GENETIC TEST CIK LALA

19.9.11 Suria Lekatlekit 16 Comments

Hari ni cik Lala ada appointment dengan doktor kat hospital untuk Genetic Test & result. Ini sebab cik lala lahir dengan berat yang kurang dari 2kg (1.9 kg jer boleh rujuk entri ni :BUAT KEJUTAN SELEPAS LAHIR KEDUNIA) selepas semua test2 lain takde masalah. Cik Lala cuma kecik tapi cukup bulan & sihat.

Timbang berat badan hari ni, hari yang ke 29 Cik lala tengok dunia dah bertambah sebanyak 3 kg. Ok la tu.. Lagipun Cik Lala memang kuat menyusu. Sekarang ni pun dah terasa kalau pangku dia lama2. lenguh2 jugak la. Keputusan Genetic Test tu semuanya ok.. Takde masalah. Buat mummy & dady cik lala happy & lega. Banyak sangat test yang di buat kat Cik Lala sejak dia lahir hanya sebab dia kecik masa lahir. Macam nak cakap kat doktor jer.. Tengok la mummy dia. Besar sangat ker. Alih2 doktor yang periksa cik lala hari ni yang tolong cakap kan. Dia cakap Cik Lala sihat.. Dia kecik mungkin sebab mummy dia pun kecik. Alah kecik masa kecik jer.. Tapi bila dah besar kang, sapa tahu cik lala lebih tinggi dari mummy dia sebab masa kat kampung hari tu, ramai yang cakap tengok kaki cik lala ni dia tak mewarisi kekementotan mummy dia. Alhamdulillah la.. kalau camtu. Ikut la dady yang tinggi tu yer. Tapi mummy masa lahir tak kecik macam cik lala.. 3.9 kg tu masa lahir.

Apapun Cik Lala Masih ada 2 appoitment dengan doktor. Apa yang Sang Lekit Cik Lala terus sihat & sihat jer..

My Lala

16 comments:

  1. hehe comel je cik lala..alar masa kecik memang akan lain dari dewasa nnt ;)

    smga sihat membesar ye girl!

    ReplyDelete
  2. Lalalalalalalala!! IbuAqil doakan cik lala cuyunk sihat sihat sihat sesihatnya.. Amin!!!!!!!!!!!!!!! ;) Ni org kata kecik2 cili api dik.. ;)

    ReplyDelete
  3. hidung cik lala sgt mancung...
    comel...ikut sape ni??? ok la dlm tmpoh ni dh 3kg.. kiranya dh byk gak naik tu... asya lps pntang pon baru nk cecah 3kg++

    ReplyDelete
  4. kejap je die mmbesar..
    abby,,kecik mase lahir xpe..
    senang nk push..lepas ni syok la tgk die membesar depan mate..
    semoga semakin sihat dan menjadi anak yg solehah..amin...

    ReplyDelete
  5. ala comey nyer cik lala tido.bila nak buka mata tgk kawan2 mak cik lala nie ... ;)

    ReplyDelete
  6. alahai comel je..cepat jgk dia naik 3kg ek..good..

    ReplyDelete
  7. semoga cepat membesar ye cayang..jangan bagi mumy n dady susah hati =)

    ReplyDelete
  8. hai..lama x kemari..header pon dah bertukar tema ya..comelnya cik lala..

    ReplyDelete
  9. comel la cik lala,.mesti ikot mummy dia kot,.=p

    ReplyDelete
  10. Comelnya CIk Lala. Tak kisahlah if kecik ke besar ke, janji sihat walafiat. ^_^

    ReplyDelete
  11. kecil molek macam ibunya juga...:)

    ReplyDelete
  12. semoga cik lala sihat selalu. comelnya

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!