PENGARAH FILEM GANGSTER YANG MUDAH SENTAP

9.10.13 Suria Lekatlekit 11 Comments

Tajuk pun orang dah tahu siapa pengarah filem gangster tu kan?? Sapa tak kenal anak datuk sorang ni. Bapak dia pun penggiat filem yang mampu raih juta2 lemon jugak. Sekarang anak dia pulak mewarisi bakat bapak dia yang mampu buat filem juta2 punya.

Sapapun dia.. Tak payah sebut2 nama kot. Kita berbalik pada cerita yang nak di ceritakanlah. Mula2 si pengarah juga seorang pelakon ni sentap sampai merajuk tak nak jumpa sapa2 bila filem dia dapat tayangan free awal kat internet sebelum di tayangkan kat pawagam. Senang cakap orang curi filem dia tu sebar kat internet maka merajuk la sipolan itu sampai nak berhenti buat/arah filem kerana terlalu kecewa filem dia kena cilok. Tapi bila sampai waktu di tayangkan di pawagam.. Jualan tiket takde la rugi sangat.. Walau tak mencapai target tapi tetap kutipan cecah juta2 jugak. Muka ada senyum la kot kan...

Lepas dah merajuk filem kena curi tu.. Tup tup muncul pulak satu cerita yang dia sentap dengan sorang retis di twitter. Ceritanya si retis anak dara ni meluahkan perasaan tak puas hati kat Lembaga penapisan filem yang katanya tidak adil dalam mengklasifikasikan filem. Katanya filem yang di berlakon tu unsur2 ganas tu tak seberapa tapi di klasifikasikan PG18 tapi filem gangster pengarah anak datuk ni dah sah2 penuh dengan aksi2 ganas & bahasa2 kasar tapi dapat PG13. Dah sentap pulak pengarah anak datuk ni seolah2 si retis tu mempertikaikan filem dia. Si retis tu pertikaikan penapisan filem je kot walau dia buat perbandingan dengan filem pengarah tu tapi apa yang den baca tak nampak unsur dia mempertikaikan kerja pengarah tu pun. Dia pertikaikan kerja orang2 yang menapis filem je.

Tweet dari retis anak dara.maybe sebab dia tiru bahasa gangster tu buat pengarah tu terasa bagai di sindir kot -sumber Rotikaya-

Dah report mak retis tu bagai dengan hastag kepada ibu si retis tu. Alahai pengarah itu.. Kenapalah dikau ni cepat sangat sentap yer?? Manjanya anak datuk ini. Tak boleh tercuit sikit. Pada si pengarah itu.. Umur pun dah melepasi angka kanak kanak mahupun remaja. Dah dewasa kot jadi kurang2kan la kesentapan itu. Cuba berfikir terbuka sikit. Gangster kan sikit hati mu itu.. jangan sikit2 nak sentap tak tentu pasal. Semoga kita semua kawal kesentapan kita agar hari kita tak di selebungi stressssssssssssssss....

Tweet dari retis teruna -sumber Rotikaya-

Explanation dari retis anak dara atas salah faham yang berlaku. Nak baca lebih banyak tweet depa ni pi tengok kat Rotikaya @ mana2 la blog retis. Atau google je melambak keluar isu ni

P/s : Apapun den setuju dengan amani penapisan filem nampak berat sebelah. Bukan soal suka @ tak suka filem syamsul tapi dah terang2 filem tu penuh babak & aksi2 ganas yang tak sepatutnya dapaty PG13.

P/S : Semalam sentap jugak bila ada sorang memberi kata den ni blogger lalang yang suka ikut apa orang kata semata mata nak publisiti di blog.(sebab isu kenaikan harga barang je pun.Memang la den tak sokong kenaikkan harga barang.Takkan sebab tak sokong benda2 camtu di kategorikan blogger lalang yang nak meraih publisiti untuk populariti blog kot). Publisiti apa la sangat blog melekit ni dapat dari dulu takdenya hot & spicy sangat pun. Kalau orang yang mengikuti blog den ni dari dulu maka tahulah mereka samada blog melekit ni lalang ke tidak. Tapi itu cerita sentap semalam.. hari ni takde dah sentap mentap ni. Biarpun semalam dia buat daku sentap tapi hari ni dia tetap kawan aku macam biasa. Peace!

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

11 comments:

  1. mmg kasar sket bahasa amani tu, tapi dia mmg style gitu so ada pulak yg salah paham.macam2 dunia artis ni

    ReplyDelete
  2. kalau soal bahasa tu memang la tak sedap sangat la baca tp kalau point dia tu setuju jugak la kan?? macam mana filem gangster macam tu blh dpt PG13? Kita boleh katakan.. bahasa amani pengaruh filem jugak ke??? kekekekekeke

    ReplyDelete
  3. Laaa... ape la sengal sgt anak datuk tu... sakit pulak ati kite membacanya... takde pun amani kutuk atau pertikai film ko pun... dah tu ko nak sentap smpai tag mak budak tu dah knape? Adehhh...

    ReplyDelete
  4. saya setujulah dia kata...memang penapisan dekat msia berat sebelah.
    bila tengok cerita tu pun memang
    tak sesuai untuk tontonan keluarga

    tak tahulah kot "terlepas pandang"
    cam contoh lagu pun, terang-terang lagu sebut pasal seks ke benda yang tak elok, lepas!
    tapi kalau ank tempatan, guna bahasa pasar pun kena ban!

    p/s - lama tak dengar cerita pasal lala. hopefully di sht =)

    ReplyDelete
  5. yana yani.. alhamdulillah lala sihat jer. saja je tak up cerita dia kat blog. Nanti kalau ada yg best2 pasal lala kita share yer

    ReplyDelete
  6. bhasa mmg kasar pn..tp ade point..hehehe..

    ReplyDelete
  7. betul2..
    nampak sangt anak manja..heheh..

    kalau tak betul buat apa nak sentap..kan??

    ReplyDelete
  8. Donia...donia...

    Anak Dato, kaya ada pengaruh so tepuk dada tanya selera kenapa jadi cenggitu tp tak tanya pun kita taw dah kots...

    ReplyDelete
  9. sy keje kat RTM and dulu ada gak g FiNAS.kalau nmpk hubungan Finas n yusof haslam agak rapat.so no wonder lah kalau ada isu berat sebelah ni kak.hehehe

    ReplyDelete
  10. Budaya double-standard kat Malaysia ni memang dari dulu sampai sekarang tak habis-habis lagi. Macam ada two-set of rules. Kalau lu kamcing dengan gua, gua layan lu baik-baik, kalau tak kamcing, lu boleh blah. Paling ketara masa zaman sekolah dulu, pemilihan pemain bolasepak untuk wakil negeri. Dunia filem pun lebih kurang sama layanan yang diterima.

    Soal 'macam lalang' tu, saya rasa pendirian harga barang tu memang sepatutnya rakyat macam kita akan kompelin. Kalau yang tak kompelin tu, mungkin mereka dari keluarga yang kaya 7 keturunan makan tak habis kot.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *