BUNIAN DARI SUDUT KEPERCAYAAN ORANG MELAYU

6.7.11 Suria Lekatlekit 11 Comments

Bila sebut pasal bunian apa korang bayangkan? Anak dara cantik, anak teruna kacak.. kan?? Kali ni sang lekit nak buat kopekkan berkenaan isu bunian dari sudut kepercayaan orang melayu.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu,
Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian.

Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi di dalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.

Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul orang bunian, antaranya adalah mereka adalah dari keturunan jin. Pendapat kedua menyatakan mereka adalah hasil perkahwinan antara manusia dengan jin.ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikannya kerana perbezaan bagi manusia (berasal dari unsur tanah) dan bunian (berasal dari unsur api).

bunian wanita sering didapati memakai baju kebaya dan berselendang dikepala. Bunian wanita juga selalunya mengikat rambut gaya siput dua dikepala. Bunian tidak memakai tudung tertutup rapi ataupun labuh. (Rujukan : Bunian)


Dari sudut agama pula yang membezakan orang bunian dengan manusia ialah jika berpakaian, semuanya mesti satu warna. Dari baju ke seluar sama warna, memiliki budaya setempat seperti bermain kompang dan berzanji, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia,hidup bermasyarakat, mendirikan rumah dan penempatan sama seperti kita malah dikatakan turut menunaikan haji dengan menaiki kenderaan sama seperti manusia.Dalam al-Quran juga menyatakan manusia tidak dapat melihat makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan bunian kerana mereka tidak memiliki jasad. (Rujukan : Bunian)

Cukup la sang lekit kongsikan secara ringkas tentang bunian ni. Kalau korang rasa nak baca artikel berkenaan bunian ni dengan lebih jelas boleh la klik kat link rujukan yang sang lekit bagi tu yer..

11 comments:

  1. hish takut la pulak bace pasal bunian memalam buta mcm ni hehe

    ReplyDelete
  2. slm pagi sis!dari kecil mmg kite minat dgn kisah bunian.pelbagai versi yg kite dgr dan baca tapi takde bukti kukuh.mak kite pernah pesan jgn lalu kat padang masa pagi2 buta(masa tu nak jln kaki ke sekolah kite akan lalu padang).mak kata tu tmpt bunian,ntahlah....ada yg kata bunian suka culik org yg kulitnya bersih tanpa parut,yg hatinya baik dan jujur.

    ReplyDelete
  3. baca entri nih terus teringatkan novel @dimensi buni karya ryina ikhwan......

    ReplyDelete
  4. mcm penjelasana diorg ni masyarakat manusia dari dimensi lain je kan....



    aahhh tetap skeptikal.. huhuhu~~~ :)

    ReplyDelete
  5. mak kita dulu selalu citer time kecik2 pergi dusun tangkap bunian.. kalau nak kena tangkap kena genggam kuat2 takot terlepas..betol or tak tau lar..huhuhu.. Allahualam..

    ReplyDelete
  6. Pada kepercayaan aku yang telah diracuni pemikiran penjajah, bunian ni lebih kurang macam hobbits dalam cerita Lord of the Rings.

    ReplyDelete
  7. dulu masa kat kampong ada dgr jgk cerita yg sorang wanita hamil tetiba bgn esoknya perut dah takde baby.. katanya diambil bunian.. ishhh takut mendengarnya kan...

    ReplyDelete
  8. ooo...thanks for the info yep kak lekit...sblum neh cme tw sket2 jep...

    ReplyDelete
  9. entah la kan. ssh nak komen bende2 camni. allah je yg taw selayaknye ^_^

    ReplyDelete
  10. Wallahua'lam..
    cik lekit dah tukar header lagi eh..yang ni pun nice,macam ada kembor

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!