BILA MAK BAPAK BERKERAS, ANAK BERDEGIL

11.9.11 Suria Lekatlekit 17 Comments

Laila Majnun.. Romeo & Juliet. Tu antara kisah cinta terhalang yang paling popular hingga kini. Kisah cinta yang tak kesampaian hingga menyebabkan trajedi & Kematian. Mungkin sebab terlalu taksub dengan kisah2 cinta terhalang maka zaman sekarang ni ramai manusia nak jadi macam Kais & Laila atau Romeo & Juliet.

Sempat tengah2 malam jenguk Harian metro online terbaca la sat berita yang bertajuk Riwayat cinta yang mengisahkan sepasang kekasih mengambil keputusan untuk bunuh diri dengan minum racun sebab cinta dorang tak di restui keluarga. Akibat dari tindakkan kurang bijak pasangan kekasih tu, yang lelaki meninggal dunia, yang perempuan pula kritikal.

Pasangan kekasih cinta terhalang

Cerita pasal tu rasanya semua orang dah baca kan.. Apa yang sang lekit nak kopek kat sini adalah punca trajedi ni berlaku. Bila mak bapak berkeras menghalang, anak pula degil.. masing2 taknak mengalah.. takkan ada happy ending untuk kedua2 belah pihak. Andaikata.. kalau mak bapak berkeras & anak tak degil.. mungkin ada jalan penyelesaian yang lebih baik. Andaikata anak degil, mak bapak beralah mungkin dapat bagi peluang pada si anak untuk mencuba buktikan pada mak bapak dia yang dia boleh bahagia dengan pilihan sendiri. Tapi malangnya, masing2 berkeras dengan keputusan masing - masing. Akibat kedegilan, keegoan & ketidakmatangan.. Terjadi kes bunuh diri minum racun lepas tu baring sambil berpelukkan di ruang tamu rumah. Maybe dorang fikir, cinta dorang akan bersatu kat syurga dengan bunuh diri kot. Dah sah2 la bunuh diri tu hukumnya.. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. (Rujukan : Hukum Bunuh Diri)

 Sekadar memberi pandangan peribadi bukan berniat mengaibkan sesiapa.

17 comments:

  1. macam2 kisah dak zaman sekarang....terlalu ikut perasaan..minta2 dijauhkan...

    ReplyDelete
  2. today..really hard to control this problem..ish3..

    ReplyDelete
  3. yg mane lebih baik..
    pilihan sendiri ke..
    pilihan mak ayah? ^^

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan...
    sudah 4low awk...4low kongsi plak yer

    urm..kalau x fikir pnjg...cmtu lah jadik yer. ingat kat akhirat tetap bersama k...xd tu sume...sume bergantung dgn amalan kamu..

    suka entry ni. mintak izin kongsi...jika izin sila paste link entry sini
    http://kongsi-apa2-aje.blogspot.com/p/berkongsi-disini.html

    mekasih (^_^)

    ReplyDelete
  5. kan leh dibwk berbincang..mesti ad sebab nape parent tak setuju..

    ReplyDelete
  6. a'ah..saye pun ade baca gak kes ni..macam2 skang ni kan kalau dah taksub sgt dgn cinta..

    saye fikir mak ayah budak pompuan tu mengahalang mungkin sebab dia muda lagi..lelaki tu pula mualaf..hmm..

    tapi kalau lah dorg dibiarkan bercinta mgkin tak akan terjadi perkara ni kan? ntah la..nak salahkan mak bapak pun tak boleh..sebab budak pompuan tu pun salah jugak..

    ReplyDelete
  7. paling penting restu dari ibu bapa kan kak~

    ReplyDelete
  8. mak ayah skrg nih pentingkan kualiti,
    mungkin sbb tu kot..

    ReplyDelete
  9. cinta bila berlandaskan nafsu ginila jadinya... moga kita dapat elakkan dari benda camni... apapun perbincangan antara anak dan ibu bapa sangat penting... ada sebab kenapa mak ayah menghalang... takkan la tak pasal-pasal mak ayah nak halang pilihan anak tanpa sebab...

    bunuh diri? nauzubillah....

    ReplyDelete
  10. Nauzubillah,,bila baca pasal berita ni semalam,terkedu sekejap.Masya Allah..takut.

    ReplyDelete
  11. tak tau ke berdosa bunuh diri?tp bila dah hilang arah,tak siapa duga apa tindakan yg akan mereka ambil kan?huhu

    ReplyDelete
  12. baca juga cerita ni, entahlah sebenarnya bukan kita yang tentukan kebahagiaan anak anak tu.. biarlah dia kawin dari buat benda tak senonoh kat belakang. sebagai ibu kenalah doakan yang terbaik untuk anak anak

    ReplyDelete
  13. bila cinta dunia diagungkan...
    haissshhhhh xtakut azab allah ke dorang ni?

    ReplyDelete
  14. bg rara lah,org yg minum racun tu yg bodoh.knp bodoh sgt g minum racun,tak tau ke neraka tempatnya.

    ReplyDelete
  15. ya allah...
    lya bru tau ttg ni.. ye la dh 2-3 ari x sht... xtau aper cerita...

    ermmmm... itulah klo nafsu mguasai

    ReplyDelete
  16. Nape la dorg snggup buat bnde xb'faedah cmni...

    Siap brplukn kt ruang tamu lg??? Heishh. Ni la jdnya klu brgaul bebas. Pompuan laki sume dh xtragk2 nk sntuh yg bkn muhrim. Dh dpt dosa brsntuhn, dosa bunuh diri lg... Xtau la mne tmpt mrka kt akhirat nnti.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!