LEMBAGA PENAPISAN FILEM MALAYSIA BOLEH KLASIFIKASI FILEM ATAS DASAR SIMPATI KE?

10/10/2013 01:52:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Bukanlah gila traffic kat blog mahupun kejar rating. Memang dah control tak nak tulis isu ni.. tup2 terkeluar jugak 1 entri yang berkaitan dengan Sipolan tu. Lepas tu berikrar jugak dalam hati, cukup la 1 entri tu tup tup hari ni hati tergedik gedik jugak nak tulis berkaitan isu tu lagi. Aduhai hati.. kau kalau tak puas hati mesti kau paksa juga jari jari menaip entri yer... hahahahaha

Isu apa tu cheq?? Alahai pasal kontroversi filem KL gangster la apa lagi. Mula2 kontroversi pengarah dia merajuk nak bersara dari mengarah filem sebab filem dia di curi dengan kejam & di sebarkan kat internet tanpa perikemanusian sebelum tayangan di pawagam. Lepas isu tu dia sentap pulak dengan sorang retis yang compare dengan filem dia yang dapat klasifikasi PG13 sedangkan filem dia filem aksi yang penuh keganasan & aktiviti yang tak bermoral. Boleh rujuk entri ni Pengarah Filem Gangster Mudah Sentap.

Hari bapak dia pula keluar statement.. Pasal klasifikasi filem KL Gangster 2 yang dapat PG13 tu kerana dorang buat rayuan kat Lembaga Penapisan Filem & atas dasar kesian sebab filem tu kena sabotaj maka LPF pun bagi la kelonggaran dengan mengklasifikasikan filem tu sebagai PG13.

Aku nak pertikai jugak la LPF ni bukan pertikai Filem KL Gangster 2 yer.. Kalau klasifikasi filem boleh di buat atas belas kasihan mana kewibawaan badan tersebut? Ketelusan dorang mengklasifikasikan filem? Klasifikasi boleh pulak berubah bila buat rayuan. Bila buat rayuan.. aksi & babak2 ganas tu jadi lemah lembut ke? Atau semua babak2 yang tak patut ada dalam filem yang di klasifikasi PG13 harus di potong? Boleh pulak di beri keistimewaan bila filem kena cetak rompak awal sebelum tayangan. Aduhai.. nampak sangat LPF ni satu badan yang menapis filem atas dasar belas kasihan bukan dasar garis panduan yang di tetapkan. Rasa nak gelak pun ada.. nak menangis pun ada. Demi keuntungan dah tak ambil peduli kesan dari pengaruh filem tersebut. Kalau nak kesian banyak filem yang mengharap simpati LPF ni.. sanggup ke mereka beri simpati itu pada semua filem yang harap belas kesian mereka?? Sanggup tak sanggup tak pe sangat.. masalahnya boleh ke buat supaya LPF tak nampak berat sebelah seperti yang Sharifah Amani cakap? Takkan boleh kan?? Kalau tak boleh buat la apa yang sepatutnya jangan buat apa yang tak patut buat dengan alasan kesian. Orang dengar pun berbulu jugak telinga, kan?? (Boleh Rujuk Beautifulnara berkaitan isu LPF ni)- berbulu telinga mengalahkan aku orang2 filem pulak kan?? kekekekeke takdelah bila bicara soal keadilan, maka kat situ nampak tak berapa nak adil la. Kalau nak kurangkan Klasifikasi jugak babak2 yang tak sepatutnya pun kena kurang jugak la kan...

10 orang penerbit yang memberi sokongan dengan mengeluarkan budget untuk 5 ribu tiket filem KL gangster 2 untuk di beri percuma kepada penonton bertuah

Tu satu benda.. Ni yang satu benda ni lawak sikit la. 10 orang penerbit bergabung membantu filem KL Gangster yang di sabotaj walau filem tu tak rugi mana sangat pun. Prihatinnya mereka kan?? Sanggup sponsor 5 ribu tiket untuk penonton bertuah sebagai tanda sokongan pada filem yang di sabotaj tu. Tu la kan.. bila orang ada nama... ada kedudukkan.. rugi sikit pun ramai yang sudi hulur tangan ringankan beban. Kang ada pulak cakap.. Rm4 juta budget filem tu bukan sikit.. tapi setakat ni tak nampak pun  nak rugi sampai tak balik modal. Kalau betul nak bantu mereka yang terlibat dalam industri seni tempatan ni rasanya ramai lagi artis yang perlukan bantuan kewangan. Nak kata Ahli keluarga mereka bankrup dengan sabotaj 1 filem tu tak nampak pun kebankrupan yang bakal berlaku. ramai orang pertikaikan benda ni sebab mungkin ramai yang rasa duit tu adalah lebih baik di salurkan pada mereka2 yang lebih berhak & layak dengan kesusahan hidup yang mereka hadapi.

Sumber Sinar Harian

Banyak betul cerita sedih & lawak dengan kontroversi filem ni. Kerana KL Gangster 2.. benda yang tak perlu di buat & benda yang tak sepatutnya buat di jadikan alasan untuk buat.




antara komen komen tentang isu 10 penerbit bergabung tolong filem KL Gangster 2


P/S : Si pengarah tu sampai bila gamaknya nak guna mulut bapak jer.. Sudah2 la tu. Filem ko dah dapat simpati & sokongan ramai pihak. Bawak2 lari diri keluar terima kenyataan sikit. Lagi bapak ko dok jadi jurucakap kau selagi tu kau menjadi bahan ejek orang. Tunjukkan kelakian kau sikit.



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

4 comments:

  1. Allah nak tunjuk pada pengarah tu sebenarnya..tapi malangnya dapat simpati pulak...pelik diorang nie

    ReplyDelete
  2. bersama sama kita bagi anak yusof haslam ni kaya raya...

    ReplyDelete
  3. kalau dah berduit...semua diorg blh beli

    ReplyDelete
  4. mcm-2 ragam la dorang ni..ish3 salam singgah

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com