LAWAK MAKCIK JAGA WAD BERSALIN

11.9.11 Suria Lekatlekit 16 Comments

Lagi berkisahkan cerita dari hospital. Wah banyak betul yer cerita sang lekit kat hospital walhal tak lama pun kat wad. Masa bersalin hanya 1 malam jer menginap kat wad.. 3 hari lepas tu Shahila di sahkan kuning kena tahan kat wad 2 hari. Takde lak berminggu2 bercuti kat hospital.

Ni kisah selepas sang lekit bersalin. Akibat cik lala tak cukup berat, Jadi Cik Lala kena masuk NICU. Malam tu sang lekit & en hubby nak ke wad NICU tengok baby.. sampai kat meja makcik jaga tu bila tengok sang lekit jalan kaki dia suruh hubby ambil wildchair. Sementara tunggu en hubby tu tetiba sorang makcik jaga yang sedang berbuka puasa buat lawak ke, sindir ke atau beramah mesra.. sang lekit tak pasti lak. Tapi rasa ada keanehan dari kata2 berbentuk pertanyaan tu.

Tetiba makcik jaga tu cakap.. "Bila la kau mengandung dik, tetiba dah bersalin." Terpinga jugak sang lekit. Dia kenal aku ker? Pelik je rasa bila dia cakap macam tu. Atau dia nak sindir. Yelah sang lekit kan memiliki ketinggian yang tidak menepati piawaian umur yang sepatutnya. Tapi rasa macam tak kena tempat lak lawak makcik jaga tu. Nak gelak pun tak sanggup, nak marah tak tergamak lak apatah lagi nak tanya balik kat dia apa makna kata2 yang dia ucapkan sebentar tadi. Tapi dari firasat sang lekit mungkin kata2 tu merujuk kepada fizikal sang lekit ni. Aduhai.. kenapa harus fizikal kementot ni jadi bahan yer.. Apa ingat orang kementot tak boleh mengandung & beranak ker??

Bak kata pepatah mat saleh 'Don't Judge a Book by Its Cover' ok! Bila tengok orang tu kekurangan dari satu sudut tu jangan anggap semua benda pun dia tak mampu buat. Memang la kalau nak capai benda di tempat tinggi sang lekit tak mampu tanpa bantuan kerusi atau tangga jangan sebab tu makcik jaga tu rasa sang lekit takde rahim nak kandungkan bayi, ok! Ingat tu makcik.. walau ketinggian kita berbeza, tapi sang lekit juga ada apa yang perempuan lain ada.

16 comments:

  1. macam tu lah agaknya nasib orang ketot macam kita kan cik lekit.saya taktahulah bila pregnant nanti macamana =(

    ReplyDelete
  2. blh di katakan golongan katek jugak la.. memang kecik & pendek.. :D

    ReplyDelete
  3. adoi.....
    mcm2 kerenah manusia ni...sabar jr la abby..

    ReplyDelete
  4. kasar giler gurauan makcik jaga tu... nap akk xbg bg backhand je kt beliau.. hehe

    ReplyDelete
  5. Mungkin mak cik tu ada pengalaman silam yg sukar dilupakan kot haha..sabar lah yer, org ni kdg2 terlalu menilai pada luaran saja..

    ReplyDelete
  6. ketot kecik molek la pompuan suka kan???

    'forever kiut' kate kannnn... :P

    ReplyDelete
  7. tersalah org kot.. tpi mungkin die ingat awak ni kanak2 riang je.. konfious tu.. konfious...

    ReplyDelete
  8. Haha.. Tak kena tempatnye melawak makcik tu.. Kalaule dia baca blog ni sure dia dpt bg penerangan maksud ayatnya..

    ReplyDelete
  9. alahai,makcik tu ckp mcm dh kenal akk lame je.pelik.hhehe.sabo jelah eh kak.

    ReplyDelete
  10. alamak..nt MK pun cenggitu gak kot.. ai pun kemetot..huhu

    ReplyDelete
  11. mungkin dia nak buat lawak tu tapi lawak yg boleh dijawab ngan penampor...hehehee...

    ReplyDelete
  12. agaknya dia pikir.. lekit bila dah bersalin..terus kurus x mcm certain people yg after bersalin.. mcm ada baby lg dlm perot kot.. :P

    ReplyDelete
  13. die beseloroh je kot tu.. haha! yg penting, bukti kat sebelah. baby lerrr ;)

    ReplyDelete
  14. jangan pandang rupa.. adakalanya org yang kita tak sangka itu lagi hebat sebenarnya..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *