KEBUN EMAS ALAM GHAIB

14.9.11 Suria Lekatlekit 17 Comments

Bila di beri gelaran seorang ustaz kita melabelkan seseorang tu tinggi ilmu agamanya sehingga mampu menjadi tempat untuk orang lain menimba ilmu agama & merujuk kepadanya tentang agama tapi sayangnya kisah seorang ustaz ni. Walau dia seorang ustaz tetap terjebak dalam kumpulan ajaran sesat.

Kumpulan ajaran sesat ni di katakan kononnya mampu menyedut kemewahan dari kebun emas yang wujud di alam ghaib menyebabkan seorang ustaz sanggup meminjam duit dari Along sebanyak RM20K untuk membeli ‘kebun pokok emas’ berkeluasan sembilan hektar yang kononnya terletak di alam ghaib. Guru agama itu juga berzikir di tengah padang sekolahnya pada tengah malam kerana tindakan itu dikatakan membolehkannya mendapatkan kemewahan dengan lebih cepat. Akibat dari perkara tu isteri dan tiga anaknya kini terpaksa hidup bagai pelarian selepas diancam along.

Aduhai.. Memang duit & kemewahan buat orang hilang pedoman tak kira siapapun dia. Sepatutnya seorang pendidik ni lebih bijak & matang membuat penilaian.. Tak sangka ustaz ni pun percaya benda2 karut yer. Kalau betul wujud kebun emas di alam ghaib, dah lama ketua kumpulan ajaran sesat tu jadi jutawan, kan??

Rujukan : Harian Metro
 

17 comments:

  1. macam-macam orang skrg ni. benda karut marut pun boleh tertipu

    ReplyDelete
  2. Macam mana lah seorang yg bergelar ustaz boleh percaya degan ajaran sesat nih.

    ReplyDelete
  3. ingat benda2 yang karut marut ne dah makin pupus.. rupenye makin membiakkan.. makin ramai yg percaya ... adoiiii

    ReplyDelete
  4. salam...betul tu kekadang yg bergelar org yg alim ni ada juga melakukn kesilapan yg diluar jangkaan....
    sepatutnya mereka ni lah yg dpt membimbing org2 yg kurang pengetahuan dlm hal2 agama tapi sebaliknya plakkn mereka yg melakukn perkara2 yg x elok...:)

    ReplyDelete
  5. erk.tu lah kan.bile dh taksub sgt.mcm tu lah.

    ReplyDelete
  6. kerana wang..semua akan jadi gelap mata kerana WANG.

    ReplyDelete
  7. mencari orang yang berilmu ni, umpama mencari mutiara di lautan

    ReplyDelete
  8. ustaz pon dok percaya benda2 syirik?? pekedehalll lar.. =.='

    ReplyDelete
  9. uishhhhh!! macam tu pun ada ke.. ermmm mintak dijauhkan lah dari kita..

    ReplyDelete
  10. pelik.... macam mana lah dia boleh terfikir macam itu

    ReplyDelete
  11. bila tiada iman didada camni lah...

    nauzubillah....

    ReplyDelete
  12. ustaz juga manusia mereka bukan kebal dari dosa maka bukan harus terus mempercayai apa juga yang dia sampaikan ...segalanya berkemungkinan...

    ReplyDelete
  13. takyah la ckp ustaz ke pak lebai ke. ape ke.... kalau dah kena penangan duit dengan perempuan...

    leh cabut songkok haji nyah oii~~~

    napa la masa zikir tengah padang tu takde org nyakat dia jd hantu...

    ni mesti kes tipu bomoh indon ni.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!