JOM BACA ENTRI LUCAH KAT BLOG NI RAMAI RAMAI

10/17/2013 12:45:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Sapa nak baca entri lucah mai sini cepat2! Sapa baca tajuk jer confirm rugi sebab tak boleh baca & tengok benda2 lucah yang terdapat dalam blog melekit ni. Yang kaki2 porno tu harus clik lelaju sebab blog ni memang sedang berusaha menyumbang cerita2 lucah.. kalau boleh video lucah pun nak attach sekali bagi gempak sikit. Biar dapat traffic juta2... Ha.. tudia! Kali ni baru puas hati kalau nak kena sembur tak usul periksa pun. Apa kes ni sang lekatlekit?? Ni nak cerita la kes dia...

Ini adalah kejadian pertama sejak 4 tahun den berblog. Sesungguhnya sepanjang den berblog tak pernah terfikir pun nak buat entri lucah ataupun ada unsur lucah tak kira dari susunan ayat, bahasa ataupun perkataan. Tapi bila ada manusia yang suka menilai dari tajuk entri jer.. maka terjadilah perkara ni.

Perkara apa?? Perkara di mana satu entri di blog den yang den ping kan di salah satu group kat Facebook telah di reported sebagai entri lucah. Terkejut jugak la.. sebelum den di beritahu entri den kena reported macam tu ada la sebelum tu sorang minah ni budget suci murni sangat sound den kat salah satu group blogger kat FB.. katanya den menyebar fitnah sedang dia tak baca pun entri tu. Daku pun tak berapa paham fitnah apa yang di maksudkan. Yelah fitnah bermaksud cerita yang tak wujud tapi di reka2 untuk menjatuhkan seseorang tapi entri tu just kisah yang di ambil dari akhbar sekadar untuk di ulas di blog melekit. Takde pulak den attach nama penuh atau muka orang tu kat blog. Tak sentuh pun maklumat peribadi cuma yang den tulis dalam entri tu pandangan den terhadap isu tu & kesan untuk budak2 di masa depan. Fitnah ke kalau camtu? Korang nak tahu isi kandungan entri baca & nilai sendiri kat SINI


Bila di luahkan kat FB ada jugak yang kata tajuk entri tu menyumbang pulak pada orang untuk mencari benda2 yang tak senonoh sebab katanya dia pun bila baca tajuk entri tu terus search video yang berkenaan. Kalau otak kau dah otak blue jangan salahkan orang & jangan nak cari salah orang sangat la kan.. Dah bangka pun nak kata orang pengaruh dia buat benda2 jahat awat akai takdak ka nak pikiaq. Jangan jadi macam lagu bangau oh bangau sangat la. Semua silap nak letak atas bahu orang. Nak2 lagi video tu memang kau google pun takkan dapat. Mungkin tersebar di kalangan orang2 terdekat je kot.



Ye betul! kritikan daripada orang yang hanya baca tajuk hanya sampah semata mata, hokay!

Kalau betul la tajuk entri Bila video seks ustazah tersebar mampu memberi impak negatif pada orang yang hanya baca tajuk jer betapa berpengaruhnya la den kan?? Kalau den nak bagi gempak tak payah letak perkataan BILA tu.. sebab bila tu bermaksud kesan bila benda tu tersebar. Bila tersebar.. maka ada kesan negatif kat situ. Kalau nak traffic juta2 lemon baik den letak je tajuk VIDEO SEKS USTAZAH. Kan lagi gempak, betul tak??

Di pendekkan cerita la.. jangan menghukum sebelum selidik apa benda yang kita nak jatuhkan hukum tu. Hanya baca tajuk terus judge benda tu fitnah.. benda tu lucah.. benda tu tak senonoh.. tu bukan perangai orang yang cerdik kot. Kalau manusia boleh scan semua cerita hanya dengan baca tajuk.. maka kita dulu sekolah tak payah hafal nota. Baca tajuk pun dah cukup la. Kalau nak kondem ke komen ke kutuk ke keji ke hapa ambil la sikit masa baca dulu. Bukan apa takut apa yang kau kata tu kena kat batang hidung kau balik. Yelah kau tuduh orang sebar fitnah dalam pada masa yang sama kau yang menfitnah orang yang kau tuduh tu. Sendiri mau ingat la kan..

Pada yang baik hati report entri den sebagai entri lucah tu terima kasih la. Hanya Allah je mampu membalas jasa kau tu. Siapalah den nak membalas segala apa yang kau buat pada den tanpa usul periksa.

P/S : Bila den nak leave group tu tetiba je kena sound nak jadi blogger kena kental. ni bukan soal kental ke kenyal.. ni soal menjaga hak sendiri dari di sabotaj orang lain. dah tau ahli group tu jenis yang suka hukum orang tak tentu pasal harus la clik leave kan?? Nak tadah kepala suruh orang pijak lagi buat apa. Banyak lagi group blogger kat FB tu tak payah gigih sangat la pada group yang ada ahli yg suka khianat orang tu.

P/S : Pada yang beranggapan tajuk entri tu boleh mempegaruhi orang untuk melakukan perkara negatif dengan hanya baca tajuk & anggap kebanyakkan orang hanya baca tajuk entri je.. untuk pengetahuan korang entri tu dah cecah dekat 2k++ views.. yang berbunyi sumbang umpama langau yang mempertikaikan tajuk entri tu cuma sorang dua je, hokay! Jadi kesimpulannya orang bila baca tajuk entri yang hot kebanyakkan akan clik link ke blog tu untuk membaca kisahnya.. sekerat dua jer yang baca tajuk terus buat judgement. Setakat ni orang yang baca entri tu takde la kata entri tu ada unsur fitnah atau menyebarkan perkara lucah.

P/S : Apapun terima kasih kepada yang memberi pandangan tak kira la cuma baca tajuk atau baca keseluruhan cerita tu. Dan terima kasih juga pada yang bagi info pasal reported tu.

p/s : Entri ni berkisah kejadian sebelum raya aidiladha. Nak post hari raya macam tak best pulak. Boleh spoil mood raya jadi draft dulu ler..

10 comments:

  1. takde sape ke yang report pasal nie...xnak la anak-anak kita dok join group nie pulak

    ReplyDelete
  2. takde salah pun join group tu sebab group blogger jer.. point dia bkn pasal group tu Kisah Si Diary.. cecuba baca entri tu dulu.. kekekekeke

    ReplyDelete
  3. amboi..siap report lagi..dah kenapa la manusia busuk hati nih..ada bnyak lagi post dari blogger lain yang mengajak buat maksiat..awat depa tak report..tu ..blogger yang dok post pasal filem2 gengster dan filem2 melayu yang dok peluk pegang bini orang tu pun patutnya di report..saja dengki kat orang la..

    ReplyDelete
  4. tak sangka macam2 hal betul. :) haihh..

    ReplyDelete
  5. Owh jd isi hangat rupanya entri aritu tu

    ReplyDelete
  6. boleh plak jadi isu hot yer...sabo jerlah yer...

    ReplyDelete
  7. sabar cik lekit.
    fitrah manusia memang suka judge the book by its cover.
    kalau macam saya, curious!
    memang baca sampai habis

    biarlah orang buat camtu,
    yang penting cik lekit tetap ada follower tersendiri

    jujur saya suka baca ulasan cik lekit =)
    bukan cam orang lain copy bulat2
    keep up yer
    confirm saya selalu terjah

    ReplyDelete
  8. dah baca dah entri tu tempoh hari..tapi tak tau plak sampai jd kecoh macam ni

    ReplyDelete
  9. kecoh tak kecoh mana pun cuma yelah rasa tak puas hati pulak bila orang suka2 reported post kita tanpa usul periksa.. yg kecoh tu sorang dua jer.. tp harus jugak berucap sepatah dua kata tu manusia2 camtu. :D

    ReplyDelete
  10. hal-2 mcm ni ada juga trjadi..kekadang bukannya nak usul periksa dlu main terjah je :) pastu malukan diri sndiri..sabar ye

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com