BUDAK 12 TAHUN TU DI KAWEN KAN SEBAB DI PERKOSA

29.11.13 Suria Lekatlekit 9 Comments

Terkejut baca news ni kat Astro Awani Online tadi. Sebabnya sebelum ni bapa si budak perempuan tu pernah keluarkan statement.. dia terpaksa kahwinkan anak dia sebab anak dia tak nak balik rumah & menginap di rumah budak lelaki (bekas menantu) dia tu jadi untuk elakkan perkara buruk dia kahwinkan anak dia dalam usia semuda 12 tahun tu.

Tup tup lepas keluar berita kes penceraian budak2 tu dengan talak 3.. keluar pulak statement anak dia pernah kena rogol dengan bekas menantu & 2 lagi kawan budak laki tu sebelum depa kawen & atas sebab tu lah mereka di kahwinkan.

Yang si laki bagi alasan ceraikan bini dia sebab ada hubungan sulit dengan lelaki lain.. Yang si bini pulak kata dia kena dera secara fizikal sampai tak beri makan. Bapak budak ni pun kata keluarga mertua tak suka kat anak dia. Aduhai.. setelah bercerai semua tembelang pecah.. tapi tak tahu sejauh mana kebenaran kenyataan dari sebelah pihak. Tapi jika berlaku penganiayaan macam tu memang tak patut la. Kalau betul apa yang bapak budak perempuan tu cerita.. memang keluarga sebelah lelaki tu agak teruk. Yelah.. masa nak selamatkan anak depa.. pandai datang merayu tutup kes & bagi kawen bila dah di kawenkan buat anak orang macam tu.



Dia baru 12 tahun.. budak mentah yang baru nak kenal hidup sepatutnya orang2 yang lebih matang & berusia di sekeliling dia bantu dia bukan menganiya apatah lagi mendera. Takpe lah dik.. Allah maha mengetahui. Mungkin itu yang terbaik buat awak. Tabahlah..

Pihak lelaki menafikan apa yang pihak perempuan cakap jadi siapa betul atau salah Allah yang menentukan. Samada betul pernah ada laporan polis di buat kes rogol tu mesti ada record.. Jadi kalau ada rekod bermakna kalau budak laki tu nafikan pernah buat pun tak guna jugak la kan..

Rogol yang di maksudkan samada rogol yang di klasifikasi untuk orang yang melakukan seks dengan kanak2 bawah umur walau dengan kerelaan gadis tu sendiri atau Rogol kerana di paksa melakukan tanpa rela. Allah lebih mengetahui segalanya

P/S : Ada percanggahan yang den kesan statement bapak budak perempuan ni.. Dulu dia cakap bagi kawen sebab anak dia ikut budak laki tu sampai tak balik rumah & tinggal dengan budak laki tu.. kalau betul mak bapak budak laki tu tak suka budak perempuan tu macam mana boleh tinggal sekali masa sebelum kawen. sekarang cakap bagi kawen sebab kena rogol. Jadi memang rumit jugak nak kesan siapa salah sapa betul, kan??

P/s : Kalau 12/13 tahun tu tak reti masak lagi accept jer.. 12 tahun sekarang bukan macam budak 12 tahun dulu2.. kalau betul dia biadap, memang kena jugak tegur sebagai mertua ataupun ibu bapa. Apapun kesimpulan dapat di buat.. den pun tak pasti sapa betul sapa salah. Masing2 nak betulkan diri sendiri

Sumber berita Astro Awani

 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

9 comments:

  1. Sedih lah baca pasal budak2 ni. Mmg menitis air mata fikir penganiaan yang berlaku. Cuma mingkin xtau sejauh mana kebenaran cerita ni kan.

    ReplyDelete
  2. mls nak amik tahu kisah2 mcm ni..dh tahu da cnfirm ada pendapat yg bercanggah..masing2 nak buka aib ble benda mcm ni berlaku..alahai...perlu ke si ayah tu nak gtau seluruh dunia yg anak dia penah kena perkosa..x malunyeee...drp org xtahu jadi tahu..xphm motif perlu ckp gtu.

    ReplyDelete
  3. betul sejauh mana kebenaran kita tak tahu sebab bila berlaku penceraian timbul pulak cerita2 camni. samada betul di rogol atau di klafisikasi sebagai rogol sebab dia bawah umur tapi kejadian tu berlaku dengan kerelaan dia sendiri.. tak tahu la kan?? bab mertua dera sampai tak bagi makan.. kalau betul memang kesian.. tp tu la statement sebelah pihak ni kadang2 tak boleh pakai. terus terang memang saya pun ragui jugak cerita ni

    ReplyDelete
  4. entahlah, kita tak berada dekat tempat diorang
    kita hanya tahu berdasarkan hebahan dari media sahaja
    sejauh mana kebenarannya, hanya mereka yang terlibat tahu

    yang pasti, kalau saya mak bapak budak perempuan tu,
    saya tak akan bagai anak saya dikahwinkan dengan perogol.
    ianya penganiayaan!

    ReplyDelete
  5. Kesian cuba bayangkan budak perempuan tu anak kita, budak lagi kot baru 13 tahun. Sebagai ibubapa kita tentulah mahukan yg terbaik buat anak.

    ReplyDelete
  6. Hanya DIA yg maha mengetahui. Tapi simpati juga kat nasib budak pompuan tu.

    ReplyDelete
  7. Kalo salah pun xkan smpi talak 3?...sape yg ajo ni...?fikirkan..

    ReplyDelete
  8. Dia hanya menidurinya setelah sah diijabkabulkan, sebelum itu tidak pernah menidurinya tapi perkosa tu memang ada.
    Adalah sesuatu yang amat payah (hampir mustahil) bagi seorang bapa untuk membuka keaiban anak perempuannya sendiri. Sukar dipercayai beliau sanggup menikahkan anaknya yg telalu muda ketika itu. Rentetan penceritaannya nampak lebih diterima akal demi untuk kebaikan anak perempuannya dan pasangan. Dari cerita pihak suami pula jelas menunjukkan kegagalan suami itu sendiri berperanan sebagai pemimpin keluarga, malah meletakkan kesalahan pd isteri. Nampak seperti melepaskan anjing tersepit.
    Ayuh en. Saad, usahakan sesuatu untuk membatalkan penarikan laporan polis itu dan ambil tindakan pd pihak berkenaan. Ini adalah untuk memberi pengajaran kpd pihak yg menganiaya anakmu itu. Bertindaklah dgn lebih bijak!

    drp bapa prihatin

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!