MAKAN MEE KUNING SEPANJANG MINGGU

6.4.13 Suria Lekatlekit 7 Comments

Dah lama jugak la budak kecik buat perangai tak nak makan. Nak susu jer.. Jadi lama jugak sang lekit cutikan lala dari makan & sejak seminggu lalu sang lekit cuba balik bagi dia makan. Dalam kuantiti yang sedikit & sekali je sehari. Kang bagi banyak2 takut dia stress kena paksa makan, langsung tak nak makan.

Menu sepanjang minggu ni adalah mee. First time bagi dia makan mee.. sang lekit buat dia mee sup ayam campur taugeh. Nampak dia suka jugak makan. Esoknya try buat mee goreng pulak. dia makan jugak. Sebab dua hari berturut2 dia makan mee tukar pasta pulak. Buat creamy pasta. Dia makan jugak. Lepas tu buat pasta yang takde creamy2 dah.. Dia taknak makan. Esoknya buat mee balik. Mee sup ayam campur sayur sawi. Dia makan. hari seterusnya mee hailam. dia makan & hari ni mee hailam lagi

Jarang2 sang lekit nak tayang masakan hasil air tangan sendiri kan?? Ni la rupa bentuk hasil bersilat dengan kuali, sudip bagai.. Untuk shahila je. Mee hailam melekit. kekekeke

Nampaknya lala sukakan mee. Maybe sebab sebelum ni sang lekit belum pernah cuba bagi dia makan mee kuning kot. Nasi totally lala tak berapa minat. Kalau bagi pun jenuh la nak memujuk. Takpe la cuti la nasi sekejab.. tengok seminggu dua lagi try bagi nasi. Sekarang ni bagi lala makan apa dia nak jer. Susah jugak nak bagi budak lala ni makan. Nak bagi makan kat rumah & apa yang sang lekit masak je. Makanan luar memang susah budak ni nak makan. Nak ajar minum air kotak pun susah macam mana la nak ajar dia sedut minuman guna straw kan?? Tunggu sampai dia dah mesra dengan makanan baru senang nak ajar dia makan sendiri, minum guna straw.. Selagi dia makan nak tak nak macam tu memang bagi apapun tak jadi.

Sang lekit tak risau sangat kalau anak orang lain dah pandai sedut minuman guna straw & lala tak nampak pun macam reti minum dengan straw ni sebabnya lala memang tak minum minuman lain selain susu & air masak. Vitagen pun sang lekit selalu pujuk & lalaikan dia dengan tv bila nak bagi minum. Tu pun guna botol susu sebab senang nak pujuk. Macam tu jugak makan.. nak pujuk dia makan kena lalaikan dia dengan tv. Takpe sang lekit tak rasa terbeban pun buat semua tu. At Least dia makan juga walau sikit. Yang penting setiap hari kita berusaha untuk bagi dia makan. Lama2 dia boleh terima makanan jugak. Kalau kita pun malas... asyik sumbat susu jer, memang la budak tu lambat sikit la nak terima makanan. Rajin2 la try menu baru.

Tak nafikan sepanjang memasak untuk lala.. ada yang dia tak nak makan langsung. Ada juga dia habiskan. Tapi kunci utama jangan putus asa untuk terus bagi anak makan. Kadang2 budak2 yang bawah 2 tahun ni memang selera meragam sikit. Dari pemerhatian sang lekit ada budak masuk je umur 2 tahun, dia dah sukakan makanan. Jadi dalam tempoh bawah 2 tahun ni kita kena banyak sabar & usaha la untuk pujuk dia makan.

Asalkan dia membesar dengan sihat, jarang sakit, aktif & takde tanda2 ada masalah.. pun dah cukup bagus untuk perkembangan dia. Sekurang kurangnya lala ada kelebihan dia berbanding budak2 lain.. mungkin lala lambat dari segi dapat skill baru.. lambat berjalan (setahun  4 bulan baru jalan), lambat bercakap (dah setahun 7 bulan tak panggil mummy lagi ni) tapi lala budak yang jarang sakit & sentiasa aktif juga kurang meragam. Jadi.. kita tak perlu rasa rendah diri kalau anak orang lain dah belajar banyak perkataan sedangkan anak kita tak pandai cakap lagi.. Yang ada anak cepat segala galanya jangan riak & menunjuk sangat. Dan jangan nak compare anak kita tu dengan anak orang lain. Niat berkongsi takpe jangan niat nak membandingkan kelebihan yang anak kita ada dengan anak orang lain tu yang buat orang lain terasa. Masing2 anak.. semua di anugerahkan kelebihan masing2.

 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <<

7 comments:

  1. mi kuning kalau buat mi sup bodo pecah telur letak tahu sedap kan kan..tapi untuk budak2 rasanya macam tak elok je bagi kerap sangat, cuba tukar dengan spageti ke..spageti hailam,hihi apa rasanya ekk

    ReplyDelete
  2. trpaksa bg dia makan dulu sebab dia taknak makan langsung sebelum ni. pujuk pun taknak.. segala pasta speghati mak nenek dah try.. lala jenis kita kena mesrakan dia dengan makanan dia suka dulu lepas tu baru pelan2 pujuk dia bagi makanan lain. minggu ni je mee.. minggu depan takde mee dah.. hahahaha

    ReplyDelete
  3. hahaha.. ajar anak makan oke jugak dr ajar benda lain. sedapppp nyaaa

    ReplyDelete
  4. kreatif jugak cik lekit nie...untung lala punya mummy yang tak pernah putus asa untuk mempelbagaikan makanan lala

    ReplyDelete
  5. salam abby..
    sekali sekala bg mee elok jgk buat anak merasa benda baru..tp jgn selalu..sedia maklum mee kuning ni x elok mkn hari2.. pelbagaikan dgn bihun ,ktiaw,spagetthi or macaroni..

    hihi..mummy lala ni kan super mom.. mesti pandai ubah suai & msk mknn yg sedap2 utk lala :)

    ReplyDelete
  6. mggu ni tak makan mee dah.. kuew teow pulak. dia macam tak berapa minat jer kuew teow.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!