EPISOD SETAHUN 7 BULAN

21.3.13 Suria Lekatlekit 5 Comments

Walaupun budak lala ni dah masuk setahun 7 bulan.. tapi check up & suntikan untuk setahun setengah nurse bagi appointment pada 21 March dimana pada tarikh tu lala dah genap setahun 7 bulan.

Untuk check up kali ni berat lala dalam graft yang comel lagi. Kira ada pertambahan berat walau selera makan lala merundum teruk. Dia cuma nak minum susu jer sekarang ni cuma sang lekit terus bagi dia supplement. Lala masih lagi ambil scoot emulsion & Appeton Multivitamin lysine. Susu fernleaf. Bila anak meragam tak nak makan ni memang kita kena pastikan dia banyak menyusu & minum air. Macam lala selain susu.. sang lekit bagi dia minum vitagen jugak sekarang. Jangan lupa air kosong pun kena bagi.

Dah macam2 resepi sang lekit cuba untuk buat shahila nak makan tapi tetap jugak tak nak lepas dah pandai jalan ni jadi kalau paksa sangat pun tak elok jadi bagi je la dia masa sampai dia betul nak terima makanan balik. Pun macam tu kadang2 sang lekit pujuk2 jugak makan. ada la sesuap dua dia makan.. kadang2 satu suap pun dia taknak telan. Selagi dia sihat, perkembangan dia baik.. sang lekit pun taknak bagi tekanan kat diri sendiri dah bila anak taknak makan ni. Dulu yer jugak.. lala taknak makan, mak dia stress lebih2.

Kelasakkan lala kadang2 menggugat juga kesabaran seorang mak ni. Bayangkan masa check up dia macam lipas kudung. Habis jer nurse check up lala.. sementara nak tunggu dia tulis rekod perkembangan lala dalam buku pink tu terpaksa pos lala keluar kat bapak dia dulu. Nak2 pula kali ni check up nurse pelatih yang buat. Jadi agak slow sikit la, kan. Bila tengok anak orang lain dalam bilik check up tu ok jer.. terasa pula anak daku ni memang lasak gila. Kalau kat umah ni tak payah cakap la. Dia tidur pun tak diam apatah lagi masa dia berjaga. Mummy ni nama je tido nak.. tapi 1 malam tu entah berapa kali bangun.. tak kena sepak dengan lala.. bangun angkat dia yang dah terbabas dari tilam. Memang orang tak pernah jaga lala akan anggap.. baby girl tak selasak baby boy tapi bagi sang lekit lasak lala ni kadang2 baby boy pun kalah.

Lala sekarang kuat menjerit.. dia main sorang pun jerit, dia tengok tv pun jerit.. Kalau dia jerit tu ada la benda dia excited. Cuma sekarang ni perangai lala time nak tidur suka merengek. Kadang2 sang lekit biar jer dia berguling atas tilam sambil merenget sebab kalau biar cepat sikit dia tertidur.. kalau di pujuk makin menjadi2 pulak dia merengek lepas tu lambat pulak nak tidur. Lala jarang nak tidur bawah pukul 12.. Nasib la mak ko surirumah nak..

Kelasakkan lala ni kadang buat bibir dia berdarah, dahi benjol.. dahi benjol kadang2 dia tak nangis.. kalau mulut berdarah tu selalu sekejab je nangisnya. Bukan sang lekit tak pantau aktiviti dia dalam rumah tapi bayangkan kita cuma paling sekejab nak buat susu, dia kat sana dah macam2 aksi bahaya dia buat. Makin tinggi makin banyak benda dia boleh capai makin terpaksa sang lekit simpan barang2 tak sepatutnya jadi mainan dia kat tempat yang lebih tersembunyi sampai kadang2 daku pun tak ingat bila nak guna.

Sang lekit ada cuba2 nak ajar dia tengok buku, pegang pen & conteng kertas tapi masalahnya lala ni dia nak pandai express.. bagi buku dia gigit, bagi pen dia gigit bagi kertas pun dia gigit. Cara dia study semua masuk mulut. hahahaha.. orang membaca untuk tambah pengetahuan, lala telan je semua ilmu tu gamaknya. hahahaha.. Pun begitu ada la juga kadang2 dia layan buku bergambar tak gigit.. Act macam membaca jer. kekeke

Tu je perkembangan lala yang mampu sang lekit cerita untuk setahun 7 bulan ni. Minta semua tolong doa shahila cepat pandai cakap.. Sekarang ni dia masih berbahasa pra sejarah walaupun mulut dia sangat bising. Tak sabar nak dengar dia panggil mummy.

Revolusi wajah budak lala

P/S : tadi nurse kata suntikan kali ni maybe demam.. Alhamdulillah selepas balik dari klinik terus bagi ubat demam stok kat umah punya yang di ambil dari klinik dr misai (private clinic) takde tanda2 dia demam lagi pun. Moga2 tak demam yer nak..

5 comments:

  1. nice, setiap bulan ambil gambar :D
    baru nampak perbezaan .
    Terbaik

    ReplyDelete
  2. teringat aisy pula bila baca pasal lala ni.aisy dah nak masuk 1 tahun 4 bulan tapi tak pandai jln lagi.bercakap pun adalah beberapa patah perkataan dia boleh sebut.apapun setiap individu tu unik.tak payah banding dengan anak orang lain.buat semak kepala otak aje.janji dia sihat,syukur alhamdulillah!

    p/s-baru perasan anak kita sebaya.besok sekolah sama la ye (^_^)

    ReplyDelete
  3. sama macam anak yang akak jaga dulu..lasak kemnain..tapi dia nak makan..budak yang akak jaga dulu sampai tv terbalik,mesin basuh terbalik,paip air patah..punya ganas nye dia..hahaha..akak sampai tak nak jaga budak dah bila ingtkan lasak nya dia dulu..

    ReplyDelete
  4. moga semuanyer ok yer. Lambat cakap biasalah, Adik pun dulu rasanyer dkt 3 tahun baru boleh cakap dgn betul kot.. tapi lepas boleh cakap, kita yg penat tak terlayan, mcm2 dia tanya sampai skang ni hehehe

    ReplyDelete
  5. salam Abby..

    hihih..seronok baca perkembangan cik lala..
    sabar ye mummy.. insyallah..pelan2 cik lala nk menyebut tu..
    tunggu la.. satgi bila dia dah pandai bercakap.. riuh 1 rumah.. :p

    mata tu ttp menggoda... bulat!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!