UNTUK ISTERI - ISTERI YANG BERGELAR BLOGGER

19.6.13 Suria Lekatlekit 16 Comments

Bertuah bagi pasangan yang sama2 bergelar blogger sebab minat & citarasa dorang sama. Dorang boleh beraktiviti yang sama.. dorang boleh join event2.. gathering.. suai kenal.. bersama sama sebab mereka sama2 blogger. Bagi blogger yang berjodoh dengan mereka2 yang bukan dari kalangan blogger malah tak langsung amik pot pasal dunia blog ni agak susah sikit la nak sertai aktiviti yang di anjurkan blogger mahupun  yang di menjemput blogger untuk meraikan.

Salah sorang blogger tu den la.. Laki den takde blog jauh sekali bergelar blogger. Aktiviti online dia pun terhad.. paling banyak dia asyik layan youtube ye la.. Pun macam tu kena terima kasih kat dia sebab dia tiap2 bulan bayar streamyx untuk bini dia terus berblog. Pun macam tu aktiviti yang di adakan untuk blogger memang susah sangat nak dapat join.Bukan sebab dia tak izinkan tapi jadual kerja dia tu tak mengizinkan sebab kalau nak keluar bawak lala mesti ada dady dia sekali. Sejak kawen ni rasanya pernah join untuk aktiviti yang di anjurkan untuk blogger ni sekali je.. tu pun sebab dapat tiket wayang free dari nuffnang. Time tu baru kawen & takde cik lala lagi. Tu je la kenangan selama berblog.

Yang senasib dengan den jangan bersedih. Kesedihan tu buat kita rasa stress & kekurangan. Betul.. Jeles tengok blogger2 lain dapat pi event tu event ni.. gathering bagai. Tapi jangan sampai bentak2 kaki kat laki sebab tak dapat pergi yer..  Setiap orang ada bahagian happy masing2. Macam den.. tak rasa benda tu jadi satu tekanan.. even daku juga blogger tegar dalam dunia blog ni. Sebabnya.. den enjoy je dengan hidup den sekarang. Ada suami.. anak.. tiap2 minggu boleh keluar. Boleh jugak sekali sekali pergi bercuti.. even tak dapat pergi negara2 eropah pun dalam negara & negara2 asia yang jiran2 pun tak pe la. Walau tak dapat nak menunjuk shopping kat tempat2 mahal.. pakai produk mahal2.. tayang kasut baju mahal2.. tapi tetap jugak den dapat shopping macam orang lain jugak. Cuma yelah.. blog den ni memang jenis tak banyak cerita tentang apa yang ada dalam umah den.. apa yang den beli & pakai, den makan bagai.. kecuali ada cerita best di sebalik tu. Nak tayang2 dengan niat saja nak menunjuk tu den malu sikit.. kekekekeke

Jadi tak dapat join aktiviti blogger macam blogger lain bukan satu kekurangan pada daku.. Tak perlu rasa rendah diri & sedih. Pada blogger2 yang senasib dengan daku ni, korang jangan rasa kecik hati atau rasa rendah diri. Happy & bahagia tu tak semestinya berada di luar bersama yang ramai.. Bergantung pada kita menikmati kehidupan kita sebenarnya. Terima hakikat itu lebih baik dari mengeluh apa yang kita tak dapat sedangkan yang kita dapat kita lupa pula nak ucap syukur kan??

Sang lekit rasa setakat ni enjoy je dengan life macam ni walau kadang2 ada gathering yang orang ajak join tak dapat join lepas tu berbalas sindiran yang sangat tajam menikam tapi sang lekit tak letak dia dalam hati sebab benda2 semak & sampah macam tu takde tempat dalam hati aku. Pada kawan2 yang tak memahami.. tak perlu faham pun sebab corak hidup kita tak sama.. Janji aku bahagia dengan cara hidup aku, apa kau kata tu kau punya pasal yer... kekekekeke. Cuma kau perlu tahu.. bila kita dah berumahtangga, setiap dari kita ada komitmen dengan keluarga. Kau atau aku dua2 pun ada tanggungjawab.. berbeza cuma mungkin sama ada kau betul2 tanggung & jawab komitmen yang kau ada.. atau kau buat sambil lewa tapi lebihkan untuk ber enjoy di luar sana. Nak2 lagi kaum perempuan ni.. nak buat apa pun mesti kena ada izin suami kan. Jangan ajar aku derhaka.. yer! kekekeke

Semua antara kita ada bahagian bahagia masing2.. Tak perlu kita sedih sebab tak dapat buat tu buat ni.. sebab apa yang kita dapat buat ada orang lain yang tak dapat buat. Cuma enjoy dengan apa adanya.. Insya Allah, kita juga mampu tersenyum seperti orang lain.

Lakonan semata mata.. kekekeke


** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

16 comments:

  1. terkena ngan batang hidung ni.ahad ni ada gather blogger.tp mcm xdpt g sbb laki den keje mlm.pg ahad baru sampai KL.mcm xikut.huaaaaaaaaaaaa.xpelah.xjd masalah pon rasanya.

    ReplyDelete
  2. Betul tu ada bahagian masing2, kita ada bahagia cara kita sendiri. Hidup besederhana, berblog pun besederhana. Ada kesempatan ada peluang ada rezeki utk join event itu bonus. Jgn stress2 okeh.

    Husband akak pun tak reti dunia internet ni jauh lagi nak berblog tapi skrg dia tak heran sgt kalau bini keluar kamera snap2 gambo...ahahaa...

    ReplyDelete
  3. minat.. tu yg penting. btw comel pic tu! :)

    ReplyDelete
  4. Same la jugak.Husband saya pun bukan blogger.Tapi dia la yang suruh saya buat blog.Dia jugak yang rajin suh saya wat entry.kdg2 nak join jugak event..Tapi saya paham.Dah kahwin ni pergaulan ada hadnya.Yang tu buatkan saya jd tak kesah.Jangan sedeh2 ea.At least kite leh borak-borak dengan blogger lain.Mcam ni.... =)

    ReplyDelete
  5. Akak klu nk jumpa blogger kat gathering bagai memang tak minat sangat.tak teruja pun..klu jump sorang dua je ok la..belum terasa lagi nk jumpa ramai2 nih..rimas kot..

    Tapi bila ada yg ajak tak de la bg alsan rimas,pandai2 la kan..jaga hati..hehe...

    ReplyDelete
  6. Salam... Mummy lala..

    Saya suka yang low profile..
    Tunjuk sikit2 tu oklah tapi kalau dah semua benda nak tunjuk annoying sangat...
    *bosansangatdengansatubloggeryggigihtayangapayangdiashoppingsemuariburiban....*

    ReplyDelete
  7. setujukkk setujukkk... event blogger tu adalah advantage kalau dpt pegi... mcm aku ni... bkn kate tak penah pegi... dijemput pun tak penah... wakaka...

    ReplyDelete
  8. Kita senasib ☺☺. Teringin juga nak join gathering & event.

    ReplyDelete
  9. tak prnh plk rs nk join event tu sume..mungkin iolls org pemalu kot..hihhih...

    ReplyDelete
  10. hihi..saya lom pemes lg so lom ad lg event2 nk kne attend..

    ReplyDelete
  11. Asal dia izinkan akak menaip jadi la kot... Janji ada sorang dua yg sudi dtg jmp mengukuhkan ukhwah akak dah ok. Gath tu mmg x pernah gi pun. Klu jmp beberapa org je tu adala

    ReplyDelete
  12. saya je blogger. suami tak minat langsung bab-bab internet ni. mungkin sebab dia tentera kot. heheehhe

    ReplyDelete
  13. salam mummy lala..

    hehe.. rezeki tu sentiasa ada.. xpe2..

    amvoi cik lala.. comey kamu dgn apron tu :)

    ReplyDelete
  14. tak terpikir sampai nak joint gathering tu semua.. tapi mendatang x tau la kan... hihi.. pe kabo? lama x bertegur sape..

    ReplyDelete
  15. haha...lawak pula bila baca tapi itulah realiti nya. eh. apa pula. momoy mana kawen lagi. hihi

    comel giler =)

    ReplyDelete
  16. x nak ngajar bakal isteri berblog, nnti gaduh pun kat blog huhuuuu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!