PAKAI SUSUK SEBAB NAK RAJIN BERSOLAT

18.11.11 Suria Lekatlekit 16 Comments

Kali pertama dengan susuk solat ni.. walau niatnya memang kedengaran baik, untuk membuat ibadat tapi 'Niat tidak menghalalkan cara' bak kata Nyah Zulfikar. Tetap susuk ni memesongkan akidah.

Rujukan : Harian Metro

Kerana nak mendalami agama & memastikan solatnya terjaga seorang hamba Allah ni terpengaruh dengan kawannya (juga menggunakan susuk ni)  yang menggunakan susuk kuat sembahyang. Susuk ni menurut ceritanya di ambil dari seorang yang di panggil 'Ustaz'. ustaz itu memasukkan serbuk campuran tertentu pada tapak kakinya, di bahagian belakang badan dan tapak tangan menggunakan bacaan tertentu seperti mantera yang sukar difahami kononnya untuk merawat hatinya yang dipenuhi dosa.

Akibat dari susuk ni, selepas ustaz itu memasukkan serbuk campuran berkenaan, dia merasakan kelainan pada tubuh badannya dan setiap kali ingin menunaikan ibadat, dia berasakan seperti ada suara ghaib membisikkan ke telinganya supaya melakukan ibadat & dia kata setiap kali mendengar Azan, badannya terasa panas seperti ada kuasa yang menariknya untuk bersolat. Susuk ni juga ada pantang larang  sepanjang tiga bulan pertama pemakaiannya, termasuk tidak boleh menjejakkan kaki di tanah perkuburan dan sekiranya dia tidak mematuhi syarat itu, ustaz terbabit mendakwa dia akan menghidap penyakit misteri yang sukar diubati.

Niat tu dah baik.. Nak jaga solat tapi cara pula tak betul. Tetap jadi salah & berdosa. Moga benda ni jadi peringatan pada kita.. Niat & cara biarlah selari agar apa yang kita buat tidak melanggar hukum agama.

P/S : Maaf kalau kurang menyinggah kat blog kengkawan semua sekarang ni. Memang tak berapa nak ada masa. Lala kan makin besar, kurang tidur & banyak nak orang layan dia main

16 comments:

  1. Beribadah biralah seikhlas ikhlas kerana Allah kan :)

    ReplyDelete
  2. kalau faham erti niat solat, tak perlu susuk pun

    ReplyDelete
  3. macam macam... nak sembahyang pun kena guna susuk

    ReplyDelete
  4. ni dah mcm saka pulak..siap bisik kat telinga segala....bahaya ni

    ReplyDelete
  5. erk? pelik betol la org2 skang ni..hadoii..

    psstt :: nak main dgn lala comel jugak!;p

    ReplyDelete
  6. ini namanya tak ikhlaslah! nak beribadah sebab ada yang memaksa...

    nauzubillah, minta kita dijauhkan dari perkara sebegini..

    ReplyDelete
  7. baru first time dgr susuk jenis ni..ade jugak rupenye ek

    ReplyDelete
  8. tersalah cara, parah kesannya..mohon mereka bertaubat secepatnya dengan seikhlas hati..:O

    ReplyDelete
  9. la..macam ni pun ada no..
    sampai susuk solat pun ada..
    ustaz tak kan tak tau hukum kot..
    apa punya ustaz ni??

    ReplyDelete
  10. niat nak solat tu dah betol..dan baik.. tapi kan dah salah tu caranyerr..

    susuk yg dia pakai tu dah mcm saka..

    pernah dgr citer dari ayah gak.. org dulu2 nak bagi keris kat ayah.. kalau kita xjaga solat.. keris tu akan panas.. dan bergerak2.. mcm kepanasan~ benda2 cam tu xelok..

    sama mcm kes budak yg pakai susuk tu laa.. kita nak solat nie.. kena laa niat kerana Allah swt.. bukan kerana ada benda yg suruh..

    ReplyDelete
  11. Niat baik nk kuat solat tapi dpt dosa pulak :(

    ReplyDelete
  12. syaitan ada banyak cara nak sesatkan manusia..

    kalau niat menghalalkan cara. nilah jadinye....hishhh

    meh lala meh, acik timang dia!

    ReplyDelete
  13. ya, beribadah lah seikhlas yang mungkin....

    ReplyDelete
  14. Terkejut masa baca paper pasal benda ni td.. Subahanallah!! Macam2!! Cik Lala dh mkin bijak dh skrg ni.. ;)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!