RESTORAN HIDANG AIR JUG BERLUBANG & BERKARAT

29.7.12 Suria Lekatlekit 21 Comments

Hari ni berkesempatan berbuka puasa kat luar. Takde la jauh.. kat Sungai buloh je. Takde la restoran eklusif tapi restoren tomyam biasa jer. Bukanlah kali pertama makan kat situ tapi dah banyak kali. Nak kata tak sedap boleh la tahan rasanya masakan kat situ sebelum ni. Kalau makan pun tak menyumpah seranah sangat la...

Buku Menu restoran tersebut

Jadi Petang tadi.. Sebab berbuka kat luar pun bukan plan, maka cukup la makan kat tempat2 yang dekat. Pergilah kami (Den, adik den & asben den serta anak den yang tak puasa tu..) ke restoran itu untuk menjamu selera. Setelah di order makanan & minuman.. lebih kurang 20 minit sebelum berbuka sampai la se Jug Jus Oren yang di pesan terlebih dahulu sebelum makanan yang lain. Bila tengok jug tu..........

Pendedahan berani.. Jug Berlubang

Korang dah tengok kan rupa Jug tu? Apa perasaan korang nak minum? Kalau kat rumah pun rasanya Jug yang uzur tahap macam tu mesti kena campak dalam tong sampah dah.. tak pun bagi anak2 buat main masak2 luar rumah. Tapi restoran ni punya la tak senonoh.. sanggup hidang air dalam Jug tu kat pelanggan. Punyalah selekeh restoran tu.

Sekitar kawasan berlubang tu boleh nampak kesan hitam2.. tu baru kawasan berlubang tu tapi sebenarnya banyak lagi kawasan jug tu yg penuh karat

Bila kita mintak tukar..  pelayan pertama yang ambil order kita tu cakap..Ok lagi boleh guna. Katanya trend 2012 Jug macam tu. Tak berapa nak lawak la Bai... Pelayan kedua kita panggil seorang akak minta tukar Jug jawab.. ok lagi boleh guna takde masalah. Takde masalah kat korang. Maybe korang jenis minum air dalam bekas yang selekeh macam tu.. Tapi sebagai pelanggan yang bukan datang makan free memang la rasa tak puas hati dengan service macam tu.

Ni la Bai yang ambil order kitorang & pelayan pertama kita panggil minta tukar jug

Bukan takat Jug tu berlubang kat muncung dia tu.. berkarat sana sini. Memang la karat air.. tapi permandangannya amatlah seperti longkang. Minta tukar pun taknak bagi.. Jadi nak tak nak pasrah je la. Nak pula makanan yang kita pesan hari ni rasanya sedikit hampeh. Tak macam sebelum ni makan.. Jadi terpaksa la double pasrah.

Agak2 la kalau nak jimat tu. Jug berlubang & berdaki macam tu hidang kat pelanggan mencerminkan keperibadian restoran korang jugak. Tapi sang lekit sempat usya.. memang Jug2 air kat restoran tu semua jenis berdaki & berkarat hitam macam tu. Sebelum ni tak tahu sebab tak pernah order air 1 Jug.

Kalau owner @ kakitangan restoran ni baca blog melekit jangan nak sentap & maki hamun yer tapi perbaiki kelemahan restoran korang. Pelanggan yang datang bukan datang bawak mulut nak melantak jer.. dorang bawak sekali dengan duit nak bayar, ada pahammmmmm

21 comments:

  1. ada saja kan bulan puasa nie..td roomate ada cerita kisah dya bbuka kat luar..owner restoran maki hamun dya pnya pkerja dpan-dpan customer..kesiann gila..siap mencarut bagai..

    ReplyDelete
  2. untung nak lebih restoren mcm ni, patut simbah je air oren tu kat depan2 dia. ingat kita hadap sangat ke air dalam jug berlubang tu kot.

    ReplyDelete
  3. mmg x senonoh. kalo hub akak konfirm ajak angkat kaki dah. baru padan muko..

    ReplyDelete
  4. uit ..
    truk bebeno da tu .. xkan xde bajet nk beli jug bru kot. huhu

    ReplyDelete
  5. hahahahahaha... saboooo aje lah!! diorg ni wat mcm kita mai kedai depa nak makan free kot...

    tapi kdg2 kedai makan ni jahat gak, if kita komen ckp nak tukar jug ke, or suh depa pi tambah itu ke ini ke, kdg2 depa bwak masuk, pastu buat jahat. ludah la, celup tgn la... kita kt luar xtau..sbb ade penah dgr kwn cite. nak nak kalau kt hotel. jgn komen or komplen suh depa bwk masuk tambah lain...memang kena pedajal...

    pasrah aje la :(

    ReplyDelete
  6. Memang teruk rupanya guna jug macam tu. Yang pelayan pun satu hal jugak dengan slumber je cakap macam tu. Kasi sound je patutnya masa tu. Kejar untung bulan puasa la tu.

    ReplyDelete
  7. pendedahan yg brani. syabas! pepun, jd kan ksh buruk sbagai sempadan. Maafkan mereka, kita ke kedai lain je =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf pn maaf jugak tp kena juga bg pengajaran klau x smpai bila2 pn dorang pk untung je x pk keselesaan pelanggan.

      Delete
  8. uiiii
    kalo dni pun tak selera nak minum air tuang dari jug cemtu huhu

    ReplyDelete
  9. hhu lepas ni sekali je laa dtg situ yerk..lepas ni xkan singgah kan..dah tahu sikap sambil lewa mereka jaga kebersihan dan tak jaga hati pelanggan..huhuhu..

    Tahu nk untung je dorang ni....

    ReplyDelete
  10. hurmm...macam2 hal kan derang ni nank kaut untung bulan ramadhan ni..

    kita tak pernah kena lagi sebab so far lum pernah lagi berbuka di luar...

    ReplyDelete
  11. Huih. agak tak senonoh di situ. bukan macam tu cara nak layan pelanggan. agak2 la jugak kalau nak hidang camtu. customer lari baru tau.

    ReplyDelete
  12. selalunya, kalau kes macam ni, memang sekali jer la pelanggan datang. lepas tu jangan harap la nak datang lagi. tak ke diorang yang rugi...

    ReplyDelete
  13. kalau akak lama dah pggl owner dia. agak2 la smpi berlobang pun nak guna lg.sgt teruk.ops area mana ni? kot la akak lupa nama kedai, leh la waspada lalu area tmpt tu takmo gi kedai tu

    ReplyDelete
  14. mmg melekat lekit kata kata mu...hahaha

    ReplyDelete
  15. mmg melekat lekit kata kata mu...hhahaha

    ReplyDelete
  16. mmm...xtau nk kata ape kalau mcm ni sikapnye , 99 rezeki dtgnye dari perniagaan,tp kalu dah mcm ni gayanye mcm mana rezeki nak masuk...x berkat =(

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!