DUHAI SHILA AMZAH, SALAH TETAP SALAH OK

30.7.12 Suria Lekatlekit 24 Comments

Pepetang ramadhan ni.. kebetulan lala pulak memilih untuk tidak melasak maka dia minta di dodoikan untuk tidur, setelah tidur ada la sikit masa mummy rilex2. Jadi tersinggah kat blog Beautifulnara terbaca isu pasal dak shahila.. op's bukan shahila anak den. Shahila anak den sapa la nak up entri melainkan mak dia je.. kan?? ni shahila atau nama retisnya Shila Amzah.

Isu pasal dia dengan boipren dia si pelakon tu la.. Sang Lekit tertarik dengan 1 statement yang di keluarkan Shila Amzah ni (merujuk dari blog Beautifulnara).. Kenyataan dia bertulis macam ni.. " Saya hairan, kalau di majalah kita lihat ada artis lelaki dan perempuan bergambar jauh lebih teruk aksinya daripada apa yang kami lakukan, tetapi tidak pernah menjadi isu. Berbeza dengan kami yang cuba bersikap jujur dengan memberitahu bahawa kami bercinta tetapi bila dilihat berpegangan tangan, sudah menjadi isu besar."

Gambar pinjam je dari Beautifulnara

Duhai Shahila Amzah @ Shila Amzah... Akak ni bukan la baik sangat. Tapi akak cuma nak cakap 1 benda je kat ko dik.. "Kecik ke besar ke.. kalau salah tetap salah & dosa tetap la dosa. Tak payah la ko nak tunding jari kat salah besar orang lain dengan harapan salah ko yang kecik tu bertukar menjadi benda yang tak salah. Takkan mungkin yang salah tu jadi betul & yang haram tu jadi halal melainkan salah ko tu ko perbetulkan.. & yang haram tu ko halalkan dengan cara yang sepatutnya di tuntut agama.

Ko tu retis dik.. Rasanya ko belajar lagi tinggi dari akak.. malah ketinggian ko pun lebih tinggi dari akak (op's takde kena mengena pasal ni.. kekekeke) sebelum ko keluarkan apa2 statement tu ko cuma amik masa sikit fikir.. adakah statement tu menyelamatkan ko atau statement tu menjerat leher ko sendiri. Sebab ko retis kan... Bukan la kata kami orang awam ni buat apa pun jadi betul, tetap salah jugak cuma takde la wartawan nak amik statement kami jadi penyebarannya tak meluas tentang apa yang kami cakap cuma dosa, salah & kritikan tetap kena jugak bezanya bukan keluar kat media la macam retis. Paling2 pun keluar kat blog jer.. tu pun berapa kerat sangat nak baca pasal kami berbanding pasal korang yang bernama retis tu.. kan???? Bak kata Azwan Ali.. Pagi2 makan pengat, sendiri mau ingat. Peace No war!

P/S : Dulu minat jugak dengan dak shahila @ shila Amzah ni tapi sejak dua menjak ni jadi tak berapa minat lak.. sebab setiap kali dia menjawab isu panas pasal dia mesti ada berbaur macam kerek je... Yolah ekau dah popular tak macam zaman shila techno dulu kan... Zaman gemilang Shila Amzah la katakan...

P/s : Entri ni kategori mengumpat ke tidak yer...

24 comments:

  1. jd isu sebab dia dtg dgn identiti yg baik...anak ND LALA, fmily yg baik2... supan2... so bila dh buat silap sikit, org tegur le...

    nak bandingkan dgn org lain, mcm leina hangat ke, fasha ke, or len2 retis yg hot2 seksi tu mmg org tak heran la kan.... huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. susah nak kata..
    tapi yg haram tetap haram..
    niat tak menghalalkan cara.. :)

    ReplyDelete
  3. robin hood mencuri nk tlg org miskin tetap dosa dik nonnnn.. even niat baik kannn..tetap dosa mencuri.. sama lar jugak.. pegang tgn ker.. pic nak posing daring ker.. kannn.. :P

    ReplyDelete
  4. ye stuju...sang lekit memang berani...

    ReplyDelete
  5. ritu hotfm ada panggil dorg ni.meluat mendengar nya.ntah pape je.

    ReplyDelete
  6. entahnya..
    kenapa la bila diri sendiri buat salah masih lagi nak pertahan kan diri dengan tunding jari kata orang lain lagi buat salah besar..??
    pelik betul artis2 ni..nampak sanagt jahil nya..

    ReplyDelete
  7. hehehe.. tak matang agy nih.. bab tu bagi statement camtu.. hihi..

    apa pun tak boleh =.="

    ReplyDelete
  8. orang tegur sebab orang concern...
    tak suka takper la... huhuhhuhu

    ReplyDelete
  9. nampak ego semacam je bila dia jawab soalan orang... sebab dia artis kot tu sebab maruah famili letak kat tepi..entahla.. :)

    ReplyDelete
  10. Betul tu sang lekit...salah tetap salah.

    ReplyDelete
  11. rasa2 dunia artis ni memang penuh dengan maksiat..setuju x?
    jadi persoalannya kenapa shila teruk kena hentam tp artis2 lain klu couple wartawan macam xkisah sangat..itu yg dia nk sampaikan..aku pelik orang ckp bab dosa tapi suara perempuan tu kan aurat gak..kenapa xmarah semua penyanyi muslim kat malaysia ni?boleh tolong jawab x?

    ReplyDelete
  12. wan.. bersyukur la ada org masih lg sudi tegur. salah tetap la salah.. tu hakikat yg x blh di pertikaikan sapa2 pn. besar ke kecik ke kalau dh salah.. pusing kot mana pun takkan jadi betul

    ReplyDelete
  13. diorang ni pun satu. kawen je la... xkan nak ckp "kami still tgh kumpul duit" kot...

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.. Bertambahla pahalamu shila amzah dibln ramadhan ni atas segala kutukan..

    ReplyDelete
  15. setuju dgn idolbelleza..bertambah pahala shila amzah..siapalah kita nak menghukum dia..entri nie mmg kategori mengumpat kak..adalah lebih baik bulan ramadhan nie kurangkan tabiat mengumpat tue..Ya Allah..kurang pahala puasa saya terbaca entri nie...Astafirullahalazim...

    petikan dari satu blog yang saya pernah baca

    pesan seorang teman
    " bencilah kesalahannya,tapi jangan kau benci pelakunya"

    dia hanya manusia biasa
    sama seperti dirimu jua
    maka, kadang dia akan terkhilaf dengan perlakuannya
    maafkanlah
    kerana engkau juga bukan manusia sempurna
    yang seringkali melukai tanpa engkau sedari

    berbaik sangka pada setiap salah
    pujuklah hatimu.."dia tidak tahu"
    dan jangan pernah berhenti untuk mendoakan dirinya
    kerana dia dan dirimu itu bersaudara
    punya aqidah yang sama
    lalu layakkah engkau terus membenci dirinya?

    teruslah berdoa dalam diam
    moga suatu hari nanti dia akan menyedari segala kekhilafannya
    dan tuhan itu, akan selalu mengira
    setiap rintihan yang engkau panjatkan
    setiap sisi hitam yang engkau pendamkan
    kerana hati seorang mukmin itu tidak seharusnya sama dengan orang biasa

    dan ketahuilah..
    sisi gelap itu sebenarnya akan menyakiti dirinya sendiri
    tak perlulah engkau menambahkannya lagi
    kerana kita hakikatnya manusia yang tidak jauh berbeza..


    http://afnitasya.blogspot.com/2011/02/sisi-gelap-yang-engkau-benci-itu.html

    ReplyDelete
  16. Betul anonymous.. Kerana shila xde dosa pun pada org yg kutuk dia tu.. kite sbg manusia ade kekurangan masing2.. Kdg2 benda yg kita x suka org lain buat, sebenarnya dahnpun kita buat tanpa kita sedari.. Ingat, kita ada tuhan untuk manghukum.. Cuba bygkan adik atau anak sendr yg kena kutuk.. Adakah itu yg kita nak??.. Allah klu nak balas.. Dia bg cash kat dunia je pun da boleh.. Cubalah doa yg terbaik walaupun org itu kita x suka.. Lagi menambahkan pahala dari menambah dosa dgn mengutuk org yg xpernah buat salah dan buat dosa dgn kita dan xpernah kacau hidup kita pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..sokong sratus pratus..yg dok kutuk2 ni sume cam good2 jerr..cube kalo org dok jg tepi kain hidup kite..suka ker?? mesti tak kann.. shila ada kehidupan peribadi die sendiri...yg kite dok sibuk2 tu napa..die masuk industri ni dok jual suara bkn nak dok jual kehidupan seharian die.. masing2 pikir x guna akal...

      Delete
  17. lepas bercinta ini .. baru kerek sikit

    ReplyDelete
  18. macam good2 jer sume..die ade kehidupan die sendiri..kenapa kite sibuk2 nak jaga tepi kain org..kalo kena kat diri kite agak2 kite suke tak org dok tny gosip memacam..tepuk dada jgn dok tny slera..pikir guna hotakkk..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!