TAHU KAU HEBAT, TAPI TAK PAYAH CERITA BANYAK KALI

13.7.11 Suria Lekatlekit 22 Comments

Dari tajuk entri maka ketahuilah isu yang bakal di kopek rakus oleh mak buyung a.k.a boyot ni adalah topik yang agak puaka & berkemungkinan besar akan mendapat serangan balas dari pemakan2 cili secara tak rasmi tapi tetap sang lekit nak kupas kupis juga dari sudut pandangan peribadi sang lekit.

Bila kita membaca cerita tentang ketabahan,kecekalan & kepayahan seseorang demi melakukan sesuatu kita akan merasa kagum. Kagum dengan semangat waja nya yang mampu berdiri dengan kaki sendiri tanpa bantuan orang lain. Itu bila sekali baca/dengar.. Tapi kalau dua tiga kali baca/dengar cerita yang sama di lain hari masa waktu & ketika mesti muak kan?? Rasa macam sipolan tu dah takde kehebatan lain dia nak cerita pasal diri dia. Alih - alih benda yang sama.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Bila di kritik dia dengan satu kelemahan yang dia miliki mula la nak bangkitkan cerita basi pasal kehebatan yang di miliki & membandingkan dengan diri si pengkritik tu seolah - olah dia tahu latar belakang & perjalanan orang yang mengkritik walau kehebatan yang di miliki tu takde kena mengena pun dengan isu dia di kritik. Tahu la kau hebat dari segi tu.. Tapi bukan kau sorang je mampu buat semua tu. Ramai lagi kat luar sana lebih tabah, cekal & hebat dari kau.. Tapi dengan rendah diri jer dorang berkongsi perjalanan hidup dorang. Takde la sampai terpekik pekik nak canang.. Bahawasanya dia la paling hebat.

Persoalannya sekarang perlu ke mencanang benda yang sama berkali kali demi nak tunjuk diri tu sangat hebat. Berkongsi kepayahan yang di lalui demi mengecapi sesuatu tanpa kenal putus asa tu memang mampu memberi motivasi pada orang lain tapi kalau dah macam riak & bangga diri orang takkan akan pandang sebagai satu motivasi atau berasa kagum lagi dengan anda.. Malah orang akan rasa anda seorang yang 'POYO' & menjengkelkan. Apa yang jelas.. nampak kau seperti riak, berlagak & bongkak.

Ini cuma pandangan peribadi sang lekit yang tidak merujuk kepada mana - mana pihak, individu, blog mahupun blogger. Kalau ada mana2 manusia yang terasa dengan entri ni tu dia punya hal la. Yang pasti tiada nama, watak atau identiti sesiapa dalam entri ni.

P/s : Cara penulisan,gaya bahasa, perkataan yang di gunakan tu boleh memberi ekspresi pada jalan penceritaan. Kalau dah bercerita dengan riak, bongkak & bangga dengan kesusahan yang di lalui (yang kononnya hanya dia je boleh buat semua tu),logik ke kita nak rasa kagum & simpati?? dah tu dok repeat benda yang sama. Renung2kan la.. Jadi yang pernah berkongsi keperitan hidup dalam blog tapi konsep, penulisan, gaya bahasa & perkataan yang rendah diri jangan la terasa. Bukan anda yang saya maksudkan. Dan bukan niat saya nak memperlekehkan pengalaman hidup korang yang penuh siku liku tu. Harap maklum

22 comments:

  1. uik...??

    kak kurang kan sikit..sbb tgh mengandung..tak elok kesihatan baby..=)

    bacaan rasa boleh pengaruhi =)

    ReplyDelete
  2. hehe pedas entry sang lekit hari ni.. tp saye macam setuju gak.. =)

    ReplyDelete
  3. entri ni just pandangan peribadi je Ujang.. lgpun takde nama sesapa. sekadar berkongsi pendapat. cuma ayat macam keras sikit kan??

    ReplyDelete
  4. setuju sangta.. tapi saper ye?? emm.. nasib baik tak pernah membangga diri.. hihi.. btw, tak pernah tunjuk pun diri sendiri ... hihi

    ReplyDelete
  5. agak2 siapa kah itu???
    hahahha...
    sebab tu jangan terlalu banyak bercerita tentang diri sendiri..:)

    ReplyDelete
  6. hmm banyak baik dan buruk dlm dunia blog ni. haih~

    ReplyDelete
  7. S.B.R.B-Sombong Bongkak Riak Berlagak

    Penyakit-penyakit hati..kadang-kadang kita tak sedar tapi boleh jadi habit.Mudah-mudahan saya dan kita semua terhindar dari perbuatan itu Insya Allah

    ReplyDelete
  8. sabar2..ini sbb membawa budak ni kot..hihi..

    ReplyDelete
  9. mungkin dia x perasan..ada baiknya lekit tegur dia secara personal..

    ReplyDelete
  10. Inilah sebab nape mak bapak aku selalu bergaduh... mak aku ada ciri2 di atas tersebut... dah jadi habit dia sampai kekdg semua org sekeliling dia termasuk aku terasa amat sgt bila dia rasa diri dia je la yg baik, betul, maksum dan sebagainya... bila aku tegur baik2 dia akan melenting dan pernah takmo cakap dgn aku selama 1 tahun... skg aku cuma iya je cakap dia tapi tak amik hati sgt... cuma risau kalo org yg tak kenal dia akan terasa dan berdendam dgn dia pulak... dia ada byk musuh.

    ReplyDelete
  11. sebab dia rasa dia lakukan perkara yg betol?? errr.. dia je lar yg rasa.. orang lain x rasa mcm tuh.. mungkin sbb diri kita dah selesa ngan perangai sndiri sampai orang lain tegur pon dah tak diterima.. :)

    ReplyDelete
  12. hahaha, serba sedikit pasti ada sifat ingin diiktiraf dalam semua diri ank adam kecuali orang tak waras....

    ReplyDelete
  13. mueueue..sape yg mkn cili terasa hingusnye...

    ReplyDelete
  14. dalam ilmu psikology dan PR, brg siapa yang banyak menggunakan 'aku' atau 'saya' dalam perbualan dan penceritaan.. itu menunjukkan dia lemah dan cuba menutupi kelemahan dengan takkabur pada benda yang tak perlu..

    p/s ce citer sapa tuu??? nak tau gak hgahahahaha

    ReplyDelete
  15. inilah sikap yang perlu kita jauh-jauhkan.. Riak dan bermegah diri.. malas bila bersendiri, tapi menunjuk2 hebat bila di hadapan ramai..
    nak sangat pujian yang konon dirinya tu hebat.. wallaweh

    ReplyDelete
  16. Membaca dengan agak rasa berat di hati..."huh...terasa ke aku? tergolong ke aku?"
    - mungkin ada terlepas sepanjang kita berblog..apapun yg buruk dtg dr kita..sesungguhnya yang baik dr Allah swt. Tegur akak jika ada tersalah ya...

    ReplyDelete
  17. manusia bila diritik sentap

    dipuji kembang

    ReplyDelete
  18. sebab dia tak nak mengaku kelemahan dia.. dia nak dia je yang hebat..dia xank terima pandangan orang lain.. dia nak dia je betol..pandangan orang lain semua salah..


    dia nak tunjuk yang dia tuh hebat, baik.. tapi riak dan takbur.. macam entry...jemput baca ya..

    Hidup memang perlu merendah diri, tapi jangan melampau merendah diri sampai menjadi sifat RIAK!

    ReplyDelete
  19. pendek kate, jadilah diri sendiri. tak payah nk jd org lain. nk tunjuk bagus je dpn org. menjengkelkan.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!