OH LALA

20.4.12 Suria Lekatlekit 9 Comments

Bulan kelapan sudah.. Anak mummy sudah besar walau size kecik. Akal semakin banyak.. Ragam pun sama. Suara dia pun dah macam bunyi keluar. Adada.. apapa.. Amamama... Macam bahasa tamil pun ada jugak. Baru belajar angkat2 bontot tapi masih tak berjaya. Mungkin lambat sikit lala berbanding baby lain progress dia tapi lala sentiasa menunjukkan minat untuk belajar sesuatu & aktif jadi mummy jangan la risau yer. Selagi dia menunjukkan perkembangan walau lambat tapi normal la tu. Bak kata ayat penyedap hati yang sering orang cakap.. "Setiap bayi berbeza perkembangan dia. Ada cepat, ada lambat ada yang suka skip step, ada yang berkembang secara standard mengikut umurnya."

Lala tengah tidur sekarang Jadi mummy boleh update blog (Tidur sambil bersenam namanya. kekeke)

Lala dari permerhatian sang lekit sebagai mummy agak lasak & kasar. Tapi amatlah tidak peramah. Haritu jumpa nenek June (Kawan sang lekit dari sabah) pun nenek June cakap lala takde perasaan. Sampai hati nenek June.. kekekekeke. Lala dengan orang baru dia jumpa cuma 1 je perasaan dia ada.. "Kerek!" Nak dia ramah & mesra kena selalu datang jumpa dia. Macam Ateh An Lala.. dulu dengan Ateh jenuh Ateh An mengomel, mengusik, menyanyi.. Dia buat tak tau je tapi sekarang dia sangat mesra dengan Ateh An. Lala tak mudah menangis tapi dia mempunyai vokal yang high pitching kalau menjerit & menangis. Tak payah pakai mic dah.

Lala & Ateh An. Kami sedang picnic kat Sg Pisang.(Tempat mummy & dady selalu BBQ sebelum lala wujud dulu)

Lala dah makan bubur nasi+kentang+carot+Udang+Ayam (Tu Favourite lala) secara rutin. Bermakna hari2 dia akan makan. Tapi hari ni lala taknak makan pula. Mungkin dia kenyang kot masa sang lekit bagi makan tengahari tadi. Lala masih dengan hobinya Hisap Jari. Lala still susah senyum bila bergambar. Lala pun tak banyak koleksi mainan.. Dia main apa saja depan mata dia. Kadang2 dia korek2 mata lola (teddy lala), kadang2 dia kunyah loceng sunflower dia, kadang2 dia picit2 remote control tv, kadang2 dia geget enpon beri hitam mummy, kadang2 dia tekan2 kebot mummy & dia hanya banyak habiskan masa dengan jari dia. Tapi lala tak kisah tak banyak mainan pun sebab dady dah janji nak main masak2 belakang pintu dengan lala bila lala dah pandai main. Wakakakaka.. sungguh kelakar bila mummy bayangkan.

Lala dah genap 8 bulan hari ni... Dah semakin baik. Sang Lekit dah melepasi Zon 3 bulan pertama yang sangat2 menguji mental & fizikal.. Bagi yang baru je bergelar ibu & ayah tu kalau 3 bulan pertama ni anak kuat meragam & menangis tengah malam sabar yer.. Nanti lepas zon 3 bulan tu Insyaallah semuanya akan semakin mudah. Tapi tak senang sangat la. Cuma mudah sikit.

P/S : Sungguh mummy tak sabar nak dengar lala panggil MUMMY.
P/S : Setiap orang ada cara sendiri membesarkan anak tapi bagi sang lekit tak payah membazir sangat beli mainan banyak2. Beli ikut perkembangan dia. Esok dia dah pandai minta belikan itu ni kang tak terbeli lak. Jadi tunggu masa dia pandai buat pilihan..

9 comments:

  1. betul tu..setiap anak berbeza..
    yang penting dia sihat..
    itu dah cukup baik..

    ReplyDelete
  2. betul tu..setiap anak berbeza..
    yang penting dia sihat..
    itu dah cukup baik..

    ReplyDelete
  3. Dah besar yea lala, sekejap je kan masa berlalu...

    ReplyDelete
  4. dh bsar dh nnt leh tlg mummy update blog la

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..betul tu cik lekit progress budak memang tak sama.

    semoga makin cepat pandai ye Lala

    ReplyDelete
  6. kejap jek lala dah besar eh.. tak lama lagi berjalannn! yeahhh.. ngan bontot terkedek2.. mesti makin comel! hehehe

    ReplyDelete
  7. alololo..gaya tidur dia hehehe..
    semoga membesar dgn sihat lala :)

    ReplyDelete
  8. amboi..sampai terangkat kaki dia tdo yerkk hehe

    ReplyDelete
  9. aku prhati lala ni comel la suria!... aku syak dah besar ni cantik ni...

    dia isap jari eh?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!