BILA MEMPUNYAI BFF YANG CANTIK

3.11.11 Suria Lekatlekit 21 Comments

Pernah tak korang ada kawan yang beribu kali lebih cantik dari korang? Korang memang BFF gila la dengan dia. Apa perasaan korang bila berdamping dengan BFF yang cantik padahal korang nak sebut cantik pun rasa malu kat diri sendiri apa lagi nak mengaku cantik depan orang lain. Sang lekit pernah ada BFF yang cantik ni.. Kadang2 rasa bangga. Yelah.. kawan baik kita jadi perhatian ramai. Sentiasa di puji kecantikkan dia Tapi ada ketika rasa cemburu sebab dia lebih jadi perhatian. KIta tak sebelah macam beg sandang je orang tak pandang atau lebih teruk beg sandang pun lagi bertuah kalau cantik, branded & stylo orang pandang jugak.. Ni kita lebih senang macam stokin la di sisi dia. Tak sapa nak pandang, kalau terpandang pun orang buat2 tak nampak sebab takde yang menarik sangat.

carian google

Perasaan cemburu bercampur sedih bila orang yang kita perhatikan (minat) lebih bagi perhatian & berminat dengan kawan kita tu. Yelah.. kalau kau duduk sebelah Betty la Fea mungkin orang terpaksa pandang kau sebab mungkin muka ko cantik sikit berbanding Betty La Fea tu tapi bila di sebelah orang yang berkali2 lebih cantik dari kau, kalau orang pandang ko tu maka jangan lupa cerminkan diri kot2 taik hidung terjuntai ker, cili lekat celah gigi ke, tak pun pakai baju terbalik ker.. Itulah perasaan sang lekit tapi cemburu tu tak la sampai nak khianat dengan kawan sendiri. Tetap la dia kawan baik sang lekit cuma cemburu pada kelebihan dia ada & masa tu rasa sedih dengan kekurangan diri.. Dah la kurang tinggi lepas tu kurang cantik pulak berbanding dengan sang dia tu.. tinggi, berat & rupa agak sempurna la di pandangan mata umum.

Bila kita ada kawan cantik selalu di jadikan umpan mereka2 yang tertarik pada kawan kita tu untuk langkah memikat. Jangan korang cepat perasan bila mamat hensem mahupun kurang hensem tiba2 datang menyendeng buat2 baik dengan korang. mula2 dia baik dengan korang untuk merisik2 kawan korang tu. Benda ni pernah terjadi pada sang lekit semasa persahabatan dengan siti (kawan baik sang lekit) masih hangat gitu. Kenapa dorang buat macam tu? Sebabnya kawan yang paling rapat la pengaruh paling kuat pada seorang kawan tu. Jadi itu cuma startegi memikat. Kalau dorang baik2 dengan korang lepas risik2 kawan korang, korang pun tengok dia macam gud2 jer (pinjam ayat Nyah Zulfikar jab) maka korang pun akan kempen2 la dia kat kawan korang. Akibat yakin tahap jitu dengan ayat2 kempen korang, tak mustahil operasi memikat tu akan berjaya juga akhirnya.

Apakah kegunaan kawan yang kurang cantik pada kawan yang cantik hanya untuk itu? Tak jugak.. nak salahkan kawan cantik kita pun tak boleh sebab orang lain yang pergunakan kita untuk dapatkan dia bukan dia. Lain la kawan kita tu yang gunakan kecantikkan dia untuk gunakan kita yang tak cantik & konon2 nak kena tempias popular tu maka rela la jadi lembu cucuk hidung semata2 nak jadi kawan pada si cantik. Kan?? Semua benda tu pernah berlaku dalam kehidupan kita.. orang cantik pergunakan orang tak cantik, orang tak cantik di pergunaan untuk dapatkan orang cantik tapi pada mereka yang ada sifat macam tu elakkan. Kurang cantik bukan kehendak sesapa jadi jangan kerana kurang cantik korang buat dia macam kurang bijak.

21 comments:

  1. xpe..kalo kwn kt cantik di wajah...
    kt cantik di hati :-)

    ReplyDelete
  2. eh apa seut-sebut betty la fea nih? terasa tau i hahaha..


    btw, ms sekolah dulu sy ada bff yang cantik sgt mcm bidadari syurga..dhla cantik pandai pula tu..mmg terasa sgt kerdilnya kita bila jalan dgn dia..


    start dari haritu lah sy namakan diri sy betty la fea..

    ReplyDelete
  3. hahaha
    pernah terasa jugakl
    bila owg lagi perhatikan kawan kita yg hensem dr kita
    sedeyh jewk

    ReplyDelete
  4. :) cantik di mata dan di hati

    ReplyDelete
  5. kadang2 nampak satu klik tu memang sume cantik2 belaka...macam cari geng cantik2 aje..err..

    tapi kalo ada kawan cantik fizikal malah cantik lagi akhlak dia, sangat2 suka kalo dia pandai menjaga diri... :)

    ReplyDelete
  6. dapat BBF yang cantik tu kira advantage kot sebab kita dapat famous sekali..
    tapi kadang2 kalau muka je cantik tapi akai takde tak best gak..
    yang penting ada chemistry...

    ReplyDelete
  7. selalunya kita akan cepat rasa tersisih. kadang2 BFF kita tu tak cantik pon tapi glamer tahap gaban...kita terasa gaksss...

    ReplyDelete
  8. sedih kalau dipergunakan camtu..huhu.tp suka gak klu ada kwn cantik

    ReplyDelete
  9. penah kena jadik posmen tak bergaji mase skolah dolu2... mase masuk kolej pon same tp time tuh mmg x layan dah.... ko nak ngorat ko wusha ler sendri..sampaikan mamat/awek yg nak kenal ngan member lawa/kacak nih bengang sampaikan melancarkan 'perang' kat kite... hade ku kesahhh??? hahahahahah... eksss....

    ReplyDelete
  10. bff cantik kekadang buat semak je.pergi mana2 xde privaci sebab asyik ade org nak ngorat je.haha

    nasib bff sy biasa2 je.jadi pergi mana2 pun happy je.ahaha

    ReplyDelete
  11. perkara yang biasa sangat terjadi...baik ada makna...hehe

    ReplyDelete
  12. org cantik nk kawan dgn org cntik supaya nk nmpk hot konon..

    ReplyDelete
  13. huhu..
    cma tergolong dlm BFF yg kurang cantik...
    bff yg lain tu cantik jugak..
    ^_^

    ReplyDelete
  14. pada ai...cemana pon rupa kawan x kesah asalkan saling SELESA...

    ReplyDelete
  15. tak cantik rupa takpe, asal cantik hati, baru persahabatan kekal abadi, kan sis???

    ReplyDelete
  16. xkesah pn kwn mcm mna
    jnji jnis x tikam blkng

    ReplyDelete
  17. faham perasaan dipergunakan itu.. =.='

    ReplyDelete
  18. ramai la kak kawan kite yg cantik2. tp blm lagi la dpergunakan atau mempergunakan. bab mereka yg lebih menjadi perhatian tu mmg tak dnafikan. tp dsebabkan member tu normal x menggedik, sy ok je. takde la smpi nk jeles2 dgn kwn sendiri ;)

    ReplyDelete
  19. kte de kwn yg sgt cantik..mmg la rs rendah diri bile ngn dy..jeles gila ngn dy tp nk wt cmne..dah tuhan beri rupa kite cmni..terima jela..
    kwn kte tu pn brkwn ngn kte bkn sbb rupe,,kalu sebab rupe takdela dy kwn ngn kte kot..huhu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!