BERSIH TAK BERSIH TETAP KU REDAH

10.7.11 Suria Lekatlekit 15 Comments

Memang hari ni Roadblock merata - rata. Tapi itu bukan alasan sang lekit tak pergi. Memang ada sangkut satu roadblock kat jalan Sg Buloh ke kepong tadi. Kena tahan jugak dengan abang polisi tapi encik hubby bagi alasan ada appointment dengan doktor untuk pregnant check up. Kiranya alasan munasabah walau menipu sebab dia tengok sang lekit kat sebelah tengah memboyot kan?? Kang bagitau destinasi sebenar banyak pula soal jawabnya.

Perjalanan di teruskan selepas melepasi roadblock tu. Dalam hati tak sabar ni nak jumpa kawan baik merangkap kakak (angkat ke tak angkat tapi sang lekit dah anggap dia macam saudara sendiri) iatu bekas manager sang lekit dulu. Kami memang rapat masa kerja kat 1 ofis dulu. Muka pun orang cakap macam seiras. Sampai Adam tengok tadi masa kitorang tengah berbual pun cakap muka kitorang sama. Adam mana? Jumpa kawan baik @ kakak sang lekit kat mana?

Alkisahnya hari ni anak kakjun (ex-manager) kahwin. Dulu masa jadi single mother kakjun & anak - anaknya berhijrah ke kl. Tapi sekarang semuanya dah pulang ke tempat asal, tinggal si along (anak lelaki sulung kakjun) je kat kl ni. Bertemu jodoh dengan orang KL. Maka langsunglah majlis kawen dorang siang tadi (9 Julai 2011) di Dewan Dato' Othman Harun,kem Wardieburn Jln setapak Kl. Memang dah janji nak pergi, lagipun kakjun ni memang nak jumpa sangat sang lekit. Yelah.. dia dah balik sabah, dah bertahun tak jumpa. Asyik bertanya khabar sms, call atau FB jer. Nak - nak lagi dia teringin nak tengok mummy katek yang tengah boyot ni. Maka sang lekit pun taknak hampakan dia. Sang lekit pun memang nak jumpa dia juga.

Jadi bertemu la kitorang tadi kat majlis persandingan anak sulung kak jun, Si Along tu. Apa lagi kecoh la mulut kitorang berbual itu ni. Keramahan & kemesraan kitorang tetap macam dulu walau kakjun dah kembali jadi wife pada husband dia & sang lekit pun dah jadi bini orang. Tak jadi masalah sebab en hubby sang lekit memang dah kenal dengan kakjun sebelum ni. Pernah kenalkan dengan kakjun masa sebelum kawen dulu. Pasal sapa di Adam tu.. Jom kita tengok sekeping dua gambar yang sang lekit ambil dari majlis tadi...
 Wajib muka Sang lekit dulu rasmi

 pengantin baru Along & Isteri 

 Kakjun, nenek & anak bongsu kakjun Akim

 Sang lekit yang comot & simple dengan pengantin. jelas kekenitkan ku
(Psst.. Tu la baju kurung yang paling besar. Masih cuba menyorokkan keboyotan walau kurang berjaya)

Ni Rombongan si Adam. Adam mana korang tengok sendiri muka dia. Kalau kenal.. kenal la. Tak kenal pun nasib la. Kehadiran adam bukan satu kejutan pun bagi sang lekit sebab sang lekit tau dia mesti datang. Selain dia ada pertalian sedara dengan kakjun, Along (pengantin lelaki) dulu bekas PA adam. Adam pun pernah datang ofis sang lekit dulu dengan along. So, tak rasa teruja pun jumpa Adam. Tengok ramai juga anak2 dara, mak dara yang sibuk bergambar dengan adam dari pengantin. Kekekekekke

15 comments:

  1. hahaha baik punye tipu
    kat pak polis..tahniah
    kat along tu..kawen dahh..
    eh eh aku kat sabah tahu skrg..
    hahaha =)

    ReplyDelete
  2. redah je,kalo tak tgndala pogem.

    cheritakhita-yuyunz.blogsp​ot.com singgah saya ya

    ReplyDelete
  3. tu nasib baik goblok je, kalo tutup terus kl...amacam?...kira 9 julai tahun ni catat sejarah rakyat malaysia lagi ramai dari pendatang asing kat kl, biasa alien je ramai ari sabtu ngan ahad betul tak?

    ReplyDelete
  4. adaaaammmm..... lekit.....bergabunggg meletopppp!!


    p/s amcam tadi KL? sunyi sepi tak?

    ReplyDelete
  5. Wah.. Meredah jua.. Tak nampat boyot.. Tp baju tuh sangatle gabak ok..

    ReplyDelete
  6. bahaye la perhimpunan tuh. dengarnya ada yang dah arwah sorang.

    ReplyDelete
  7. wah...ADAM pon dtg...best nye..
    hehe..

    abby nmpak chubby la...
    almaklum le..mak buyuyng...

    ReplyDelete
  8. lupa nk wish..selamat pengantin baru EJUL @ SAFA..
    semoga kekal hingga keakhir hayat...

    ReplyDelete
  9. wah,untung akak dpt jumpe adam :)


    Amy Amira
    sorry blog kena banned

    ReplyDelete
  10. kenapa akak tak nampak pun gambarnye??
    dah delete ye???

    ReplyDelete
  11. clik read more kar bawah tu. gambar maybe terlindung

    ReplyDelete
  12. takyah la sorok kak abby kalau dh memboyot tuh.

    pergnant is sexy!

    hehehe.oh saya anak dara lagi tak leh ckp mcm nih=P

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!