BAHAYA NASI KANGKANG,BUKAN HANYA UNTUK BODOHKAN PASANGAN

7.10.13 Suria Lekatlekit 15 Comments

Nasi kangkang.. dengar pun jijik apatah lagi orang yang mengamalkannya memang sangat sangat hina kan. Bagi yang tak tahu nasi kangkang ni adalah salah satu amalan sihir yang di gunakan untuk tujuan menundukkan pasangan menggunakan makanan. Ada jugak yang guna darah haid di campurkan dalam makanan berserta dengan jami serapah tertentu. Tak paham tundukkan macam mana?? Alah.. untuk buat pasangan dorang tu ikut je apa dorang kata tanpa membantah walau sepatah. Lebih senang macam jadi bodoh jer..

Cara buat nasi kangkang. -gambar carian google-

Biasanya kita dengar Nasi kangkang ni perempuan la yang akan buat untuk lelaki supaya tunduk pada mereka. Tapi ada jugak manusia buat nasi kangkang ni untuk porak perandakan hubungan/rumahtangga orang lain dengan tujuan tertentu la. Samada dia syok kat laki perempuan tu atau dia memang dia rasa panas bontot tengok orang lain bahagia. Atau tak mustahil tujuan dia bagi seseorang makan nasi kangkang untuk merampas harta yang sipolan tu ada.

Sumber berita Sinar Harian

Bahaya nasi kangkang ni bagi sesapa saja yang terkena sebab ubat dia takde jual kat hospital2 atau klinik2. Perlu di rawati dengan rawatan altenatif. Jadi kita kena berhati2 nak makan makanan yang orang bagi lebih2 lagi orang yang mencurigakan. Kadang2 orang yang kita tak curiga pun ada niat tak baik dengan kita, inikan orang yang kita sendiri rasa pelik bila tiba2 dia bagi kita juadah. Den pernah dengar sendiri cerita dari seorang akak ibu tunggal ni.. Dia di ceraikan suaminya sebab nak kawen perempuan lain. Akak ni baik jenis lurus bendul sikit. Susah nak ada prasangka buruk kat orang lain. Katanya perempuan yang jadi bini bekas suaminya dulu pernah datang rumah dia atas hubungan adik angkat & abang angkat dengan bekas suami dia tu la. Tapi orang dah lurus bendul kan.. kata adik angkat.. maka dia percaya la adik angkat. Datang bawak makanan sekali. Orang bagi dia makan jer tak fikir dah apa orang letak & hembus kat makanan tu.. Yang tak best menurut cerita akak ni.. mak si perempuan tu juga bukan takat sokong tapi turut terlibat dalam acara menghembus (sihir) akak ni supaya dia & bekas suami dia berpisah. Akak ni kata dia sanggup di madukan tapi suaminya tetap nak ceraikan dia. Cerita ni dah lama.. tak tahu la akak ni dah kawen dengan orang lain atau masih setia tunggu bekas suami dia. Sebab masa den kenal dia.. dia masih berharap dapat bersama bekas suami dia balik.

Moral of the story kadang2 kita tak boleh terlalu bersangka baik dengan semua orang yang datang dalam hidup kita.. tak kira la takut kena mak esah (pinjam ayat kiah propa jab.. mak esah merujuk kepada di bomohkan yer..) takut jugak la dengan jenayah2 yang ada sekarang ni. Sebelum menjamah apa2 makanan.. baca la apa2 ayat al - quran yang patut dia baca. Percaya atau tak sihir memang wujud & masih di amalkan di zaman moden ni. Malah semakin moden & canggih teknologi makin advance pulak cara menyihir.. melalui facebook pun orang boleh sihir..dek non. Jadi jangan anggap amalan sihir ni kuno sebab sihir pun ikut peredaran zaman jugak tau!

Pada yang mengamalkan sihir ni bertaubatlah sebelum terlambat. Mintalah pertolongan dari Allah bukan jin & syaitan. Jangan tak tau golongan muda belia sekarang pun banyak yang suka mengamalkan sihir untuk tujuan tertentu. Jadi jangan sia2 kan hidup dengan amalan syirik & khurafat. Yakin.. segalanya datang dari Allah.. Mintalah pada Dia. Sesungguhnya Dia lebih tahu apa yang terbaik & tidak untuk hambaNya.

Sumber berita Sinar harian

p/s : Biar apapun masalah rumahtangga moga kita di jauhkan dari melakukan amalan2 khurafat & syirik ni. 

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

15 comments:

  1. nauzubillah..jauhkanlah dari perbuatan syirik tu..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..salam ziarah!!

    Jemput ziarah blog saya ;)
    http://supplementforall.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. semoga kita dilindungi oleh ALLAH...moga dijauhkan benda-benda yang kurafat ni. amin

    ReplyDelete
  4. Suria...sekarang ni dah balik cam zaman dedulu masing berlumba2 dok guna sihir.

    ReplyDelete
  5. sampai bila entah cara kurafat ni digunakan..menakutkan jer..

    ReplyDelete
  6. kak,dulu dulu la..sy pernah citer psl nasik kangkang kt blog..pastu ada org TERASA..muahahaha..nmpk tak mcm nak bocor je rahsia..hehehe..kalau btl la dia bt laki dia,smapai bila eh?

    ReplyDelete
  7. Ya Allah. simpanglah malaikat 44. geli gile bile bace psl ni kak lekit. fuh. semoga Allah ampunkan dosa mereka.

    ReplyDelete
  8. berani nya depa ni sampai nak guna sihir..tak tau ka apa balasan nya nanti..tak kan jahil sampai macam tu kot..

    ReplyDelete
  9. teruknya..
    semoga kita semua dijauhkan dari benda2 syirik ni.. :)

    ReplyDelete
  10. yela, kalau kita tau orang tu ada bad record n maybe amal ilmu sihir2 n minyak senyonyong ni, maybe dia potensi jugak boleh buat ilmu nasi kangkang ni.. kalao dia ada bagi apa kat kita, elok la kita berjaga2.. kalau dah kena kita akan ada bonding dgn dia.. pi mana, nak buat apa, mesti kita nak relate dgn dia sebab dah terkena nasi kangkang dia.. tak pon lebih teruk lagi, hidup kita boleh jadi caca merba kena ilmu guna-guna dia dengki kat kita.. nauzubillah.. hidup kita ni elok kita hati2 n berdoa kat Allah banyak2 lindungi kita n keluarga n keturunan kita daripada sihir yang macam ni..

    ReplyDelete
  11. Saya punya masaalah yg berlainan. Bekas kekasih saya diberi nasi kangkang oleh isterinya sendiri.kerana sebelum berpisah dengan saya, bekas kekasih berubah menjadi org lain. Tingkah laku yg pelik dan kami sering bertengkar hingga menjadi pergaduhan besar dan menyebabkan kami berpisah. Selepas kehilangannya saya berubat untuk cuba melupakan dia terus. Pengamal perubatan memberitahu yg bekas kekasih diberi nasi kangkang oleh isterinya. Timbul rasa simpati yg teramat sangant pada bekas kekasih. Saya hanya mampu berdoa agar dia terlepas dari sihir tersebut. Sebab saya tak tahu cara untuk mengubatinya. Dia pon teramat membenci saya. Hanya Allah saja tempat saya meminta dan berdoa. Berharap supaya isterinya insaf dan pulihkan kembali bekas kekasih saya. Walaupun saya x bersama dengannya lagi, doa saya supaya dia di jauhkan segala mara bahaya dan cepat sedar dan segera berubat.Adakah cara untuk menyedarkan dia dan menyuruhnya berubat.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!