RAMBUT PANJANG DALAM FROZEN FOOD

29.7.13 Suria Lekatlekit 5 Comments

Ni cerita seram ke cerita geli ke cerita hapa ni?? Milik siapakah rambut panjang itu?? Kena buat DNA test dulu la nak tau rambut siapa tapi ada kisah pasal rambut dalam bungkusan frozen Food tu..

Alkisahnya semalam lepas buka puasa sang asben ku nak cari kulit popia nak buat kuih simpul kasih ke hapa nama dia tu.. Tak sure sebab den sendiri pun tak pernah buat tapi pernah makan cuma tak berapa pasti nama dia. Beriya laki den ni nak buat sendiri walhal serunding ayam beli kat bazar sg penchala jer yang ready made. Dia balik cuma bungkus benda2 alah tu lepas tu goreng jer.. Tak pe at least perangai dia still macam dulu. Takde buang tebiat ke hapa.. sememangnya dia kalau nak buat something tu dia akan buat jugak.

Ni la rupanya popia serunding simpul kasih yang laki den buat semalam.(gambar carian google je sebagai hiasan)

Serunding ayam kat bazar sg penchala tu sedap.. pedas2 sikit. sapa2 nak cari serunding tu boleh la berdesup kesana selagi stok masih ada, ok! Harga dia 100gram RM7 500gram RM35.

Back to the story.. Pasal rambut panjang dalam frozen food atau bahasa melayunya makanan sejuk beku. kita pergi econsave dekat2 dengan rumah jer.. Masa dok pilih2 kulit popia tu sambil tengok la mini popia yang frozen punya.. sekali tertengok ada sehelai rambut panjang jugak dalam salah satu bungkusan mini popia tu. Tengok brand.. sematkan dalam otak tapi bangun pagi ni lupa jenama apa dah tapi kalau tengok packaging dia still boleh ingat lagi. Lalu berjanji dalam hati.. apa2 produk makanan keluaran syarikat tu minta simpang la terbeli. Kalau rambut pun boleh ter packing sekali tak tau la tahap kebersihan kilang @ tempat pembuatan makanan tu macam mana?? Geli tau!!.. yang den & laki den ternampak rambut jer.. yang di sebalik apa kita tak nampak entah macam mana kan??

Jadi pada pengusaha makanan sejuk beku atau apa2 produk makanan ni tolong la jaga kebersihan sebab semua tu melibatkan kesihatan pengguna. Jangan fikir untung jer kang sekali kena bankrup seumur hidup lagi tak guna sesen pun kan??

Pada pengguna kat luar sana pun.. nak beli apa2 tu ambil masa belek2 sikit. Jangan tengok terus angkut masuk troli kemudian bayar jer. Bukan apa sekarang ni kebanyakkan peniaga nak kaut untung jer.. lain2 hal dia tak nak ambil serius.


** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

5 comments:

  1. huhhuhu jgn KJ pastry udah ler...zura guna kulit popiah brand tu ok...

    ReplyDelete
  2. kena berhati hati lepas nie...kalau dah rambut sehelai,tak semestinya pack lain xde kan...

    ReplyDelete
  3. Salam Mummy lala..

    hehe..itu namenye kuih simpul kasih..
    sedap tu..sekali hadap, x sedar habis sebalang.. rajin hubby mu buat :)

    huhuh.. ni mesti etika kebersihan yg tak praktikal.. x elok sungguh begitu..

    ReplyDelete
  4. letih sangat kot masa packing tu sampai x nampak huhu. tapi betul jugak, mereka yg buat makanan ni kena betul2 concern pasal kebersihan ni

    ReplyDelete
  5. erk..tetibe rasa seram pulak..ewwww..geli kot..huhuhu..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!