YANG ADA KUCING BANYAK HANTAR JE KAT PUSAT PERLINDUNGAN HAIWAN

8.7.13 Suria Lekatlekit 29 Comments

Nak tulis apa pun tak tahu.. Sebak.. sayu.. pilu jer. Sejak semalam sampai hari ni sang lekit dok berdebat pasal kucing. Bermula dari sorang perempuan yang upload 1 gambar kucing yang banyak dalam sebuah rumah yang di huni manusia. Gambar tu jelas nak bagitau perkongsian hidup manusia & kucing dalam 1 rumah.

Maka timbul la komen yang mempertikaikan tahap kebersihan, kesejahteraan jiran2.. budget makan bagai. Yelah.. bagi orang yang tak suka makhluk comel tu semuanya jadi busuk.. semuanya jadi buruk. Padahal kalau spesis manusia pengotor.. tak bela apapun dalam umah tetap rumah dia tak bersih jugak. Sampai ada yang bagi komen kata rumah bukan tempat membela haiwan macam kucing. Hantar je kat pusat perlindungan haiwan. Betapa dorang tak explore atau buat research sebelum bercakap kan??

Pusat perlindungan haiwan ni kebanyakkan bukan dari badan kerajaan.. kebanyakkan dari aktivis pencinta haiwan yang berusaha untuk menempatkan haiwan2 terbiar di tempat yang selamat & selesa. Dorang juga berharap ada bantuan dari mana2 badan atau persendirian.. Dorang juga berharap ada yang sudi adopt. Kos bukan kecik.. Kakitangan yang di perlukan ramai. Semua nak campak kat situ korang fikir ,muat ker??

Ada jugak nak cakap pasal undang2 dunia yang salah jika haiwan peliharaan ganggu ketenteraman jiran2. Ye betul.. kebanyakkan pencinta haiwan ni cuba sedaya upaya untuk pastikan haiwan dorang tak ganggu jiran2 tapi kadang2 kemampuan membataskan dorang untuk menyediakan kelengkapan tapi perikemanusiaan yang tinggi mengatasi segalanya. Betul.. ada jugak yang suka biar haiwan dorang ganggu jiran2 & penduduk setempat tapi bukan semua. Yang begitu tegur la.. nak ambil tindakkan pun ambil la tapi jangan pukul rata semua. Bila kau dah tak suka.. asal orang bela kucing.. bela anjing je ko mula panas punggung. Cari sebab nak buat haiwan nyah dari muka bumi.

Kau pandai cakap tak masuk syurga jika tak jaga hati jiran tetangga.. maka kau jagalah jiran kau yer. Ada manusia yang nak jaga semua.. nak jaga hati jiran.. nak jaga amanah Allah nan satu ni..(haiwan terbiar) tapi yelah.. manusia ni kan ada macam2. Kalau yang tak suka tu kau tak payah buat yang terbaik macam mana pun dia tetap cari salah. Apapun.. manusia bukan sorang tapi terlalu banyak di bumi Tuhan ni jadi perangai pun macam - macam ye dak?? Apapun kena ingat bumi Allah bukan hanya milik manusia.. kita semua menumpang termasuk makhluk lain. Jangan jadi raja sangat di bumi Allah.. sampai haiwan lain nak menumpang hidup pun jadi salah. Kau pun menumpang..Jadi kita kena sama2 sedar diri. Haiwan pun ada hak di bumi Allah. Dah Allah jadikan kucing tu hidup berdamping dengan manusia mesti ada sebab.

Bukan marah kalau orang tak suka haiwan ni.. tapi tolong la kalau tak suka better jangan bagi komen yang buat orang lain terasa hati. Mereka buat kerja kebajikan bukan suka2 untuk kaut untung lebih2 lagi yang kutip kucing jalanan & anjing terbiar untuk bagi perlindungan ni. Mereka bukan kutip lepas tu buka pets shop jual kucing2 & dapat untung boleh pergi holiday oversea.. kadang2 orang yang bela banyak kucing ni nak pergi memana pun fikir 100 kali. Yelah.. sapa nak jaga kucing2 tu. kang terlepas pergi umah cik fiza.. langsung tak dapat masuk syurga sebab ganggu jiran tentangga. kan?? Jadi kalau benci sangat pun tolong la jangan pertikaikan apa yang aktivis pencinta haiwan ni buat. Kalau takde orang2 macam mereka yang buat nak harap orang macam cik fiza buat pun.. nampak gayanya makin bersepah la kucing kena suntik ubat mati.

** Kalau nak tahu siapa cik Fiza jom kita baca attachment kat bawah ni

 Mereka anggap bela kucing banyak macam ni dalam rumah.. rumah busuk, kotor & tak masuk akal. Yang masuk akal bela apa yer dalam umah. Bela teddy bear besar2 ker??





p/S : Panjang kata macam tulis kat atas tapi pendek kata.. kalau dah tak suka tu semuanya jadi busuk, buruk,kotor bagai kan?? kau bagi kucing tu mandi 1 hari 5 kali pun tetap dia pandang kotor.. well tepuk dada tanya iman masing2.


**  Teksi Tambang Murah Boleh dapat di sini >> Myteksi <<

** Yang rasa nak jadi pereka fesyen muslimah boleh tengok sini >> Peluang Mereka fesyen Muslimah <<

 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

29 comments:

  1. ermm.. memang puas akak baca cerita awak dan semua komen2 yg ada. akak setuju dengan setiap patah perkataan awak. akak pencinta kucing, walopun cume ade 9 hekor jebons je, tp akak pun sedaya upaya utk menyenangkan jejiran. Ye kan, akak dh ade 9 hekor, nak menambah akak rase dh tak mampu. risau jugk tidak terjaga kebajikannya. Maka akak spayed betina & neutered si jantan. tiada penambahan populasi di rumah dan di luar. si Jantan pon kalao menggatal pon memang xde hasil, so xdelah die buntingkan kucing org. akak rase menghadkan populasi lebih baik dr kite tgk dorang kena suntik dan mati mcm tu je. seolah2 nyawa mereka langsung tak berharga. mereka ade hak mcm kita. betul ckp awk. kalao dh tak mampu membela & membantu. cukuplah kalo memahami badan2 yg cuba selamatkan nyawa-nyawa kekucing tu. mereka pon nak hidup jgk. Hal jiran tetangga, pepandailah nk menjaga kucing kite. kucing ni mmg lah tak berakal, tp kalo kite didik dorang pelan2 dorang paham. cthnya, akak ajar dorang poo & pee kat litter box dr baby lagi. sampai skang duk membuang kat dlm tu jgk, belum lagi dorang membaja serumah. belum. issue spraying. kucing jantan akak, tak pernah spray kat umah. 1 day, akak ternampak die angkat momtot kat motor org, cpt2 akak panggil die balik, terus akak hantar neutered. pas neutered akak kurung die dlm umah. melalak meraung nak kuar. memang x sampai hati. menangis akak tgk die melolong. akhirnya Alhamdulillah, die dh tak spraying dah. jadi kesimpulannya, hanya tuan kucen je yg tahu mcmana nak handle masalah kucen ni. jadi kat sini xde issue kalao tuan tu nak bela berpuluh2 hekor sekalipun. selagi die boleh tanganinya, biarkanlah. kite ni org luar, yg tak tahu pape. baik tutup mulut. kalao tak mampu nak jadi garam yg bole awetkan daging. jgn pulak gatal nak jadi lalat yang membusukkan daging.

    ReplyDelete
  2. amboi..kalau mak akak baca komen depa ni kecik hati dia..umah dia banyak kucing..tapi tak busuk la..rumah kampung kan.ada masa depa dok kat luaq ja..ada sesetangah tu yang tak berak kat luar rumah depa berak kat lubang tandas..kita nampak ja dia keluar dari tandas tu kita masuk dan tolong pam ja..tak susah pun..geram pulak baca komen2 orang yang konon nya bersih sangt tu,..

    ReplyDelete
  3. I luv u ketat2 la Cik Puan Lekit..Aku pun ade 10 ekor kt rumah..tp laki aku rjin buang najis dorg..aku kdg2 buat jugak..takde kotornye la..Manusia ni kalau da tak suke tu sume nmpk buruk..Paling sedih kalau kat kedai makan tu kucing mntk mkn boleh halau.Paling membara ati bile ade jugak yg sepak..

    ReplyDelete
  4. ape da.. dah tentu la individu yg suka haiwan peliharaan ni alan alert juga tntg hal2 berkaitan kebersihan dan kesihatan haiwan ni.. aku dlu tak tau sgt bab2 cara membela kucing ni.. tapi bila dah terjebak, bulan2 habis beratus pun sanggup untuk kucing kesayangan... ni baru sekor.. bayangkan kalau dan banyak mcm tu... mau ratus-ratus... hmm... murni tu.. sayang haiwan... yg la perlekeh usaha org2 mcm 'kami' yg pencinta haiwan ni...

    ReplyDelete
  5. suka sangat entry ni..

    salam Mummy Lala... saya antara orang yang geli dengan binatang berbulu bukan aja kucing... geli bukan sampai tak suka... tapi cuma geli..
    anehnya saya suka sangat dengan kucing tapi tak sampai nak membelai.. pegang sikit2 aja..
    mak saya bela 5 ekor kucing.. ok aja rumah mak saya.. bersih.. tak pun kotor.. tak ada pun yang jatuh sakit sebab kucing..

    Cuma saya rasas sedeh..
    saya duduk apartment rules memang tak boleh bela binatang.. tapi ada yg bela juga... tak kisah nak membela.. tapi kalau najis bersepah2 kat rumah jiran.. owner buat dek aja memang marah.. bagi makan kat merata2 tempat... jiran2 bising sebab kotor dan bau...
    bila kena tegur mengamuk satu blok.. geram memang geram.. kalau sekor tak apa tapi banyak ekor.. sian kami bertahun2 juga makan hati dengan jiran ni...

    ReplyDelete
  6. kucing kalau di ajar elok2.elok jadinya.mcm kucing sy dulu.adik sy ajar berak dlm jamban.elok je dye ikut.biasa lah kak.manusia ni.mcm akk ckp lah.kalau pk busuk tu.busuk lah jadinya.haih sabo jelah.

    ReplyDelete
  7. masa kecik2 dulu suka sangat kucing..lepas sekor kucing kesayangan mati terus tak bela dah...sedih melampau sangat

    ReplyDelete
  8. saya sangat suka kucing.. maka ayah adik adik semua.. kalau siapa siapa datang rumah kitorang, sure akan tengok kucing kucing kita.. walaupun ada juga yang menjerit jerit ketakutakan.. tak kurang juga yang tutup hidung.. aihh... taik sendiri wangi ke?

    ReplyDelete
  9. Salam Mummy Lala..

    tu dia kak nisah mengomen..hihi..

    alhamdulillah...
    masih ada ramai lagi yg sayangkan kucing..
    persetankan mereka yg jijik sgt dgn kucing.. jgn di dera kucing tu sudah..

    ReplyDelete
  10. beberapa thn dl cuba bela kucing di rumah flat ni, tp kucing tu mcm terseksa je sbb berkurung dlm rumah, satu hari dia dilepaskan bermain di luar, dan makin kerap keluar, dan 1 hari dia keluar x balik2 dh sampai sekarang, sedeh, huhuuuu

    ReplyDelete
  11. salam. kakak penyayang saya ada 5 ekor anak kucing nak let go atas sebab-sebab kesihatan. asal kucing ini, mama kucing dia mengandung, kakak saya kesian tolong jaga sementara dia bersalin. berminat dapat hubungi 013 245 6213 -na. Dia takut nak hantar pusat perlindungan sebab ada orang kata kucing-kucing yang orang tak ambik akan disuntik. tq

    ReplyDelete
  12. 1000% sokong ...♥kucen

    ReplyDelete
  13. Rumah saya ada banyak kucing 8 ekor.sebab membiak. Sekarang saya fikir macam nak buat sebab tk mampu nk jaga kebajikan mereka. Nak buang macam tu aje tk sampai hati tp nak kasi org, tkde sapa nak..ada cadangan tk supaya kucing2 ni tk teraniays

    ReplyDelete
  14. org yg bela kucing x reti2 ke nk kasikan haiwan peliharaan?biarkan dia membiak x terkawal siap nk buang2 lg,x rasa berdosa ke?

    ReplyDelete
  15. Saya ade 6ekor kucing yg nak lepas tapi sayang dan kesian sebab dah jaga dari lahir lagi, takut bila lepas kucing2 ni dah tak boleh survive untuk hidup..
    saya nak cari pusat penjagaan kucing tapi tak tau kat mana sebab kitaorang baru pindah ke seremban. Ade tak pusat penjagaan kucing kat seremban ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pusat perlindungan haiwan pun dah sesak sekarang. kalau betul kesian & sayang jaga lah sampai akhir hayat. hayat kucing bukan lama. Kalau takut membiak & tak mampu jaga bila banyak.. just mandulkan. Asalkan populasi dia terkawal. Dari buang & lepaskan tanggungjawab pada aktivis penyelemat haiwan.

      Delete
  16. Masalah yang saya hadapi sekarang. Saya bakal pantang di rumah ibu. Tapi rumah ibuu banyak kucing. Bila saya balik je mesti bauu serumah. Nak clearkan taktau macam mana. Ada yang sudi ambil pon takpe. Ibu pon tak larat nak jaga. Meow semua indoor. Please bantu saya. Ni no ibu 0163665454.

    ReplyDelete
  17. letak byak2 daun pandan dlm bilik dan setiap sudut rumah

    ReplyDelete
  18. Xslh kalo kiter bela kucing jalanan.. Saya sendiri bela lebih dr 20 ekor.. Siap dh beranak pinak dah.. Displinkan diaorg.. Even byk sekali pun, jaga kebersihan kucing dan diri sendiri.. Alhamdullillah.. Even bg makanan murah (itu je saya mampu), diaorg membesar dgn sihat.. Kucing2 ni boleh ilangkan stress.. Ramai yg xtau...

    ReplyDelete
  19. Bleh tanya tak Unknown, kucing u byk betul. Klau bercuti u buat mcmana dgn kucing2 ni? Stress tak bila fikir bercuti

    ReplyDelete
  20. Bleh tanya tak Unknown, kucing u byk betul. Klau bercuti u buat mcmana dgn kucing2 ni? Stress tak bila fikir bercuti

    ReplyDelete
  21. betul2..sekarang saya alami perkara yg sama.. saya nak tanya ada x sape2 nak kucing? kat rumah saya kucing ada lebih 30 ekor, tadi mak call kat pejabat cakap kami dah x bleh bela ramai kucing sebab jiran2 x suka.. sebenarnya kami baru berpindah, so bilik untuk kucing xde lagi.. memang nak buat, tapi bajet xde lagi..kami memang terpakse cari jalan nak kurangkan jumlah kucing kat rumah.. atau sape2 tahu kat mane ada tempat kebajikan utk kucing..please sape ada idea.. nak buang kat pasar memang x larrr... x sampai hati

    ReplyDelete
  22. saya ada kucing yg terpaksa di letgo...kalau ader sesiapa yg berminat..bolehtak bgtau saya 012 3625747...bukan tak sayang..tpi terpaksa..

    ReplyDelete
  23. saya ada kucing yg terpaksa di letgo...kalau ader sesiapa yg berminat..bolehtak bgtau saya 012 3625747...bukan tak sayang..tpi terpaksa..

    ReplyDelete
  24. saya mau pulang ke Indonesia..dirumah saya sekarang ada 13 ekor...(5 dewasa+8 baby)... dimana tempat yang selamat buat mereka.. please advice..

    ReplyDelete
  25. huhuhu sy suke bc entri ni. saya slalu selamatkn kucing dn cari tuan bru untk diorg. slalunye saya selamatkn anak2 kucing yg terlalu kecik dan x de ibu. saya akan jaga sampai la org contact mintak kucing tu. saya x nak bela kucing buat sementara ni. sebab saya baru nak mulakan hidup dok sorg2. bajet mmg x mncukupi. tambah plak saya selalu x de kat rumah. tapi sebab sayang pd kucing, saya cuba selamatkn mana yg boleh.

    masa dikampung dulu... rumah mmg besar, halaman pon luas. bela banyak2 pon x de hal. di bandar ni... bnyk dugaan hehehee

    ReplyDelete
  26. Assalammualaikum .. sy mempunyai 11 ekor kucing ibu dan anak dr baby ke besar .. sy tak mampu jaga sebab tggl berdua dgn ibu dan mnyewa . Kucing sy sudah d latih sntiasa mmbuang dgn pasir . Bila da besar d lepaskan pun dlm pasir jugak . So tak larat nk beli pasir memanjang . Plus sy kerja tak tentu masa .. plus kwsan rumah sy kereta memang jnis bwk tak pakai otak tp kat lutut . Jadi kat sini sy teramat lah memerlukan tempat atau sesiapa boleh beritahu atau mncadangkan sy tempat jagaan kucing yg TIDAK MEMINTA BAYARAN / rela utk menjaga dan juga sy beri makanan kucing pack besar serta sangkar mereka . Nak d bagi org kucing kampung . Bukan lah kucing persian ke pe . Takde org nak . Kalau d buang kt kedai makan tak sggup dbygkn org tendang2 dorang ni . Jadi, sesiapa yg perihatin atau boleh bantu sy nak ambil kucing sy ni boleh WHTSAPP sy dhulu di 0163022599 ..lokasi sy di KLANG , TELUK PULAI .___FATIHAH

    ReplyDelete
  27. Hak masing2.. panjang akal bijak kata guna waras akal jangan guna waras nafsu... agama islam panduan kita... ��

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!