KEDAH VS KL. BUKAN TAK SEDAR DIRI

3.7.11 Suria Lekatlekit 15 Comments

Mula - mula nak guna tajuk entri ni sebagai Kedah Murtad tapi sang lekit search dulu maksud perkataan murtad. Bukan tak tahu murtad tu apa.. Cuma nak pastikan samada ada sesuai atau tak di gunakan. Rasanya tak berapa sesuai jadi tak jadi la guna. Tak mahu jadi pertikaian nanti mengelirukan orang lain semata - mata nak bergimik dengan tajuk entri, kan??

Apa kisah lupa diri ni? Mungkin ada yang tahu & mungkin juga ada yang tak tahu yang sang lekit di lahirkan, di besarkan & di sekolahkan di kedah darulaman. Disitulah kampung halaman ku sampai sekarang. Cuma sejak 6 tahun ni sang lekit menghuni disini.(Selangor/KL). Dari segi loghat/Slang memang la berbeza. Semua pun sedia maklum tapi sang lekit jarang pula berinteraksi dalam loghat kedah kat sini. Banyak sebab.. Antaranya :


Sang lekit bersuamikan orang KL. En Hubby ni tak berapa faham sangat loghat kedah walau dia kadang boleh la mengajuk sikit - sikit. Jadi untuk tidak menyusahkan komunikasi antara kami, jadi sang lekit yang dah biasa bertutur dalam slang sini menggunakan slang tu sebagai slang rasmi kitorang berinteraksi. Teringat masa baru2 kawen dulu.. Masa bawak en hubby ke rumah sedara (kat kedah) ada sorang nenek sedara sebelah arwah ayah ni. Peramah orangnya.. bercerita tu ini.. En Hubby tekun je dengar tapi dari air muka dia sang lekit faham dia cuba meneliti & memahami setiap perkataan yang di cakap nenek sedara ni walau sebenarnya dia tak faham sangat. Lucu pun ada. Tapi selalunya sang lekit la jadi penterjermah kepada perkataan2 yang dia tak faham.


Nak kata lama di rantauan orang ni takde la sangat.. 6 -7 tahun jugak la kat sini. Kalau kawan - kawan yang berasal dari utara yang berhijrah kat sini memang sang lekit gunakan loghat kedah untuk berinteraksi tapi yang bukan sang lekit lebih selesa guna slang yang orang lain faham. Sampai dalam penulisan blog pun sang lekit terikut dengan slang KL ni. Sebab memang dah hari - hari gunakan slang tu kan. Kalau kat sini nak cakap kedah dengan sapa? Kadang - kadang bila balik kampung tu tersasul juga sepatah dua slang KL secara tak sengaja. Yelah.. kadang2 dalam satu masa yang sama terpaksa cakap 2 slang sekaligus kalau ada en hubby. Dah macam rojak sang lekit rasa bahasa sang lekit ni.

Ada yang cakap sang lekit kedah murtad. Konon dah jadi orang KL. Sedaya mungkin sang lekit cuba menyesuaikan loghat/slang mengikut situasi & tempat tapi tersasul tu memang tak dapat di elakkan. Cakap dengan mak atau family sendiri pun banyak tergelincir dah. Nak mengimbangi loghat/slang ikut keadaan ni bukan senang. En hubby pulak tak gemar sang lekit cakap kedah sebab dia tak berapa faham sesetengah perkataan. Macam haritu masa keluar dengan adik sang lekit, dok belek - belek baju tiba - tiba adik sang lekit cakap "Tak celuih (muat) baju ni." terkebil2 en hubby.. tak tau apa benda celuih tu. Kan susah?? kekekeke

Bukan la lupa diri tu anak jelapang padi.. Yang loghatnya langsung tak sama dengan slang orang KL tapi sekadar menyelesakan keadaan. Ada orang yang memang susah nak hilangkan loghat kedah walau dengan sesiapa atau kat mana saja tapi sang lekit ok jer.. Permulaan dari mengajuk lepas tu lama - lama jadi kebiasaan. Jadi pada orang - orang utara.. jangan la mencemuh sang lekit gunakan slang KL sebagai bahasa rasmi yer.. Balik kedah nanti, cheq auto tukaq loghat cheq ya.

15 comments:

  1. takdak kamus boleh bagi maksud kedah murtad. yang jelek cuma bila balik kedah cakap pelet keyyel. haa itu annoying.

    lain2 time pakai lah bahasa kl ka apa ka. janji sesuai dengan keadaan.

    orang kedah lek2 jaa. toi dak. eheh

    ReplyDelete
  2. sy setuju dgn anda..kadang2 dorang ni tak faham..kata dok tempat orang cakap KL...depa tak da di tempat kita..so depa tak tawm\ situasi sebenar....kadang2 bukan nak kata la..orang yang dok kata murtad kedah tu sbnrnya tak biasa dok tempat orang bertahun2...ada setengah nya konon2 baget kedah jati.tapi alih2 buat status ada gak tulis perkataan "kite,ape,ye,saye,ade'' macam nak cakap ja dkt orang tu "cakap tak supa bikin."...kawan2 KL sy pun ada cakap..y not kita belajar bahasa org selain negeri kita..sekurang2nya kita tahu menyesuai kan diri di tempat orang..takkan nak suruh org paham bahasa kita sedangkan kita tuh tak cuba guna bahasa org.. kawan2 n b0b0y sy juga ada bgtaw pasal isu lorat ni..dorang sendiri cakap"ape salahnya kita bercakap bahasa yang mudah orang faham,kami tak kisah asalkan tak cakap benda yang buat kami terasa.."..orang yang akan cakap seseorang itu murtad kedah adalah orang yang duduk di satu kelompok sahaja...means berjalan2 or stay di tempat orang hanya dua tiga bulan or setahun sahaja...mungkin juga orang itu tak boleh terima bila org tu belajar/kerja/berkahwin luar dari negeri sendiri n bercakap bukan lorat kedah..hope org yang berfikiran sempit itu ubah sikap..luaskan pemikiran n selagi seseorang itu tak melakukan perkara yang dilarang agama..tak perlu mengata or ada perasan tak B0LEH TERIMA..sy merupakan student n telah pun bekerja di tempat orang..sy juga apabila berada di tempat orang dan menggunakan bahasa yang mudah orang faham,berfikiran lebih rational adalah terbaik daripada orang yang hanya pandai menghentam,mengata,menyakitkan hati orang boleh menambahkan lagi dosa..buat apa tambah dosa sedangkan dosa sendiri tak tertanggung...jauh mana kita merantau n sejauh mana bahasa kita berubah tapi hati anak jati kedah tetap ada...so orang yang hanya tahu mmengata tu..fikirkan lah...suatu hari nnti pastu anda sendiri akan tahu..sebab dan mengapa... ^_^

    ReplyDelete
  3. masa mula penulisan kakD ada la juga mengunakan bahasa buku+KL tapi ingat2 balik apa salahnya kalau kita guna bahasa yg kita faham...pada yg tak tau perkataan tu kakD akan selitkan sekali bahasa yg selalu org KL guna pkai...

    ReplyDelete
  4. takpe je cik Lekit.yang jenis lidah pekat takleh nak tuka slang tu pun takpe.Kita kan orang Malaysia =)

    ReplyDelete
  5. ok la tu kedah vs kl..aku kedah vs kelate..ahaha

    ReplyDelete
  6. Wah ada isu macam ni jugak ye.. padahal kat kl byk je member yang speaking dengan dialek kedah.. xpe la.. biar la diorg nak kata apa kan.. =)

    ReplyDelete
  7. kedah lah menang...kelantan KO,hahahahaha kelantan dengki tau2 nak malukan nama tok guru tu je!

    ReplyDelete
  8. same la kita.. laki org kl. kadang2 org x paham. bajet org kl la ape la.. padahal, mmg slang tu pon dok cakap ari2 ngan laki.
    abeh tu nk wt canoo...

    sabo je laa..
    :D


    tiny sprinkles. cute handmade accessories promotion price from RM 5

    ReplyDelete
  9. takpala.. biar prg nak kata ape.. kita loghat tengok tempat juga kan. macam abg saya yang kawin dengan org Pahang, balik Sabah dah hilang slang loghat sabahnya.. tak kisah pun kami.. kan kita 1 Malaysia.. hehe

    ReplyDelete
  10. akak pun kawen orang kedah.mula2 dulu memang tak paham apa.tambah kalau sembang dengan orang tua sebab depa pakai bahasa kedah lama..
    boleh dengar ja la sampai mengantuk.heheh..
    dah lama2 depa pun paham..
    nak cakap dengan akak guna bahasa kedah yang jelas.sebab akak ni nama ja orang utara(perak)tapi cakap bahasa buku ja sebab akak duduk kat jb..

    ReplyDelete
  11. bini wa org ganu, balik ganu je wa pening

    ReplyDelete
  12. tuuuuu dia aaihhhh... aku bukan nak gebang la.. bukan nak mohong aihhh...


    betui habaq hang...tak celuih... hehehehehehehehe

    ReplyDelete
  13. hehe..takpe la abby..cakap bahasa apa pun takpa..janji orang paham apa yg kita cakap kan?


    saya ni lagi fleksibel..sebab dari kecik membesar kat selatan perak yg dekat dengan kl..cakap memang slang kl..dah umur 16 tahun baru balik penang..jadi cakap utara punya slang tak berapa nak pekat sangat la..2-3 tahun ni je dah ok sket..


    tapi kalau dgn kawan2 yg bukan orang utara memang saye cakap slang kl..smpai dorang pun tak tau saye ni org penang..ehehe..

    ReplyDelete
  14. eh saye suke gile denga org ckp loghat kedah taw. ade sorg ofismate org kedah. time marah abih sume longhat kedah die kelua. haha! best denga!

    ReplyDelete
  15. campur2 bahasa pun janji faham..cam cma.soromban ngan perok..??
    hahaha..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!