SAYA TAKNAK BARANG FREE!

30.10.11 Suria Lekatlekit 20 Comments

Sapa yang tak suka benda free tapi tak semua benda free kita suka, betul tak?? Ada benda free yang kita suka, orang lain tak suka. Pendek kata bukan semua benda free itu di sukai ramai. Bergantung pada perkara, benda & prinsip diri seseorang juga nak suka atau tak sesuatu perkara & benda yang percuma tu.

Teringat sang lekit 1 peristiwa, masa tu masih bujang & tinggal menyewa sorang2. Di akui rumah bujang sang lekit waktu tu memang ruang tamu kosong jer.. Yang ada kat dapur, kabinet dapur, dapur gas, gas, pinggan mangkuk sudu garfu cawan gelas macam tu je. Korang percaya tak.. TV pun takde, sebabnya sang lekit memang tak tengok TV. Bohong la kalau kata tak mampu beli.. TV murah2 pun ada harga dalam RM300 macam tu.. Sampai bila mak ayah sang lekit datang dorang offer nak belikan tapi sang lekit taknak sebab memang tak tengok pun TV. Kalau cuti sang lekit jarang ada kat rumah. kalau keja balik dah petang, kadang2 ada kat umah kadang takde juga. Kalau kat rumah pun sang lekit asyik online je. Bila masa aku nak tengok TV kan?? Kalau TV takde astro jauh sekali la kan? Dalam bilik cuma ada wardrobe, Tilam bujang, PC, broadband & barang2 keperluan lain la.. Malas la nak list panjang sangat nanti.

Bukan la taknak beli tapi fikir tinggal bujang, menyewa lak tu, duduk tingkat 9.. kang nak pindah randah susah. Tak terfikir pulak sampai dah kawen pun still duduk rumah yang sama cuma suasana jer dah berubah, selain penambahan ahli rumah perkakasan rumah juga dah bertambah. Takpe la dah kawen..

Nak di jadikan kisah sang jiran yang dulunya masih bertegur sapa dia datang ketuk pintu rumah sang lekit pada 1 hari tu.. Dia kata ada 1 rumah kat level sang lekit ni yang penyewa dia lari sebab tak bayar sewa. Dorang mungkin lari bersama kain baju jer.. Barang rumah tak ambil. Si Tuan rumah nak kosongkan rumah tu untuk orang lain sewa jadi dia offer jer sapa2 nak ambil apa2 barang dalam rumah tu. Jadi jiran sang lekit ni suruh la sang lekit pergi terjah, ambil la apa2 yang ada. Itu mustahil.. Sang lekit bukan la miskin sangat sampai nak kena kutip barang orang. Memang sang lekit tak suka nak kutip2 macam tu kecuali kalau orang bagi dengan cara berhemah. Sang lekit tolak la.. sang lekit cakap taknak la. Biar la kalau orang lain nak ambil. Jawapan dia masa tu memang cukup sakitkan hati.. Sang lekit ingat lagi. dia kata "You kaya yer..  orang bagi barang free taknak." Memang berdesing la telinga sebab ia berbaur sindiran yang sangat tajam tapi memandangkan sang lekit tak suka nak bising2 sang lekit diamkan je.

Ini soal prinsip bukan soal kaya atau miskin. Ini soal harga diri.. Lain la sang lekit memang betul2 daif sangat, mungkin prinsip tu jadi lain tapi dalam soal ni sang lekit masih mampu nak beli barang rumah sendiri masa tu cuma sang lekit je taknak meriahkan rumah sewa bujang dengan banyak barang. Lagipun sang lekit kadang2 cuma balik untuk tidur & rehat je. Bukan berlagak.. Tapi setiap orang ada cara & prinsip dia sendiri. Jadi pada anda yang berhadapan dengan situasi macam ni nanti jangan cepat nak hakimi orang tu dengan tuduh dia berlagak bagai. Bak kata pepatah melekit.. " Tak semua orang suka mengemis & tak semua pengemis itu suka mengemis juga". Jadi.. Prinsip mungkin berubah atas desakkan sesuatu tapi selagi berkemampuan kita mempertahan prinsip tu.. Insyaallah ia akan kekal begitu. Dah orang taknak jangan nak sakitkan hati orang pula. Suka hati aku la kan??

20 comments:

  1. erk?ape ke jahat beno mulut jiran mummy suria tu..bio le org nak ke taknak kan..takpayah le nak sound2..pelik beno prangai..ish!

    ReplyDelete
  2. barang free memang ramai yang suka. tapi kalau nak pergi ambil macam tu barang orang rasa macam apa jekan.. bukan takder duiat nak beli

    ReplyDelete
  3. org x nk pon salah. mcm kiter plaks yg x btuinyer... manusia2...

    ReplyDelete
  4. yelah..x semestinyer brg free tu bagus...

    ReplyDelete
  5. Jiran tu jenis makcik2 ke?

    perghh aku suka tengok TV... lepas tengok Tv baru la online nyah oiii

    ReplyDelete
  6. kalau x perlu..buat apa nak ambil kan lekit.. better bg yg lebih memerlukan.. kalau kita amek pon.. buat bertambah lar barangan kat umah tuh..huhu..

    ReplyDelete
  7. tak banyak barang kat rumah lagi senang nak mengemas kat sang lekit...

    kak aina suka kalau rumah lapang je kalau boleh sofa pun tak nak tp bila dah kawen terfikir gak tetamu datang nak duduk kat mana pulak...macam tak besh jerk dok kat lantai so terpaksa le penuhkan juga rumah...

    ReplyDelete
  8. huhuh,,camtu punye jiran pon adeka..
    xmau amek xyah la perli2..

    sabar je la..

    ReplyDelete
  9. uiii mulutttt!!!pedas gittewww..

    kalau kite pun tak amik jugak kot kak..segan kot nak amik gitu..aiyaaa..rasa macam tak baik pun ye jgk amik barang orang gitu..
    takpela,pe de hal..suke hati kite la kan..org sebok2 pn nk wtpe, kte tak kacau dia

    ReplyDelete
  10. sampai macam tuh sekali, sebab nak kosongkan rumah keluar kata-kata macam tuh. tak patut la.

    ReplyDelete
  11. suka hati je jiran tu cakap camtu kan... kalau kita tak nak pun bukan susahkan dia!

    sebenarnya dia yang nak tu!

    ReplyDelete
  12. inilah silly mentality malaysian people. mudah sangat memberi tafsiran negatif..this is too bad impression. emm :'(

    well, what you've to do hanyalah berpegang pada prinsip yg sis ada. take care and have fun!

    ReplyDelete
  13. Sy sokong tindakan sang lekit. idup biar ade prinsip.. :)

    ReplyDelete
  14. ade ke nak marah pulak....
    tak patot tak patot

    ReplyDelete
  15. rasanya dia pun tak patut la suruh orang pi ambik barang2 rumah tu..
    sebab dah sah2 bukan barang2 kita..
    dan bukan jugak barang2 dia..

    memang la orang tu lari tinggalkan semua..
    tapi mana kita tau kan,
    kot2 orang tu tengah susah,kita pulak ambik barang2 dia..aih!tak sanggup.

    ReplyDelete
  16. anggapler sindiran orang tuh sebagai DOA :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!