FUNGSI JARI TENGAH/HANTU

21.7.11 Suria Lekatlekit 20 Comments

Apa fungsi jari tengah/hantu ni? Nak korek hidung.. rasanya tak sesuai sangat kan?? Nak - nak lagi yang mempunyai saiz lubang hidung yang agak kecik & sempit? Nak gunakan sebagai jari tunjuk - tunjuk.. Iskk.. jarang sangat orang guna jari tengah untuk menunjuk sesuatu. Jai telunjuk dah ada.. Jadi apa fungsi jari tengah/hantu ni??

Jari tengah/hantu ni sekarang ni banyak yang guna sebagai menunjuk simbol lucah jer.. Mentang - mentang la nama dia jari hantu. Hantu kan di kaitkan dengan benda - benda yang tak baik, maka manusia ambil kesempatan atas nama jari hantu ni untuk mengekspresikan sesuatu yang buruk bagi memburukkan lagi fungsinya kan?? Kesian kan jari hantu.. dah la namanya hantu, di hantui lagi dengan perbuatan2 yang kurang sopan. Semakin berhantu la jari tu. kekekekekeke

Belum tahu cakap dah di ajar buat simbol F**K. Bangga ke kita kalau dapat anak yang belum tumbuh gigi sudah pandai buat aksi ni?? Kalau lagu rakyat dulu2.. belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab.. akan datang mungkin dah berubah liriknya, belum tumbuh gigi sudah pandai sebut F**K.

Bangga ke buat simbol mencarut/lucah menggunakan jari hantu walau sekadar suka - suka nak nampak ranggi/stylo/sporting bila bergambar atau untuk menunjukkan aksi tak puas hati pada orang lain? Itu tepuk dada tanya selera. Tapi macam mana pula dengan pandangan umum pada mereka yang tabiat berlucah dengan simbol jari tengah ni?? Manis ker? Tak kira si gadis ke.. teruna ke.. mak dara ke.. (Ops bukan mak dara blogger yang makin hot tu yer).. bapak teruna ker..

Bagi sang lekit la.. Walau nampak macam benda ni remeh tapi agak memalukan sebab ia mengambarkan keperibadian kita juga. Kita takkan di nilai sebagai seorang yang berkeperibadian baik atau sopan dengan membiasakan diri dengan perkara - perkara macam tu walau perbuatan tu di lakukan secara suka - suka (bergurau) je. Sang lekit bukan baik sangat tapi entah la.. Walaupun terdedah dari zaman remaja dengan kawan - kawan macam tu, suka berlucah, mencarut & maki hamun.. tetap sang lekit susah untuk terpengaruh berbanding benda lain. Lebih - lebih melibatkan perbualan/percakapan atau simbol2 lucah menggunakan jari ni. Sebabnya.. rasa sangat janggal & malu walaupun sang lekit boleh bergaul dengan golongan macam tu. Alhamdulillah.. kerana malu tu jugak buat sang lekit tak biasa sangat nak cakap benda2 lucah atau sewenang wenangnya membuat simbol lucah dengan jari tengah ni.

Sekadar bertukar - tukar pandangan sambil memotivasikan diri, jom kita bagi pendapat untuk menyedarkan golongan remaja terutamanya tentang budaya simbol lucah menggunakan jari tengah/hantu yang tidak terbendung lagi. Budaya asalnya dari barat ni nampaknya semakin sebati dengan kehidupan kita seharian sehingga ada yang tidak memandang ia satu gejala yang harus di tangani. Yang remeh tak semestinya tidak boleh memudaratkan, kan??

20 comments:

  1. budaya terkini ...serupa juga di dalam blog bahasa jari tengah yang dikebangsaankan...sekarang sudah jadi perkataan wajib bagi sesetengah blogger...aku hampir2 memberhalakan perkataan2 itu...aku terkesan sedikit bila kau komen aku tempoh hari...

    teguran yang di sampaikan secara baik ...aku sangat hormati.

    tegur lagi kalau aku tergunakan "bahasa bangsa hutan" itu!...keh3

    ReplyDelete
  2. hehe..senang je..kalau dah tawu tu simbol lucah, simbol x puas hati n x elok, x payah la buat dekat orang..burok kot orang tengok~

    ReplyDelete
  3. moh ramai2 kita kehelkan jari hantu dia.. kekekkekke

    ReplyDelete
  4. kita rasa sangat menyampah orang buat tanda gitu..rasa macam ntah ape2..bila tengok orang bangga amik gambo gitu rasa macam nak tampo jeh..

    ReplyDelete
  5. jari hantu saya kerjanya..banyak tekan keyboard. hehehe

    ReplyDelete
  6. jari tengah ni saya buat jentik orang..haha..

    ReplyDelete
  7. entah trend apa la yang dok tunjuk jari telunjuk ni.lagi2 yang tunjuk tu sigadis.
    hilang terus ayu nya..

    ReplyDelete
  8. bangga sangat ada jari hantu tu
    ingat diorang je ada
    hahahah

    ReplyDelete
  9. betul tu Suria.. skrg lg bahaya kanak kanak pun dah menggunakan insyarat ni sesama mereka..

    ReplyDelete
  10. mak saya punya la skema..orang buat fuck dkt dia...dia boleh tanya org tu buat tanda apa..hahaha

    ReplyDelete
  11. Trend budak zaman skang

    Gurau2 angkat jari tengah
    Pergh!

    ReplyDelete
  12. sekarang ni perempuan pun dah ramai yang guna jari tengah tu. selamba je muka dia.. tunjuk kat kawan lelaki lak tu. muka cun. konon cool kot

    ReplyDelete
  13. ADE LAGI BEBERAPA DATE AND TEMPAT KOSONG UTK RAMADAN PROMO MAKEUP CLASS DI SHAH ALAM!! SESUAI UTK SESIAPA YANG NAK MELARAM TIME RAYA NANTI! BELAJAR TEKNIK2 MAKEUP YANG SIMPLE , TAPI GLAM TIME RAYA NANTI!
    HARGA BIASA: RM150-RM200
    SKRG HANYA RM95 SHJ!!!
    time: 10:30-3:30pm
    WEEKDAYS: 2/8, 4/8,9/8,11/8,16/8,18/8,23/8,25​/8
    WEEKENDS: 30/7,31/7,13/8,14/8,20/8,21/8
    SMS TO 016-2128740

    ReplyDelete
  14. bukn budk je, dgn org dewasa sekli trpgruh dgn budak..prnh skli ade sorg lelaki 30+ bujang, pgi beli ikan, mintk kurg, tauke x bagi..ade ptot dier agkt jari hantu, igt sexy ke?

    ReplyDelete
  15. hurmm.. dah mcm jadi kebiasaan lak kan simbol2 mcm tu.. sedangkan bebudak setahun jagung pon dah tau wat simbol2 mcm ni..


    BL: ce cuba guna jari tengah tu usung beg plastik ka.. (walaupun nmpk janggal) nampak gak kegunaan kan dari dok mencarut xtentu pasal.. hahaha..

    ReplyDelete
  16. kalau pempuan yg buat camtu siyes x sopan. bad impression d mate orang.

    ReplyDelete
  17. jari tengah masa zaman tentera perancis vs english dulu. tahun 1400++ dulu. simbol kehebatan memanah. tahanan perang akan dipotong jari tengah untuk memastikan diorang xleh memanah lagi. bila mereka dilepaskan semula, lawan diorang akan tunjuk jari tengah bermaksud mereka lebih hebat. ada tertengok dalam history channel baru2 ni

    ReplyDelete
  18. Walau pun hanya jari, mcm2 mereka nak adaptasi jadi benda tak elok kan..
    bg akak yg menjahit ni..penting juga penggunaan jari hantu tu hendaknya masa nk jahit kat leher tu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!