MELAMPAU! CIKGU TASKA LAYAN BUDAK MACAM SAMSENG

1.8.13 Suria Lekatlekit 15 Comments

Dua tiga hari ni dok baca status kawan den yang dok cerita perihal cikgu taska anak dia. Anak dia yang sorang tu dah besar & pandai cakap so apa2 yang jadi kat taska dia balik la cerita kat mak dia. Sebagai seorang mak ni even dengar cerita pasal anak orang lain memang marah jugak. Bayangkan mak budak tu yang dengar sendiri dari mulut anak dia pasal kekurang ajaran cikgu taska tu??

Nak tau cerita dia jom kita baca sama2 kisah yang den dah printscreen dari wall status kawan den ni.. Kalau sakit hati den tak tanggung hokay


 Lokasi taska ni dekat area saujana impian kajang. nama taska tak dapat nak mention sebab tak dapat keizinan dari tuan empunya status.

Apamacam sakit hati tak baca. Sebab pengasuh2 taska macam ni la banyak kes baby mati tersedak susu. Paling best boleh cekak baju budak & ugut/marah sebab budak tu ngadu kat mak dia. Kalau kau rasa heroin sangat pun bukan dengan budak. Kau try pergi buat kat mak dia macam tu tengok. Kalau kau tak telan gigi bermakna nasib kau memang baik la.

Dah la tiap2 bulan bayar mahal.. Alih2 layan anak2 kita macam tu. Korang tak sakit hati ke? Soal sakit hati tu soal tak berapa besar tapi soal keselamatan anak2 yang dalam jagaan taska sepanjang mak bapak dorang kerja tu yang paling penting. Kalaupun tak cedera fizikal.. kecedearaan emosi pun jangan pandang remeh. Boleh menganggung pembesaran anak jugak tu.

Pengusaha2 & cikgu2 mahupun pengasuh2 kat taska ni korang ni hati iblis ke hati apa?? Mentang2 yang kau jaga tu anak orang boleh buat suka hati la.. Anak orang tetap manusia bukan anak patung, hokay!! Kalau dah rasa tak mampu pikul tanggungjawab better cari kerja lain. Kalau kau rasa kau brutal sangat kau pergi la jadi buruh kasar kat tapak pembinaan tu. Sesuai la dengan kau yang tak reti nak bezakan anak orang dengan dinding batu yang boleh suka2 hati kau nak buat apapun. Tak pun kau pergi la jadi security.. sesuai sangat dalam keadaan sekarang yang banyak kes jenayah, rompakkan. Kau kuat sangat kau pergi la lawan dengan penjenayah.

Orang tinggalkan kau amanah untuk kau jaga & pastikan dorang selamat & terlindung dari sebarang ancaman & bahaya tapi kalau kau dah jadi satu ancaman & bahaya pada anak2 orang macam mana?? Ingat.. Kau kerja bukan di bayar dengan peluh ketiak je tau!! Gaji kau tiap2 bulan tu jangan sampai jadi tak berkat sebab kau tak tunaikan amanah & tanggungjawab yang orang bayar kat kau. Jadi ingat yer cikgu2 taska.. Jangan ingat benda tu kecik kau boleh pejam mata. Sekali kena menangis seumur hidup. ada faham??


 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

15 comments:

  1. teruknya taska tu..dah tak payah hantar la kat taska tu.marah nie.aptb..

    ReplyDelete
  2. sedihnya ank kne layan mcm tu..baby plak tu..mujur sis tu ad ank yg pandai berckp, blh gak tahu perkembangan.kalo x,ish3..sedih nyee

    ReplyDelete
  3. salam Mummy Lala..

    Iskh.. bahaya btl dapat teacher mcm tu..
    owmner sendiri kena buka mata luas2 before anything bad happened :(

    ReplyDelete
  4. patut la byk kes baby meninggal kt taska rupanya perangai pengasuh mcm ni.

    ReplyDelete
  5. untuk jadi pengasuh kat taska, bukan ke kena ada certification...? ni tidak, yg menjaga budak2 tu, entah2 tak de knowledge... main sekap je ...

    zaman sekarang ni bukan boleh lepa sikit... sibuk melayan benda lain... FBnye.. Online bisnes lagi... main candy crush la... sambil lewa je...

    ReplyDelete
  6. nasihat pada ibu bapa... carilah taska yg mempunyai kelulusan dan tny kelulusan cikgu2 kat taska...

    ReplyDelete
  7. Udah bayar mahal, tapi pelayanannya macam tu. Siapa pula yang nggak marah.

    ReplyDelete
  8. ishhh, takut pulak nak htr anak ke taska mcm ni

    ReplyDelete
  9. maybe pekerja tu stress sbb kena handle ramai budak dlm satu masa kot.. hoi, klu ko tknk keje cmtu baik ko tkyh keje kt taska la setan !!!

    ReplyDelete
  10. Salam sis.. kalo x keberatan boleh sy tahu taska mana? Sbbnye sy br jew tgk2 taska2 kat saujana impian.. plz... x nk la plak jadi kat anak sy.. plz.. mengharap sgt nie...

    ReplyDelete
  11. kawan saya tak bagi detail nama taska tersebut kalau awak nak tahu taksa tu try cari dia kat FB & boleh tanya dia sendiri. Maybe dia boleh bagitau

    ReplyDelete
  12. Boleh saya tahu taska mana ...adakah taska amira..risaunya saya..anak tiga2 kat sana..lagi pun sorang lg tu baby..

    ReplyDelete
  13. Boleh saya tahu nama taska tersebut? Adakah taska amira? Tiga2 anak saya semua dekat sana..sakah seorangnya baby 10 bulan..risaunya saya..

    ReplyDelete
  14. maaf la saya sendiri tak tahu taska mana. kawan saya yg buat status tu tak nak dedahkan nama taska tu.

    ReplyDelete
  15. Boleh tau nama fb kwn awak? Sy check sue qaisara takde pulak. Nk tnye psl taska tu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!