GADGET JENAMA SAMSUNG MEROSAKKAN ISLAM?

10/20/2013 01:38:00 PM suria lekatlekit 19 Comments

Ok.. sesapa yang pakai smartphone/android/tab bagai berjenama samsung sila campak beramai ramai dalam sungai ke laut ke atau tanam dalam tanah kalau taknak akidah korang rosak di sebabkan semua tu.

Amboi sang lekit ni berani2 buat statement camtu. Kau nak kena saman dengan samsung?? Itu cuma sindir2 manja buat golongan yang suka mengadakan isu yang sebenarnya tak patut pun di perbesarkan. Isu apa??.. Ni nak cerita. Baca elok2 dengan hati yang terbuka bukan dengan hati yang terluka, hokay.

ni la image anjing yang kononnya merosakkan Islam
Alkisahnya.. baru2 muncul tips untuk mengesan samada telefon jenama samsung yang kita pakai original atau tak dengan menaip satu code ni. Kalau dah taip code tu & ikut arahan tertentu finaly kita akan jumpa 1 gambar anak anjing kaki pendek. Kalau muncul gambar anak anjing tu bermakna original samsung & kalau bukan bermakna tak original la. Maka berpusu2 la orang test kat handphone dorang. Bila dah ramai buat tu maka ada la setaz setazah online mungkin mula dapat idea nak cetuskan kontroversi lalu membuat spekulasi bahawa Samsung salah satu agenda Yahudi merosakkan Islam sebab menyembunyikan Imej anjing dalam telefon mereka selama ni tanpa kita sedari.

Sesungguhnya ia sangat lawak bagi aku. Nak tau kenapa lawak?? Sebab dimana logiknya spekulasi bahawa imej anjing yang tersembunyi dalam handphone samsung original tu mampu merosakkan Islam? Takkan hanya tengok gambar anjing tu jadi terpesong akidah kita? Dalam hidup kita hari2 pun kita memang nak tak nak akan tertengok anjing kat mana2 saja. Tak kat tv majalah surat khabar.. kat jalanan & merata rata apsal tak pernah pun timbul isu tengok anjing boleh rosak iman, rosak akidah atau rosak Islam??

Status ni mula di sebarkan (ayat pun macam budak2)

Ke sebab imej anjing yang tersembunyi dalam handphone kita tu membuatkan kita sentiasa di dalam keadaan bernajis & kena samak? Hello... pegang anjing waktu dia kering pun tak perlu samak.. ini pulak sekadar tengok gambar. Lagipun gambar tu bukan terpampang macam wallpaper.. gambar tu tersembunyi & perlukan code untuk membuka. Ke nak kata haram menyimpan gambar anjing dalam handphone? Argh.. pening tau fikir. Apa yang merosakkan Islam macam yang cuba di sebarkan. Bila den tanya.. bukan sipolan yang menyebar tu nak jawab terus block & remove padahal tanya dengan baik je. So, sapa2 ada penjelasan mohon jelaskan kat den mungkin den salah penilaian ke.

Sebahagian perbincangan kat FB den

Apapun kat Malaysia ni ni den tengok kebanyakkan Melayu Muslim ni terlebih sensitif kot pasal isu anjing sedangkan anjing ni bukan haiwan hina walau dia haram di sentuh dalam keadaan tertentu & kita orang Islam tak boleh membela kalau takde kepentingan tertentu tapi bukan bila apa je berkaitan anjing tu semuanya merosakkan akidah. Anjing pun makhluk ciptaan Allah..  Dalam isu ni  bagi den la.. setakat gambar tersembunyi tu yang kalau kita nak tengok kena bukan dengan code bagai rasanya tak gugat kot keimanan seseorang. Lebih tergugat Iman kalau korang simpan gambar pakwe/makwe korang dalam handphone & dok tengok selalu berbanding tengok gambar anjing tu. Lagipun selera ke korang nak tengok gambar anjing tu sampai menaikkan nafsu syahwat atau sampai nak murtad supaya korang boleh pegang & bela anjing sebagai pets?? Takde sampai macam tu kan?? Jadi dimana relevannya bila ada yang kata Imej anjing yang tersembunyi dalam handphone samsung agenda Yahudi nak merosakkan Islam?? Bukan sokong yahudi.. tapi nak ajak korang berfikir sikit.

Moral of the story terutama adik2 ni kalau nak share tu ambil masa study skit apa benda nak share. Zaman sekarang apa yang kita baca seimbas lalu tu kadang2 dengar je macam betul tapi bila baca dua kali boleh jadi kita nampak yang tak betulnya

P/S : Yang terang & nyata agenda kafir nak rosakkan Islam salah satu arak. Tapi tak ramai yang pandang benda tu serius pun.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

19 comments:

  1. Sama macam kes babi dengan rasuah.. macam2..

    ReplyDelete
  2. Hahahaha dh tu pakai iphone bukan yahudi buat jugak ke.choiiii

    ReplyDelete
  3. saya bukan pakar agama...hehe
    tak berani komen

    ReplyDelete
  4. rasanya tak perlu sampai jadi pakar kot.. sebab pelik sgt apa yg di sebarkan. secara logiknya pun kita blh fikir. kalau x sure try amik gambar anjing & tgk.. rasa tergugat tak Iman? kalau takde apa2 maknanya takde apa2 la setakat gambar anjing tu

    ReplyDelete
  5. jujur.. saya pun dah keliru.. tapi klo fikir balik, teringat ada ustaz ni kata, pasal tak boleh pakai ringtone yg ada ayat al-quran melainkan, selepas habis ayat itu dibacakan bru boleh jawab. sebab xnk jd lain maksud bacaan tu sendiri. bahkan nk g toilet dgn ringtone tu pun xdigalakkan..
    isu anak anjing ni, bukan ke mcm hadis yg menyatakan bahawa malaikat tak akan masuk ke rumah manuaia yg ada gambar anjing, arak ..... (saya pun xingat apa lg ayatnya)..jd, saya nk mnx sesiapa yg lebih arif dalam agama , terangkan apa hukumya? meskipun kitta tak menyentuh anjing tu..maaf ye.

    ReplyDelete
  6. masalahnya gambar anjing tu tersembunyi & perlu code tertentu utk paparkan dia. bukan macam gambar yg kita buat wall paper @ frame kan. Tp better la kita tanya yg lebih arif kan..macam gambar anjing dalam paper yg kita beli simpan dalam rumah? macam mana pulak hukumnya.. lebih krg gitu la. tu yg jd pelik tu kalau ckp merosakkan umat Islam..

    ReplyDelete
  7. betul jugak. tapi kalau rumah xpe, klo masjid..?? takut jugak saya... almaklumlah, dosa pahala, takde sape tahu.., jd tak salah klo mencegah.. dunia zaman sekarang, mcm2 cara yg boleh buat kita terpesong. silap sikit je, habis lah..

    ReplyDelete
  8. Anjing ni bukan haiwan hina sangat.. isu gambar tersembunyi tu rasanya tak merosakkan akidah ataupun iman kita kot. isu bawak masuk hp samsung yg ada gambar anjing yg tersembunyi & org x blh nampak secara terang2an tu tak sure la. tak berani la nak mengustazahkan diri sangat. tp tak perlu kita nak mengkontroversikan isu yang sebenarnya tak perlu jadi isu pun.klau rasa was was tak payah bawak hp tu dalam masjid.

    ReplyDelete
  9. setuju2 , kadang orang kita ni belum apa - apa dah melenting seperti tak boleh nak bezakan antara yang zahir dan batil.

    ReplyDelete
  10. Macam2 pandangan yang dilontarkan. Setiap orang ada pendapat masing2. Memang tak tahu pun sebelum ni tentang gambar terselindung tu. Sekadar pengetahuan yang boleh dikongsi bersama rakan2.

    ReplyDelete
  11. aku rasa isu ni ad rasionalnya jugak..sbb image ank anjing menunjukkan bahawa kita hanya mmemakai produk hasil dri org kafir..tu je..xdela smpai bleh rosak akidah..(pndpt aku jela)

    ReplyDelete
  12. isu ni xde kena-mengena dgn rosaknya akidah kita..cuma rasa geram la pasal beli mahal2.. pastu test image kluar gmbo tu plak..mesti rasa jijik..semua org pham..

    ReplyDelete
  13. Jay Cools.. betul la apa awak cakap tp tak perlu sampai mengelirukan org dgn status kononnya Imej anjing tu blh merosakkan akidah umat Islam..

    ReplyDelete
  14. iskk.. Jay Cool anjing pun makhluk Allah & kisahnya pun ada tercatat dalam Al Quran tak perlu rasa jijik melampau2. Pasal Imej tu.. tersembunyi bukan terpapar. Bukan kita sengaja letakkan Imej tu.. tp pengeluar produk tu sebab dorang takde batasan dengan anjing. tak perlu kot kita perbesahkan isu kecil ni melainkan tetiba taip code tu keluar penghinaan pada Islam.. maybe blh jadi isu besar. Kalau pasal gambar anjing rasanya.. kat tv paper majalah bagai pun ada keluar gambar anjing & ada di antaranya kita simpan dalam rumah naskah2 tu. takde pulak rasanya bila org baca paper/majalah tgk ada gambar anjing terus gunting & buang. kat situ kita tak sensitif pulak.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Dalam islam anjing tak hina pun kita dilarang sentuh dia time basah je time kering boleh disentuh lagi satu pasal gambar tu gambar manusia yg diharam kan jdi guna akal bila bercakap -.-

    ReplyDelete
  17. Bila manusia guna kepala lutut time berfikir jdi la cam abby abadi yg banggang nya tahap abadi keluar kan hadis yg kata anjing tu dosa aku nak tgk .... Tak ada ulama pun masih pertikai hukum anjing ni kalau rosak akidah asal dalam islam kita dibenarkan bela anjing waktu memburu dan utk menjaga kebun ?? Dan asal ada kisah seorang pelacur masuk syurga gara2 bagi anjing minum air ckp biar la guna otak bodoh nya manusia

    ReplyDelete
  18. salam ini satu kemusykilan kononnyer ada gambar anjing yg tersembunyi dlm samsung ( br dpt tahu)tp mcm mn nk dikira klau dlm tablet samsung tue diinstall ayat-ayat al-quran? mohon penjelasan bagi yg arif

    ReplyDelete
  19. dia patutnya letak la gambar khinzir lagi comey

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com