri di awal perkahwinan mengajar sang lekit apa itu kesabaran. Hanya sabar & tabah jer yang menjadikan hari ini lebih baik dari hari yang lepas.


Dengan memilih tidak mendedahkan masalah peribadi secara terbuka, Alhamdulillah.. Bila semuanya kembali pulih & apa yang berlaku memang di luar jangkaan sang lekit ia tidak jadi pertikaian & rahsia peribadi terus menjadi rahsia tanpa siapa tahu. Keburukkan & kelemahan mana2 pihak hanya orang tertentu saja yang tahu. Sang lekit bukan tidak bercerita atau merujuk mahupun meluahkan perasaan langsung pada sesiapa tapi sang lekit meluahkan pada orang - orang tertentu saja secara peribadi & sang lekit pastikan orang - orang itu adalah orang yang mampu menjaga rahsia sang lekit seperti keluarga & kawan yang betul2 rapat. Mustahil sang lekit mampu memendam & atasi sendiri masalah yang berat & besar tu seorang diri. Tapi bukan pada orang yang sebarangan atau secara terbuka di laman sosial.

Dari apa yang sang lekit pernah lalui & cara atasi tu buat sang lekit belajar mencari tapak terbaik untuk berkongsi masalah yang datang. Dan sang lekit kongsikan tips itu bersama yang lain di blog. Pengajarannya disini.. walau apapun yang melanda sehingga kita rasa macam takde peluang lagi untuk menjernihkan sesuatu yang keruh kita kena ingat, Kuasa Allah takde tandingannya. Hari ni kita rasa dengan memburukkan orang yang memberi masalah pada kita adalah cara terbaik untuk menyakiti atau mengaibkan mereka sebab kita rasa hubungan tu memang takkan bertahan & sudah sampai ke titik noktah, namun percayalah setiap manusia boleh berubah. Andaikata satu hari yang buruk itu jadi baik & terbuka hati kita memberi peluang padanya lagi, bagaimana keburukkan yang pernah kita canang pada umum dulu tentang dia? Susah untuk di perjelaskan kembali & susah juga untuk kita memadam apa yang orang lain telah tahu. Jadi sebelum berlakunya perkara macam tu eloklah kita berfikir dulu sebelum mendedahkan kisah peribadi secara umum kerana dalam dunia ni takde yang mustahil boleh berlaku dengan KeizinanNya, Insyaallah.

15 comments:

  1. msh mentah psl ni kak..biarkn je la depa nk kata apa..

    ReplyDelete
  2. medan sosial bkn tempat terbaik utk dedahkan isu peribadi..

    yg baik jadikan pedoman yg buruk jdkan sempadan

    ReplyDelete
  3. emm,pengalaman banyak mengajar seseorang...tak dapat dinafikan.

    ReplyDelete
  4. Ramai gak manusia yang tak bernama atas muka ni kak

    Betol la diorang ada krisis sebenarnya

    Aritu kawan saya jumpa apek ngan mkwe baru dekat kedai makan kg.baru

    Hurm.Hal peribadi baik senyap

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan Sang Lekit. Jangan biarkan emosi memakan diri. Baik berfikir sebelum buat sesuatu.

    ReplyDelete
  6. sy pn x setuju dia publish status gitu kt fb dia..tp yg sy tau skrg dia dh privatekn wall utk org2 yg dia kenal je tgk..bagus la klu cemtu..means dia aware dgn silap dia kan..

    klu isu ni xdibangkitkan blogger mesti elia xkn tau yg dia dh buat silap..ada hikmah sume ni..jdkan pengajaran =)

    ReplyDelete
  7. setuju sgt degn sis.. pengalaman ialah guru yang terbaik..

    ReplyDelete
  8. jangan suka cerita peribadi kita walaupun yang baik atau yang buruk. pernah terjadi satu kisah di dalam office. si dia selalu cerita kebaikan sanga suami. ye.. dia tak pernah mengumpat suami. dia memuji suami. cerita kebahagiaan dia yang melampau.. tau apa terjadi?? her best friend fell in love with her husband.. now? of course dia dah cerai. why? her best freind mestilah memahami husbnad dia.. why? sebab dia cerita semua. even the fav food husbnad dia. so.. husband dia pun jatuh cinta juga.. see? banyak mulut memang tak bagus. sebab? yang baik dan buruk tentang kita boleh dijadikan senjata oleh musuh kita.. and then, we never knew siapa musuh kita..

    ReplyDelete
  9. betul tu..
    bila kita dedahkan cerita peribadi yang melibatkan kesalahan orang lain,jalan untuk berbaik tu macam tak de dah..
    sebab dia boleh maafkan ke bila kita dh malukan dia..
    kan??

    ReplyDelete
  10. Siapa yang suka bukak aib sendiri dengan aib pasangan memang la akan terima padah dianalisa...

    tak kira la kita femes ke tak. niat diri sendiri tu nak post benda bukan2 kat blog or fb kenapa?

    mesti la nak perhatian dan simpati org..

    then bila dah kena tegur dan kritik, tiba2 nak panas punggung,

    aku pun heran la nyah dengan mnusia jenis macam ni. kalau dari awal tak boleh terima yang status tu akan di komen dan disensasikan patutnya dari awala lah takyah komen..

    ni gila publisiti, semua nak announce kat public, tapi bila public bagi perhatian menggelabah nak marah2... pe bendaaa laaa

    ReplyDelete
  11. Pengalaman itulah guru terbaik bagi setiap manusia..'belum terkena belum tau', menerima nasihat awal dr org terdekat atau kawan2 beliau mungkin boleh menyelesaikan masalah ini..tul tak?

    ReplyDelete
  12. mongok btol si anon tu.apa mslh nya nk ckp belum kena batang hidung sendiri lak.mongok tol.masalah nya kite berpesan-pesan,jgn aibkan diri sendiri.bile dh popular,tu lah susah.jd tumpuan.haih.

    ReplyDelete
  13. s long s long bende tu baik, x salah nk kongsi. klu mengaibkan diri, baik simpan sendiri. tu yg sebaiknye.

    ReplyDelete
  14. betul lah entry ni.harap cik anon tak cepat melatah.elia dan fahmi adalah golongan yang dikenali.elia seorang blogger.dan fahmi seorang pemain kebangsaan.kalau elia tulis ape-ape kat blog or fb tentu boleh tarik perhatian ramai pihak kan.

    kes apek ni, same je macam kes mawi dulu.tapi ina sedikit pun tak cerita apa buruknya mawi sehinggakan ina dapat hasben 200 kali ganda lebih baik dari mawi, penyanyi nasyid dan bekerja sebagai seorang ustaz.

    pengalaman mematangkan kita.sokong dengan kak lekik atas entry ni.

    ReplyDelete
  15. ah,bangang anon ni,sakit otak,hahahahaha

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!