HABIS SUSU, PAYUDARA DI BUANG

18.10.12 Suria Lekatlekit 7 Comments

Amboi tajuk entri.. seram seram sejuk baca kan? Siapalah sipolan yang habis susu, buat payudara dia macam botol susu je boleh buang2. Macamlah payudara tu kalau buang boleh tumbuh & membesar macam pokok kan?? Ada ke manusia macam tu..

Takde wanita yang sanggup buang payudara dia.. melainkan pengkid walau dia tak buang tapi dia ikat ketat dengan bekung supaya nampak leper.. Alih2.. lanjut sebelum usia. Hahahahaha.. Bukan pasal pengkid yang sang lekit nak story mory di petang hari. Mesti nak tahu apa kaitan dengan tajuk 'Habis susu, payudara di buang, kan??' Tu kiranya pepatah baru yang sangat sesuai dengan era sekarang.

carian google
Tak di nafikan wanita di sayang salah satu adalah dari aset tubuhnya. Yelah.. yelah.. tak semua orang pandang rupa paras & fizikal.. tapi takde orang tak pandang langsung, kan?? walau aset pada tubuh wanita tu kadang2 bukan jadi faktor utama dia di sayangi.. tapi antara sesuatu yang di sayangi lelaki. Kalau masa kecik.. baby sayang breast mak sebab ada susu yang lemak berkrim, lazat & berzat. Ok.. ok.. tak semua orang mampu menikmati kelazatan susu ibu tapi ramai juga yang berpeluang merasainya. Kiranya jasa susu ibu tu antara salah satu jasa yang besar pada kita semua yang pernah menikmati kelazatannya. Susu ibu takkan turun dari lubang idung.. lubang telinga mahupun mana2 lubang lain.. melainkan dari payudara ibu sendiri.

Tak di nafikan jasa ibu & wanita melalui aset yang dia ada.. amatlah besar. Jangan pula ada yang nafikan semua tu. Sesuatu yang berjasa pada kita.. harus kita hargai & sayangi walau sesuatu tu tidak dapat berkhidmat untuk kita lagi. Bayangkan payudara yang pernah memberi kita kenikmatan itu di uji dengan penderitaan. Biarpun dia banyak berjasa namun dia tetap di duga dengan kanser payudara. Kita sayangkannya dulu.. Jangan bila dia tak mampu memberi nikmat kita tidak pedulikan.

Kalau korang sayang mak.. makwe & bini korang jom kita tengok benda ni sama2. Mungkin akan mengeratkan kasih sayang antara korang & wanita kesayangan korang. Jom sama2 clik ni >> HABIS SUSU PAYUDARA DI BUANG << tanda anda juga seperti irwan shah, pencinta wanita.

7 comments:

  1. Breastfeeding salah satu cara dapat mengelakkan cancer payudara.

    ReplyDelete
  2. breast feeding la bagus.

    tapi tu lah, masa kecik aku tak merasa sgt sbb aku duduk hspital sebulan lebih. lepas mak aku pantang aku stay dengan nenek. ieh...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!