SAYA CABAR KAMU ANONYMOUS!

31.7.11 Suria Lekatlekit 30 Comments

Mengikut kajian sang lekit dari blog melekat lekit, Bila ada sesuatu isu yang hangat, hangit & hangus di kupas kupis & kopek kat blog ni mesti jadi sasaran En/Cik Anon. Yelah.. bila sesuatu isu yang tengah mengelegak.. Semua orang akan cari & baca. Bukan sesuatu yang pelik kalau ada orang yang menyokong atau membangkang. Perkara biasa la tu.

Kedatangan Anonymous ni petanda entri tu mendapat liputan meluas sehingga mereka - mereka yang tak kenal dengan blog melekit sebelum ni turut serta untuk mengeluarkan komen & pendapat. Terima kasih juga la pada pendatang tanpa nama (Anonymous) yang sudi menyinggah & mencemar duli di blog ni. Sekurang - kurangnya korang boleh berkenal kenalan dengan blog melekit & memperkenalkan pada kawan - kawan lain tentang kewujudan blog melekit ni secara tak langsung walau tujuan sesi berkenalan tu untuk mengangkut bala tentera Anon menyerang secara pukul curi. kekekekekeke

Pukul curi la kalau datang tanpa identiti. Umpama halimunan.. Ada kata - kata takde nama atau rupa. Nak buat kunjungan balas pun tak dapat apatah lagi serangan balas. Apapun kata - kata yang di lemparkan oleh pendatang blog tanpa nama ni.. Takde satu pun rasanya buat sang lekit down apatah lagi rasa give up dalam menulis blog. Bagus usaha kamu En/Cik Anon walau kurang berjaya. Kamu boleh cuba & cuba lagi yer untuk lain masa, waktu & ketika.

Apapun Anonymous.. sehebat mana kutukan & kritikan kamu terhadap penulisan di blog melekit ni namun takde satu pun yang sang lekit kagum selagi kamu datang tanpa identiti. Orang pengecut mana boleh di jadikan idola atau contoh, kan?? Sang lekit cabar  kamu (Anonymous) jika kamu seberani sang lekit mengupas isu panas dengan pandangan & pendapat peribadi tanpa gentar dengan kritikan & kutukan kaum kerabat kamu, tampil dengan identiti. Kalau tidak kamu bukan lawan sang lekit! Kamu pengecut & tidak layak berada dalam golongan kami yang berani, gagah, kental & perkasa ni. Apa macam?? Ada berani ker??

30 comments:

  1. hahaha...
    tau xpe...

    pastu datang xde idea langsung
    semua komen sampah..haha

    cabar je depa nihhh


    Fakta pelik Ben Ashaari
    http://ping.busuk.org/view/13796

    ReplyDelete
  2. tu dia..kalo dah blog pemes mmg ade yg cemburu..nak2 si anon nieh..


    hehe..ade BRAN anon???

    ReplyDelete
  3. haha, adat berblog kot
    dimana ada blog, disitu ada anonymous

    teruskan je kak
    peduli apa orang nak kata, bukan dia pun tolong taip

    ReplyDelete
  4. Anon, org yang ada masalah kurang keyakinan diri...

    sekurang2nya kalau takde akaun pun, lepas tulis tu, letaklah nama dan asal mana kat bawah komen tu...

    'cakap besar berak atas gelegar'

    cakap ngalahkan profesor, tapi penakut...ceittt

    ReplyDelete
  5. Cik Ila pn menyampah dgn cik Anon...
    geram2 sgt..disabled kn Anon tu..senang cite..hahah

    ReplyDelete
  6. so? kami team anon pun tidak sekali2 terfikir nak bodek kau... macam kawan2 kau kat atas tu.. semua mcm lembu dicucuk idung..

    ReplyDelete
  7. kita dah dapat si pengecut pertama.Bodek dengan dedahkan identiti adalah 2 perkara berbeza yer cik Anon. Kalau dah penakut tu tak payah buat alasan. Kamu blh je kritik saya dengan identiti sebenar kamu kalau kamu berani, tak perlu jadi Anon

    ReplyDelete
  8. eleh,dah penakut tu penakut lah anon,aku berani dedahkan identiti aku kat blog akak lekat lekit ni,sb nak komen dan beri pendapat yg agak bernas,ko anon apa dpt! ko tu hantu,hantu mana nak dedahkan identiti dia kan...hahahaha

    ReplyDelete
  9. Bila masa si Anon tu ada team ntah... kalo masing2 pun tak kenal-mengenal sesama sendiri camne nak ade team... hahaha, lawak :)

    ReplyDelete
  10. bgus2
    nk tgk cik anon tue brni ker x
    stkt komen tpi jd invisble
    spa pn boleh

    ReplyDelete
  11. betul betul cik lekit.biasanya yg dtg takde nama nei si pengecut yg tak puas hati.grrr.org macam nei apee pun tak boleh.hehe

    ReplyDelete
  12. entah ape2 tah anon ni kan?? saje je nak bikin gempak..takut ler tuh org serang dia..tak macho lngsg buat cara mcm tuh..pengecuttt!

    ReplyDelete
  13. Alah korang,,pandai je bodek,,,padahal korang ada gak jadi anonymos bila ta puashati ngan gurls melekit,,,boleh blah laaa-aku siti

    ReplyDelete
  14. dtg dah cik anoy haha jum la cik anoy tgk belog sy coment2

    ReplyDelete
  15. Siti Anonymous.. tak kira la siapapun Anon tu. sapa makan cili terasa pedasnya. Kat blog ni tak perlu jd anon kalau rasa nak kritik sebab saya mengamalkan konsep "kita mungkin berbeza pendapat, tapi tak semestinya bertegang urat" Nak kritik, kritik la tapi biar kritik yang mencerminkan kamu tu manusia yang ada adap & sopan. Caci maki, carut marut je tak di benarkan disini

    ReplyDelete
  16. salam.. tumpang lalu yer.. ( sopan tak?).. hahaha... tak payah layan.. di blog shahazrin.com, sesiapa yang datang dengan nama anon@#%^&& akan kekal sebagai spam selamanya... hehe..

    ReplyDelete
  17. x sengaja taruk nama anon kut? atau nama dia mmg anon..hehe

    ReplyDelete
  18. saya sebagai anymous tuuu..
    berani je..setakat nk
    lawan ngan lekit..
    hahahahahahahaha...
    NF rasa kat blog Nf..
    ade sekali je..tapi
    NF tahu sape..hahahahahaha..
    kot2 pakwe lekit ker..
    musuh lekit ker..cewahh ahaha

    ReplyDelete
  19. saye paling suke entry akk yg ni.mmg patut pun dorg keluar dgn identyty,kalau tak kite mmg anggap dorg ni pengecut.saye pon kebelakangan ni didatangi anon,mmg sakit hati bile dorg komen,mencik.

    ReplyDelete
  20. aku rasa anon siti atau macho ni x ade blog agaknya lah lah,hu3 ce komen kat blog simle aku lak,hu3 aku letak just utk member blog aku je,hahahahaha

    ReplyDelete
  21. mak enon ooo mak enon..

    jangan layankan aje cik lekit,lagi dilayan tambah mengada-ngada.
    An anon will always be anon..

    ReplyDelete
  22. hehe.. i like it... sang lekit cool (mesti anon marah kita lagi kan? tapi takper alang alang dituduh pengampu.heheh)

    ReplyDelete
  23. tah2 anon tu takde blog/acc google. kesian!

    ReplyDelete
  24. kak, cik epal pun ade cakap pasal cik anon ni. ce akak tgok.

    http://cikepal06.blogspot.com/2011/08/cara-nak-handle-anonymous-dekat-blog.html

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!