MENIARAP

31.1.12 Suria Lekatlekit 16 Comments

Risau.. resah.. gelisah.. gundah gulana jadinya bila tengok baby orang lain perkembangannya setiap bulan nampak lebih cepat dari cik lala. Ada kawan sang lekit yang baby boy dia sebaya lala (cuma 2 hari je lebih tua dari lala) dah pandai merangkak & tumbuh gigi tapi lala jangankan gigi nak merangkak jauh sekali.

Risau si mummy sampai tanya Doktor jugak la samada cik lala kita ni ada masalah @ tak. Dr yang check lala cakap dia takde masalah pun. Balik rumah latih lala supaya meniarap. Bila di balikkan dia boleh meniarap bila harap dia cuba meniarap sendiri macam dia taknak jer. Tapi dalam bulan januari ni lala nampaknya berusaha untuk belajar. Sekarang lala dah boleh meniarap sendiri & rajin jugak dia balikkan badan dia. Gembiranya hati mummy. Tapi bila dia meniarap je mulut dia bising yang amat.

Sebelum ni lala macam malas sikit nak meniarap.. hari2 sang lekit cakap dekat lala.."tolong la mummy.. meniarap la anak mummy". Hari2 sang lekit cakap macam tu kat lala tau. Nak meransang lala kononnya. Alhamdulillah selain cuba melatih dia meniarap dengan berbual & bermain dengan dia buat dia bersemangat. Mungkin la kot.. Lala semakin lasak sekarang. Kalau di biarkan dia baring.. mesti berpusing2 dia bergerak. Tidur malam pun sekarang lala taknak dalam buaian dah. Mungkin sebab dia semakin lasak & banyak bergerak dia selesa tidur atas tilam. Mangsanya mummy la.. kejab2 kena kick dengan lala. Bila sang lekit bangun je mesti posisi lala berubah. Bantal ke apa ke ntah kemana2 dah. Bila lala semakin lasak ni.. Time mandi la paling merisaukan sang lekit. Kadang2 kita pegang dia.. nak syampo kan dia.. dia asyik bergerak takut jatuh jer. Tapi sedaya upaya la sang lekit cuba kukuhkan pegangan tu..

Bukan gambar terkini lala.. nI masa lala 3 bulan. Time ni kalau meniarapkan dia.. dia mampu angkat kepala dah.

Bila makin besar.. siang lala kurang tidur dah. Bila bangun dia sentiasa nak bermain. Untuk next step sang lekit tengah search makanan pepejal pertama yang terbaik untuk baby selain nestum. Tengah search jugak cara nak sediakan makanan pepejal dia ni. Yelah.. untuk kali pertama ni semuanya tak tahu tapi untuk lala sedaya upaya jugak sang lekit nak bagi yang terbaik yang sang lekit mampu supaya lala sihat & tak mudah jatuh sakit.

Moga lala cepat pandai cakap, boleh berjalan, sihat, bijak & membesar bagai juara.

16 comments:

  1. anak saya umur 3 bulan lebih..tapi lum pandai meniarap...dia lambat sikit dari abang dan kakak dia...

    ReplyDelete
  2. akak try biskut MILNA...biskut tu rendam dengan susu n dia lembut mcm nestum jugak....kalau bby bru nk tumbuh gigi pun boleh makan....dia cepat larut....sedap pun sedap!....

    bdk2 ada yg lambat ada yg cepat respon dia... adik sy dh stahun stengah, tapi masih blom blh ckp fasih. jiran sebelah anak dia sama baya, dh petah bcakap.... doc ckp, itu biasa, cuma kita la kena kasi ransangan sikit....

    ReplyDelete
  3. comelnye lala! go lala go!

    tak lama tu die pandai dah la tu mummy..anak sedara saye memula meniarap pun macam tu..malas2..bile dah pandai meniarap fasa nak pandai merangkak tu die bergerak macam singa laut..lawak je..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..seronok kan tengok perkembangan baby..cepat meka membesar :)

    ReplyDelete
  5. anak saya dah 6 bulan still tak meniarap lagi..huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. yeay! go lala go. make mommy proud.hehehe.ala akk jgn risau.kadang22 gegirl ni dye malas sket berbanding boboy.

    ReplyDelete
  7. Tak perlu risau sang lekit, setiap budak perkembangan nya berbeza...ada yg cepat & ada yg lambat. Biar dia puas explore dunia dia dulu ☺☺

    ReplyDelete
  8. Dont worry. everythings gonna be fine :)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..
    sabar ye mummy ..pelan2 nnti lama2 lala pandai..beselah bby ade cepat ade yg lamabt perkembangannye..
    cma dulu kakak cepat..adik lambat.. :)

    ReplyDelete
  10. jangan risau! memang ada baby yang lama sikit sebab dia malas...hehehee

    kena push dia sikit!

    ReplyDelete
  11. kiutnyer si lala...sronok nyer ade baby kan....

    ReplyDelete
  12. Insya'allah prkembngan cik lala normal tu mummy..
    Bg dia masa tp ttp pantau jgk.. ;)
    Utk anak kita sdaya upaya akn bt yg trbaik kn mummy.. ;)

    ReplyDelete
  13. Syukur alhamdulillah.. membesar dengan sihat dan comel

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!