BIHUN SUP LIPAS

3/06/2012 02:03:00 PM suria lekatlekit 17 Comments

Lega rasanya dapat update entri dari pc tua kesayangan hamba ni. Haritu dia koma masalah power supply, dah di bersihkan power supply dia kembali ceria.. Tup.. tup.. bateri kat motherboard pula hilang kuasanya & kurang bertenaga. Nak bagi minum jus Tok Guru kang arwah pulak.. maka terpaksa la di tukar baterinya. Nasib baik ada sikit ilmu pasal pc ni jadi tak perlu la nak hantar servis kat orang lain. Sang Lekit cuma kesan kerosakkan, yang tukang betulkan (alah tukar bateri je) encik asben kita la. Biasala pc tua.. dah masuk warga emas ni macam2 la penyakit sengal yang datang tapi alhamdulillah dia masih mampu berjasa dengan tuannya. Tua pun tua la selagi kau hidup selagi tu kau kena berkhidmat, kan??

Ni alkisah pasal bihun sup lipas. Korang pernah makan bihun sup lipas?? Mesti ada yang loya2 bila terbayang bihun sup lipas tu kan?? Mana nak dapat bihun sup lipas?? Kisah ni adalah kisah kesinambungan balik dari tesco. Memandangkan dah midnite, kitorang malas dah nak singgah makan. Kalau berdua je takpe la ni ber baby kan lala susah sikit. Asben sang lekit cadangkan order je kat restoran dekat rumah sang lekit ni sebab ada delivery. memang selalu jugak kita order kat situ kalau tengah2 malam rasa nak makan. Tapi kedegilan seorang isteri nak jugak beli siap2 tak payah nak tunggu order sampai balik rumah terus makan je membawa padah.

Mula2 takde niat pun nak makan bihun sup tapi dah asben kita singgah kat restoran yang dia selalu bungkusan bihun sup kegemaran kita tu maka auto rasa nak makan bihun sup ayam. Bihun sup ayam dia bagi sang lekit antara yang tersedap jugak la. Maka di bungkusnya bihun sup ayam, balik la sekeluarga itu. Si suami nak makan frozen food yang di shoppingnya kat tesco, si isteri pula tak sabar2 nak jamah bihun sup yang di beli. Dah siap di mangkuk hayunkan bihun sup tu.. apa lagi sesi suap kemulut sendiri la. Baru dua tiga suapan terperasan ada seekor makhluk yang tak sepatutnya menjadi bahan rencah dalm sup tu terapung2 di permukaan mangkuk. Bila di belek rupanya sekor lipas kanak2 mati lemas dalam sup tu. Loya tokak den di buatnya. Terus di hidangkan dalam tong sampah. Maka itulah kali terakhir daku membeli apa2 makanan pun kat restoran Mat Sup Utara, Damansara damai yang restorannya berdepan dengan balai polis.

Gambar di pinjam kat SINI. sekadar hiasan

Memang hilang kepercayaan daku terhadap tahap kebersihan restoran tu. Mula la ter syak wasangka entah2 sebelum ni dah berekor lipas daku telan masa makan bihun sup tu. Bukan menuduh tapi bila dah jadi macam tu macam2 la hasutan Syaitoon menganggu. Apapun pada pengusaha restoran, tolong la jangan kerana seekor lipas korang hilang pelanggan tetap macam sang lekit ni. Tolongla pastikan tempat memasak, bekas memasak, tempat makan, tandas bagai semua tu bersih tak mengundang makhluk2 seperti tu menjadi rencah dalam masakan anda. Pesanan ni adalah peringatan pada semua yang menjalankan perniagaan makanan terutamanya. Harap maklum.


P/S : Pada yang sudi singgah komen bagai kat blog melekit ni thanks.. Insyaallah pc dah sihat kalau ada kelapangan sang lekit buat lawatan sambil belajar kat blog korang lak yer.

17 comments:

  1. Oh ye ke? Tak boleh nak bayangkan ni..

    ReplyDelete
  2. Yearkkkkkkk!!
    Putus selera..
    TC mummy lala..
    Muahxxx kat lala skit..
    Rindu kat dia.. ;)

    ReplyDelete
  3. eeeeuuuwwww...loyanya!
    sang lekit tak ambik gambar ke? kalau amik leh tunjuk kat taukeh kedai tu..

    ReplyDelete
  4. erkk..memang x g dah kedai tu.. :)

    ReplyDelete
  5. aduiii, x dapat nak bayangkan air sup ada campuran lipas... yarkkk

    ReplyDelete
  6. euww. saya penah makan laksa belalang. kahkah dah makan separuh baru perasan ada belalang. siap kaki nya dah tertelan tau.. time xray nampak..

    belalang ok lagi tapi kalau lipas ke tikus ke, bahaya.aishhhh. xleh pi dah la.wuu

    ReplyDelete
  7. mi sup ulat pun best jugak.Ulat tu datang dari limau kasturi.Mujurlah daku tak telan ulat-ulat tu..haiyoooo

    ReplyDelete
  8. eiii..
    mesti dalam kedai pun bersepah2 lipas tu..
    akak tak boleh la dengan ipas ni..kalau dalam rumah pun akak kejAR sampai dapat sebab bau dia tu kuat..
    selagi tak bunuh,bau dia tu buat akak tak tidur malam la..

    ReplyDelete
  9. akak pernah jumpa telur lipas dalam laicikang.. setelah separuh airnya ku hirup. Kalu tak harus beranakkan lipas.. haha.. (teringat cete org beranakkan tikus, tak logik betullll!)

    ReplyDelete
  10. ok fine, dah boleh rejek kedai tu.. dekat je damai dgn sg.bloh.. demn

    ReplyDelete
  11. alamak. potong stim..


    eh dulu ex aku duduk damansara damai lahh!!

    ReplyDelete
  12. tak pernah lg kena macam nih, mudah-mudahan dijauhkan..

    ReplyDelete
  13. salam mummy..
    hehe..masih berjasa lg pc tua tu.. :)
    bihun sup lipas?? aiyoo...
    frustnye klu tgh sedap2 lyn mknn peberet kita tetiba ade lipas mati..
    hilanglah sorang customer restoran tu..

    ReplyDelete
  14. yekkkk gelinyer... saye pernah terkena gak tp lalat
    trus banned kedai2 pengotor gituh

    ReplyDelete
  15. agaknya dh bape org dh mkn kuah sup tu kak.akk x panggil dye balik ke kak?

    ReplyDelete
  16. erm ni la mslh mkn kt luar, lau msk sndri msti xjd cmni.. hrp2 pmilik rstoran atau grai mkn ambl brt hal kbrsihan..

    ReplyDelete
  17. Baca komen kat sini..ade satu ilmu yg sy dapat..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com