SALAHKAN PAKWE BILA ANAK MATI DIROGOL DI BUNUH, DI KERAT & DI BAKAR

6.7.11 Suria Lekatlekit 23 Comments

Kes seorang remaja 16 tahun yang mati dipercayai rogol, di bunuh kemudian di kerat & di bakar dengan kejam dia akhbar semalam rasanya semua dah tahu kan. Kat harian metro hari ni keluarga mangsa membuat luahan perasaan kesal & menyalahkan teman lelaki gadis tersebut dan menyifatkan teman lelaki arwah tidak bertanggungjawab.

Mangsa rogol & bunuh dengan kejam

Persoalannya sekarang gadis tu tanggungjawab siapa? Memang dari segi kemanusiaan kita boleh anggap la teman lelaki yang bawa gadis tu keluar hingga malam baru nak hantar balik rumah kena pastikan dia selamat sampai kerumah tapi dari segi tanggungjawab, lelaki tu belum berhak memikul apa - apa tanggungjawab terhadap gadis tersebut.

Bila jadi kes macam ni.. Masing - masing buka jari telunjuk cari salah orang walhal bagi sang lekit semua pun ada salah & silap. Keluarga gadis tu kenapa biarkan anak dia keluar dengan lelaki sampai malam? Memang dah tertulis ajal dia macam tu kalau keluarga gadis tersebut terima sebagai suratan tak perlu la mengeluarkan kenyataan kat akhbar dengan menyalahkan orang lain penyebab gadis tu menemui ajal dalam keadaan yang menyayat hati.

Kenyataan keluarga gadis tersebut bagi sang lekit cuma menyapu arang ke muka sendiri. Orang akan pertikaikan cara didikkan & asuhan mak bapak dia jugak. Orang akan cakap kalau kau tak biar anak kau keluar, takkan lelaki tu berani bawak keluar. Sampai 2 pagi baru balik.. dah tu anak dara pula.

Pendapat sang lekit ada baiknya keluarga mangsa tidak keluarkan kenyataan dengan menyalahkan teman lelaki gadis tu sebagai tidak bertanggungjawab untuk menutup kesalahan mereka yang membiarkan gadis tu keluar merayap sampai pukul 2 pagi baru ingat nak balik. Hanya memalukan diri sendiri jer. Anggaplah apa yang terjadi adalah dari kesilapan semua pihak tak kira dari pihak lelaki tersebut mahupun keluarga mangsa dan gadis tu sendiri. Ambil iktibar dan jadikan panduan di masa akan datang.

Rujukan : Harian Metro

23 comments:

  1. betul tu,sy sokong dengan pandangan lekit

    ReplyDelete
  2. setuju dgn dik lekit. pd pdgn akak, lebih baik keluarga mangsa memberi kesedaran kepada budak2 perempuan dan keluarga2 yg mungkin berpotensi menjd mangsa di ms hadapan

    ReplyDelete
  3. sy setuju dgn akak,kenape mak bapak biarkan dia keluar sesuka hati,perempuan tu pon salah gak sb biarkan anak dia keluar malam2..

    ReplyDelete
  4. bile dah jdik msing2 menuding jari arah org len...satu jari tuju kt org len, empat jari kite yg len tuju kt kite...tpi nk ckp cmne kn...kesian si arwah kne cm tuh...hanye boleh berdoa shje....

    ReplyDelete
  5. akak setuju..bukan malam..tapi napa dibiarkan anak yang masih bawah umur tu balik sampai pukul 2 pagi..
    lelaki tu bukan suami cuma BF sepatutnya mak lebih memantau anak kalau dah pukul 10 tak balik...

    Patut kerajaan buat perintah berkurung untuk remaja bawah 18 tahun tak dibenarkan merayau tanpa org tua selepas 12 malam...

    ReplyDelete
  6. alahai,perempuan tu(mangsa) pon salah gak sb keluar mlm2 salah taip pulak,hish...

    ReplyDelete
  7. SETUJU DENGAN PANDANGAN AKAK !
    KESIAN LA KITE KAT MANGSA NI BENARNYE..TAPI DAH AJAL DIA KAN..HURMMM

    ReplyDelete
  8. setuju sangat. masing masing ada salah sendiri. jangan nak salahkan orang lain. sy sebagai orang lelaki pon pelik, macam mana la boleh nak bawak anak dara orang keluar sampai pukul 2 pagi.

    ReplyDelete
  9. orang akan tuding jadi kat parents die. surely!

    ReplyDelete
  10. salahkan orang lain...tu aje yang termampu......

    ReplyDelete
  11. ada jugak rara dgr,hmm sian.tu lah kan kak,mak bapak amik lah tau sket.ni biar je anak2.

    ReplyDelete
  12. korang xfaham perasaan si mangsa. Cuba korang berada kt pihak family mangsa, apa korang fikir?

    yang dah meninggal tu,biarkn. jgn lg bsar2kan cerita.kot nanti ad yang trase. yg pnting kita ni, sdekhkan doa tuk si mangsa dan keluarga.

    ReplyDelete
  13. en JI bukan tak simpati.. tp cara keluarga arwah tu rasa mcm memalukan diri sendiri. Bkn tepuk tgn atas musibah yg menimpa dorang tp sekadar memberi pandangan dr kenyataan yg di keluarkan keluarga mangsa dlm akhbar. sepatutnya dorang pun tak panjangkan cerita dgn menyalahkan si lelaki tu sbb dorang pun tahu rasanya.. salah dr semua pihak termasuk la mangsa bkn slh tu hanya pd bf dia jer

    ReplyDelete
  14. SETUJUUU

    Tapi terfikir sapalah yg buat dia mcmtu,smpinyaa hati

    ReplyDelete
  15. tiada kata yg dpt meluahkan kekejaman terhadap mangsa...

    ReplyDelete
  16. yg penting skrg ni arwah,bf arwah dan family arwah bersalah dlm hal ni. x boleh nak salahkan sebelah pihak je,nak salahkan bf,kakak arwah tu x fikir ke apa yg dia keluarkan statement tu buat memalukan diri sendiri dan family dia je!hampeh!

    ReplyDelete
  17. aisehhh, kalau keluarge arwah bace post ni, diorang sedih kot. papepun, my deepest condolence to the family & alfatihah.

    ReplyDelete
  18. aku setuju dengan pendapat kau nyaaahhh


    meletop...


    family dia nak tunding jari, nak tutup malu sendiri.

    ReplyDelete
  19. sangat setuju!
    klau kita sbg ahli kluarga tlalu biar adik2/anak2 kita bebas kluar masuk umah, salahkn diri sendiri jika ada apa2 yg x elok blaku..

    dan klau kita dh cukup waspada tp ia ttp terjadi, anggap la Tuhan lbh mnyayangi nya..

    tiada sebab nk salahkn org lain..

    ReplyDelete
  20. yup.... letakkan kesalahan diri sendiri kepada orang lain lebih tak bertanggungjawab...

    ReplyDelete
  21. betul2...nak salahkan kan sesape pun tak guna kan...tapi kesian family perempuan ni...semoga dieorang tabah menghadapi semua ni

    ReplyDelete
  22. dalam al quran dh cakap..mak bapak laa yg brtanggungjawab nk jadikan anak2 sbgai ape.
    yg lain2 no komen lah.
    -peace no war-

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!