BUDAK DARJAH 2 DAN 4 TENGOK PORNO DI KOMPUTER SEKOLAH DAN ROMEN BUDAK 7 TAHUN

10/03/2013 11:10:00 AM suria lekatlekit 9 Comments

Macam mana la sekolah tu tak menyekat laman pornografi dari boleh di akses melalui komputer di sekolah?? Apakah pihak sekolah rasa budak sekecil tu tak pandai tengok pornografi melalui internet. Aduhai cikgu cikgi.. Zaman serba maju & laju ni dah takde apa yang mustahil kot.

Pagi2 lagi dah terbaca kat blog Sozcyili pasal budak lelaki dua beradik sorang darjah 4 & sorang lagi darjah 2 tengok filem lucah kat komputer sekolah. Mungkin teransang & nak cuba buat apa yang depa tengok tu maka depa pun ajak la sorang member budak pompuan umur 7 tahun datang rumah depa kononnya nak tolong buat kerja sekolah. Alih2.. depa kerjakan budak kecik tu.

Gambar takde kena mengena dengan cerita. sekadar hiasan. -sumber google-

Bayangkan baru besar tu dah pandai tengok porno & romen anak orang... Kalau besar sikit lagi entah apa dia buat. Makin mantap la kot skill nak rogol anak orang. Yang paling aku rasa tak boleh terima.. macam mana komputer sekolah boleh akses laman web lucah ni?? Macam mana pihak sekolah tak terfikir nak block semua laman web lucah di komputer sekolah?? Macam mana dorang boleh terlupa benda2 macam ni??

Yelah.. orang kata lagi tak terhantuk selagi tu tak rasa sakit. Ni dah jadi moga semua sekolah kat Malaysia ni tak kira sekolah tadika sekalipun kalau ada computer & akses internet tu sila la block laman2 web yang tak sepatutnya di tonton di sekolah. Jangan fikir budak kecik tak reti.. ni bukan budak kecik zaman 90an kebawah.. ni budak2 zaman 2000an keatas, hokay!

Apapun semoga anak2 kita di jauhkan dari terjebak dengan gejala2 negatif macam ni.. Amin

Sumber berita dari Sozcyili

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

9 comments:

  1. Bukan semua cikgu2 tu pandai pasal nak block-memblock ni. Guna je apa yg di terima...

    Menakutkan dengarnya Suria...

    Kita ni ada anak pompuan ada jugak anak lelaki sama je susahnya nak jaga tu...

    ReplyDelete
  2. dalam semua cikgu2 takkan takde sorang terfikir nak minta mereka yg pakar utk block2 web lucah ni?? tu yg pelik sampai takde sorang pun terfikir nak buat. Memang menakutkan.. zaman sekarang anak lelaki ke perempuan ke sama2 susah dah nak jaga

    ReplyDelete
  3. makin bahaya kecanggihan teknologi sekarang ni.

    ReplyDelete
  4. makin susah nk jaga budak2 skarang.

    ReplyDelete
  5. Bahayanyaa. Bkn anak remaja je kena risau, ank sek rendah pun perlu kita risaukan. Susah jg keselamatan ank perempuan ni

    ReplyDelete
  6. isk3...budak2 skng ni.. makin jadi2 pulak...

    ReplyDelete
  7. betul tu..
    ada orang yang jaga anak dia nak buat macam mak2 dulu kala jaga anak..zaman sekarang bukan macam dulu lagi..dulu kita boleh lepas anak berjalan satu kampung..
    zaman ni kita kena ikat anak..tapi ikat jangan ketat..

    Macam cikgu cikgi tu la..apa dia ingt budak2 sekarang macam zaman dia dulu ke..yang jenis satu komputer kongsi 4 orang tu..
    zaman dah berubah la cikgu..

    ReplyDelete
  8. Dunia semakin hampir ke penghujung..

    ReplyDelete
  9. Salam persaudaraan. Saya adalah salah seorang guru yang memantau penggunaan internet dan komputer di sekolah. Saudara-saudari yang dikasihi. Sebenarnya rangkaian internet yang disediakan di sekolah tidak boleh mengakses laman web lucah dan laman web lain yang dikatogerikan tidak selamat untuk dilayari dengan cara yang normal kecuali pelajar memiliki sedikit ilmu mengenainya yang sudah tentu tidak diajarkan di sekolah. Sila selidik dahulu, masalah seks dalam kalangan kanak-kanak mungkin berpunca dari rumah kerana terdapat ibu-bapa atau penjaga memiliki video lucah atau melakukan hubungan kelamin sehingga mampu diperhatikan oleh anak mereka secara tidak sengaja. Akses internet di rumah pula adalah lebih terbuka berbanding di sekolah di mana tiada sekatan keselamatan disediakan. Di sekolah, laman web yang tidak bermoral akan disekat secara automatik seterusnya akan terpapar bahawa laman web tersebut disekat. Di samping itu, ip sekolah pula akan direkodkan kerana melayari laman yang berkaitan - (berdasarkan taklimat yang pernah dihadiri). Moralnya di sini, jangan mudah menyalahkan pihak sekolah terutama guru-guru di atas segala permasalahan yang berlaku. Jika masih belum berpuashati dengan penjelasan ini, sila buat surat untuk menggunakan kemudahan internet di sekolah yang berdekatan untuk memastikan kebenaran dakwaan saudara-saudari. sekian.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com