SAMPAI HATI WASIATKAN BAPAK HUTANG ALONG

23.7.11 Suria Lekatlekit 9 Comments

Kesian seorang pakcik ni... Umur dah 80 tahun tapi terpaksa menanggung hutang along hasil dari wasiat arwah anaknya. Kenapa lah si anak ni kejam sangat.. Kan??

Pakcik ni kini terlantar di sebuah hospital di ibu negara akibat menghidap beberapa penyakit termasuk kanser prostat, jantung dan pendarahan di saluran pencernaan. 
 
Pakcik ni tak tahu semasa arwah anaknya masih hidup, anaknya ada menggunakan nama pakcik ni sebagai penjamin untuk membuat pinjaman kepada Along. Pakcik ni baru jer tahu dia jadi penjamin kepada anaknya setelah anak dia meninggal dunia sejak 4 tahun lalu.

Pakcik ni terpaksa jugak la membayar bunga setiap bulan kepada Along menggunakan duit pencen setiap bulan kerana bimbang di apa2 kan & kasihan arwah anak tersiksa dalam kubur. Setakat ini pakcik tua tu dah membayar lebih dari RM20k bunga kepada Along walaupun hutang yang di buat arwah anaknya cuma RM3k saja. Selagi dia tak langsaikan RM3k tu sekaligus selagi tu la pakcik ni terpaksa bayar bunga setiap bulan.

Wang pencen pakcik ni bukan la banyak mana pun. RM550.. bayar bunga along RM450 & dia juga terpaksa menyara 13 orang lagi ahli keluarga termasuk cucu. Dah tu buku akaun duit pencen dia di pegang along & setiap bulan dia kena pergi keluarkan duit untuk jelaskan bayaran bunga tu. Dan pakcik ni pernah di ugut kerana lewat menjelaskan bayaran.

Sampai hati si anak wasiatkan penderitaan pada Ayah tua yang uzur tu.. Kalau tak boleh senangkan pun, cukup la jangan menyusahkan. Berilah ruang mereka menghabiskan sisa hidup dengan tenang. Moga jadi iktibar pada kita semua.

Rujukan : Sinar harian

9 comments:

  1. arwah anak dia tu,jawablah kat akhirat esok,pinjam along tu mmg riba pon,bunga tu faedah,faedah tu riba,diharamkan dlm islam..hu3 x tau nak ckp apa lagi,apa pon x boleh,bank byk kat malaysia ni,hu3 x akan x nak pinjam...

    ReplyDelete
  2. along. along adalah orang yang kerap kali di'pow' oleh angah, alang, acik, etc2. sangat cool. tapi along yang itu... not cool, man. not cool.

    ^^

    ReplyDelete
  3. kena sebat la anak die dalam kubur tu

    ReplyDelete
  4. jangan cari pasal dengan along.memang tak boleh tolong

    ReplyDelete
  5. astaghfirullahalazim. sorryyyy to hear. agaknya bgmna lah nasib seorang ayah ni kann.

    ReplyDelete
  6. ish2, tak de akal ape orang tu kak.

    ReplyDelete
  7. xcukup ke bapak tu dh besarkan dye,snggup lak tinggal kan hutang,spttkan kite yg langsaikan hutang mak ayah kite,ni terbalik lak.

    ReplyDelete
  8. ini anak tak sedar dek untung.. :|

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!