KENAPA SAYA JADI ANONYMOUS?

3.8.11 Suria Lekatlekit 16 Comments

Selalunya kita menghentam golongan Anonymous ni dengan penilaian,pandangan & fakta - fakta sendiri tanpa bagi peluang pada golongan Anon untuk menyatakan sebab kenapa mereka pilih untuk jadi Anonymous bila berkomen tak kira la mengkritik dengan berhemah mahupun mengutuk dengan fitnah. Dari kesinambungan entri SAYA CABAR KAMU ANONYMOUS sang lekit nak bagi peluang pada Anonymous untuk menyatakan sebab kenapa dorang jadi Anonymous walau dorang juga ada blog, ada identiti yang boleh di kenal kalau di dedahkan.

Carian google

Kita kena bersikap adil.. Hanya kita jer menilai dorang tanpa bagi peluang pada dorang untuk menyatakan sebab - sebab sendiri kenapa jadi anonymous pun tak best jugak. Untuk menyelami isi hati golongan Anonymous ni apa kata kita bagi peluang dorang meluahkan perasaan kat komen entri ni. Taknak dedahkan identiti pun takpe cik/en anon.. cuma alasan & sebab kenapa jadi Anonymous je sang lekit perlukan. Yang pernah menjebakkan diri dalam aktiviti berkomen dengan identiti Anonymous nak share kenapa korang buat camtu pun boleh.

Itu pun kalau golongan Anonymous atau yang pernah jadi Anonymous ni jenis berfikiran terbuka la. Kalau Ala2 katak bawak tempurung, nyaring suara panggil hujan tapi menyorok dari ancaman tanpa melawan tak perlu la nak turut serta yer. Kang kena tekanan perasaan lak susah mak bapak & family. So, pada Anonymous atau yang pernah jadi Anonymous tu.. Apa lagi, jom bagitau kami semua kenapa anda jadi anonymous. Mungkin boleh mengubah pandangan kami terhadap anda yang selama ni anggap korang pengecut. Tu pun kalau korang berani.

 Hanya kerana tak mahu di gelar pem'Bodek' je ke jadi Anonymous?? Kurang relevan alasan ni.

16 comments:

  1. huh manusia mana lah yg jd anon ni.
    hello anon : kami berblog bukan untuk dibodek oke.kalau kamu bodek pon kami takde duet yg banyak nk bg kamu.

    ReplyDelete
  2. aiyo~~ kenapa ada anon macam tu? haha. all the best ye~

    ReplyDelete
  3. biarlah diaorang kut..kwn sy penah gak komen kat blog sy sbg anonymus - psl dia xda blog kut atau takda akaun

    ReplyDelete
  4. hai,

    saya ni anon yg tak penah kutuk awak tau. hari2 saya baca blog awak. blog awak ni best.. tapi saya takde blog la..terpaksa jadi anon..huhu

    boleh saya nak bg pendapat? bila ada anon yg bagi alasan kenapa dorg jadi anon, jgn la "kata" balik alasan dorang itu...

    biarla walau alasan dorg tu "taknak bodek awak". dah itu yg dia fikir.

    ni pendapat saya je tau. jgn mara...

    Zuuuuuraaaaaa :)

    ReplyDelete
  5. sbb dorang boleh kutuk sesuke hati tanpe dketahui sape empunye diri. hahah!

    ReplyDelete
  6. owhh...berbulan lamanya sy tertanya-tanya siapa si Anon ni..rupanya anonymus..huhu..anyway, sy pernah gak jd anonymus dulu masa belum ada blog n akaun google..tp tak la smpai nk menghentam..sebab termasuk blog org pun dr carian google juga..so komen berdasarkan entri..

    ReplyDelete
  7. Zura.. takde la marah. Anon memang ada 2 jenis.. satu jenis yg memang nak berkomen tp xde blog so dorang tak blh nak tinggalkan jejak tp sedikit sgt jenis anon mcm tu.. jenis Anon kedua ni, kebanyakkan blogger yg nak menghentam, mengutuk & mengkritik dengan gaya bebas & krg adap & kdg2 kritik & kutukan dorang langsung takde kena mengena dengan isu. Lebih kepada melemahkan berniat nak jatuhkan org jer. Anon jenis tu la yg saya cari.. nak tahu sebab kenapa perlu jadi Anon.

    ReplyDelete
  8. Kenapa pada mengumpat nie,ingat bulan penuh rahmat...sayang dilewatkan yg hanya datang 1 x setahun... santai aja lah...

    ReplyDelete
  9. teddy ni bkn entri mengumpat just survey jer.. bagi peluang pada golongan Anonymous bg pendapat & meluahkan rasa kenapa dorang pilih untuk jd anonymous atau dorang memang takde pilihan lain selain guna identiti anonymous

    ReplyDelete
  10. sape la si anon ni..ade ke patut dikatanya pengomen cam lembu ditarik hidung..hello!! mak anon..nk marah2 marah la..jgn la nk libatkan org lain..kami komen apa yg kami rasa betul.
    pengecut!
    akai ada x mo pakai..
    xpasai2 dpt dosa kering marahkan korang ni..

    ReplyDelete
  11. erkkk pesal anon cakap pengkomen nak bodek??? komen berdasarkan apa yg dibaca saja..tak dak nak bodek ker hapa pun

    ReplyDelete
  12. a'ah ada jugak anon yg okey,diorang jadi anon sebab takde akaun.sy ade sorang kwn yg mcm tue.

    bagi anon yg suka komen lari dari topik dan nak mrh2 je tue anon yg pengecut tp nak byk bunyi.hee

    ReplyDelete
  13. Bukan semua pengkomen yg bukan Anonymous bagai lembu dicucuk hidung, dan bukan semua pengkomen yg Anonymous bagai 'hero' ikhlas dlm dunia blog.

    Tapi majoriti Anonymous memang tak disenangi ramai blogger kerana ada sesetghnya memberi komen biadab dan tak relevan dgn entri... ada juga pengkomen yg bukan Anonymous bersikap sama je... cuma mungkin ada blogger yg suka pakai Anonymous sebab dpt 'cuci tangan' lepas menghentam org dan takut utk mengakuinya.

    ReplyDelete
  14. cik anon ne berani kt belakng jerk.. ibarat baling batu tapi sorok tangan :)

    ReplyDelete
  15. hek elehhh.. bila dikatakan sependapat dgn penulis blog dikatakan kita lembu dicucuk idonggg.. ape daaaaaa..

    dia lagi ler..kambing xnk ngaku busuk.. kekekeke..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!