BILA BUDAK SEKOLAH BERANI LALOK DALAM KELAS..

16.7.11 Suria Lekatlekit 15 Comments

Maaf la kalau ada yang sakit mata, sakit hati, sakit jiwa, sakit mental kalau sang lekit ni suka sangat kupas kupis isu dari akhbar walaupun bukan semua isu setiap hari sang lekit kopek tapi isu yang sang lekit betul - betul minat & ada pandangan atau pendapat peribadi yang nak di kongsikan jer sang lekit akan mengopek.

Carian google. Sekadar hiasan

Kes seorang pelajar tingkatan 4 yang dengan selamba badak menelan pil khayal di belakang kelas ketika cikgu mengajar dalam artikel Harian metro hari ni memang la satu gejala yang kita sendiri tidak terkejut sangat sebabnya kes masalah disiplin, masalah sosial di kalangan pelajar sekolah bukan satu benda baru. Tak tahu la apa punca budak tu sampai dalam kelas pun nak melalokkan diri, mungkin sebab ketagih, mungkin juga sebab tekanan & mungkin sebab - sebab lain yang kita tak pasti namun perbuatan budak tu sangat la berani. Dan berani yang tak harus di jadikan idola untuk adik - adik yer.

Dah lalok tu mesti la cikgu perasan, sebab orang lalok ni susah nak kawal diri dah. Apa dia buat apa dia cakap semuanya dah jadi tak normal. Budak ni pun memang dalam kategori pelajar bermasalah. Jadi kerja dia buat masalah jer la.. 

Nampaknya lepas ni undang - undang sekolah perlu di tambah. Setiap hari kena adakan spot check sebelum sesi pembelajaran di jalankan untuk membenteras gejala lalok di sekolah pada waktu pembelajaran berlangsung. Kalau di biarkan tak mustahil akan menjejaskan nama baik sekolah juga sesi pembelajaran. Mungkin juga boleh mengundang masalah lain yang lebih serius. Tak mustahil akan menganggu pelajar lain juga.kan?? Sebelum terjadinya perkara2 yang tak di ingini, mencegah itu lebih baik dari merawati.

Ini cuma pendapat peribadi sang lekit jer.. Mungkin dapat membantu pihak pengurusan sekolah menangani masalah pengambilan dadah & pil khayal dalam kawasan sekolah.

Rujukan : Harian Metro

15 comments:

  1. bahaya btl bdk2 sekolah skang... dah tak terkawal..

    ReplyDelete
  2. mudah sahaja jawapan utk ini...bagaimana suasana di rumah....

    ReplyDelete
  3. persoalannya, dari mana dia dapat pil tu?

    ReplyDelete
  4. bdk2 zmn skang dah xmcm dulu2.. diorang ni mudah terdedah dgn mcm2 unsur negatif.. sewajarnnya perlu disiasat dalang yg membekalkan bhn2 spt pil & mcm2 lagi kpd bebudak skolah ni..

    ReplyDelete
  5. aku dulu biasa gak lalok ni tapi lalok semulajadi punyala...taim math je mata tak bulih nak celik, time math je mata rasa berat....kihkihkih

    ReplyDelete
  6. spot check lebih-lebih kena serang lak cam ne? huhu...

    ReplyDelete
  7. ish..makin dahsyat budak sekarang...dulu nakal pun main pemadam ja.huu


    jemputan ke Contest Aku Berpuisi =)

    ReplyDelete
  8. dulu sekolah aku nyah ade urine test randomly...

    tapi aku tak pernah kena...yelah muka kiut anak ikan cikgu kannnn~~~

    ReplyDelete
  9. dulu, mak datang sekolah. belikan cikgu rotan.. kalau anak nakl suruh cikgu pukul.. sekarang kalau cikgu jentik sikit dah nak saman...
    pastu kalau dulu cikgu ajar, macam ajar anka kat rumah. sekarang jadi cikgu sebab nak gaji je
    kalau dulu takder INTERNET...
    Honestly INTERNET ni memang bawa banyak keburukan.. walaupun seronok kita gunakan... dan saya memang rindukan suasana sekolah dulu dulu.. kita memang benar benar enjoy zaman sekolah dan kanak kanak tu... sekarang budak budak ni, pakai baju kalah artis.. pelik pulak tengok diorang ni ada yang umur baru setahun jagung, tapi dah membengkak benda benda yang sepatutynya kecil lagi...

    ReplyDelete
  10. yg mengedarnye tu ha yg semakin berleluasa. nak kawal camne ag pun tak taw. byk sgt pengedar2 kecik yg ssh nk kesan.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!