BINI ARTIS SENTAP KRITIK SYASYA SOLERO TERUS BLOCK AKU

7.12.13 Suria Lekatlekit 7 Comments

Petang semalam semasa berjalan jalan di news feed FB terserempak dengan gambar2 yang di upload oleh seorang retis lelaki ni. Gambar2 dia bersama seorang budak perempuan yang menjadi model dalam video clip terbaru dia. Wah.. rupanya si budak macam cantik jer.. macam comel jer.. siapa lagi kalau bukan si syasya solero tu.. Dah jadi retis.

Den pun komen la dengan ikhlas kat gambar tu cakap si budak tu bagi den tak talented dia hanya berjaya membuat 1 video tak berapa cerdik seterusnya mencipta 1 kontroversi yang berjaya buat dirinya di kenali seterusnya di angkat menjadi retis gitu. Tak nampak pun sebarang bakat dia ada sebelum ni.. tup tup dah jadi retis gitu. Sebelum den cerita kejadian yang berlaku selepas den komen macam tu den nak jelaskan dulu apa sebenarnya yang den nak sampaikan..


Ada bidas dah rezeki dia ko nak jeles apasal. Ok.. ok.. soal rezeki kita tak boleh nak pertikaikan tapi yang den pertikaikan bukan soal rezeki sesiapa soalnya kalau budak macam ni di angkat menjadi retis tak mustahil akan ramai lagi budak2 yang akan tiru apa yang si syasya buat sebab dorang nak jadi popular seterusnya jadi retis mee segera. Bayangkan kalau depa pikir syasya buat video tayang biji mata sambil cakap macam comel jer.. macam cantik jer.. pun boleh glemer kalau tayang benda yang lebih hot sambil cakap benda yang sama agaknya apa jadi?? Memang akan dapat perhatian.. tapi kesannnya?? Budak2 akan ketepikan segala rasa malu & maruah diri & keluarga semata mata nak meraih perhatian agar jadi terkenal seterusnya menjadi batu loncatan untuk terjun ke dunia hiburan dengan mudah.

Penggiat seni sekarang memang boleh nampak suka menyemakkan industri hiburan dengan sampah. Asal muka cantik/ensem ada kontroversi.. glemer popular cukup untuk di angkut jadi retis. Sampai si bobo buat video menari ala2 cacing kena minyak panas pun MIG boleh angkut jadi artis bawah naungan dorang apatah lagi si budak syasya yang bermuka comel lote tu. Tapi kesan negatif yang bakal kita nampak.. Benda membuat video memperbodohkan diri atau memalukan diri sendiri bakal jadi trend di kalangan budak2 remaja semata mata nak raih perhatian ramai di laman sosial & jadi terkenal sekelip mata. Sekarang bukan anak kita.. tapi macam mana kalau anak2 kita satu hari pun terjebak?? tak mustahil la ramai lagi akan buat sebab dorang tau boleh dapat tempat dalam industri hiburan. Ramai budak2 berangan nak jadi artis sebab tu la banyak video2 tak berfaedah depa upload.. kalau bukan sebab nak raih perhatian ramai takde sebab depa nak buat video bodoh yang takde pekdah kemudian upload, kan?? Jadi bila budak2 macam ni di angkat ke satu peringkat yang di iktiraf maka.. dia akan jadi icon. Bila jadi icon ramai la nak jadi macam dia & tiru apa dia buat

Album gambar ni la yang den komen seterusnya kena block dengan si bini retis tu

Secara detailnya den maksudkan macam tu la dalam komen2 pendek den kat gambar retis tu upload tapi bukan si retis tu yang tacing si bini dia pulak yang tacing. Yang di kritik syasya solero yang sentap bini retis tu pulak. so how??? kelakar tak Uolls?? Sampai block den kat FB dia hanya sebab komen2 macam kat bawah ni...

Ni antara komen2 yang buat beliau itu tacing 

Bagi den lawak je kejadian ni. Cuma den terfikir kalau nak komen apa saja melibatkan laki dia yang sorang retis tu kena puja puji je ke?? Rasanya dalam dunia retis kau jangan harap 100% pujian dari semua orang kot sebab mustahil sangat. Siti Nurhaliza pun tak mampu dapat semua tu inikan pula artis yang level bawah siti Nurhaliza. Tapi den respect dengan retis tu.. dia cool & tak melenting tapi dia mengaku faham apa yang den maksudkan. Maybe dia dah biasa dengan dunia retis & dia tahu macam mana nak berdepan dengan kritikkan walau den tak kritik langsung artis tu.. den cuma komen pasal budak syasya solero tu jer.

Tapi yang paling best dia nak block tu dia kata tak bersubahat maybe dia nak cakap takut dosa... lawak jugak tu sebab kalau dia rasa baca komen den pasal syasya solero tu 1 dosa sangat yang amik budak tu berlakon video clip laki dia dapat ganjaran pahala melimpah ruah ker? Den tak sure kenapa dia sentap sangat bila den kritik2 manja si syasya solero tu.. adakah dia memilih budak tu sebagai model dalam video clip laki dia membuatkan dia sentap tahap gaban dengan kritikkan tu.. Tak sure tapi maybe la kot kan?? Yelah.. budak tu kan tengah hot & spicy lagi so tak pelik la orang nak guna publisiti dia tu kan..

Apapun kepada bini retis tu.. Jangan hanya anggap yang memuji itu kawan.. yang mengkritik itu lawan takut dalam pujian kau di tikam bertubi2 tanpa rasa sakit tup2 rebah menyembah bumi jer. Belajar terbuka sikit terima kritikan bukan asal di kritik je terus banned/block orang padahal rasanya den komen dengan penuh berhemah kot. cuma komen yang di delete tu den komen macam ni.. macam tut.. jer.. Tut tu bukan merujuk perkataan carut ke hapa.. nak kata bodoh tapi macam tak sopan pulak. kekekekeke itu jer.

Apapun setakat di block @ remove dari list friend tu bukan masalah besar pun bagi daku ni. Hari2 pun ada orang add.. apa nak kisah add & remove tu. Normal kehidupan di laman sosial cuma cara bini si retis tu sangat2 kelakar.

P/S : dah muncul 1 lagi video budak perempuan dok tayang mata besar sedang di sebar kat FB sekarang ni.. see... akan ada pengaruh punya.kekekekeke

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

7 comments:

  1. baca sambil zip mulut.. ziipppp... hihi

    ReplyDelete
  2. berani awak ni.. hehehe.. sy pon x setuju gak.. bg lah org2 cerdik popular.. x kesah pon.. hehehe

    ReplyDelete
  3. erkk. Razfira saya bukan sebar fitnah kenapa nak takut. sy just nak explain sebenarnya. siapapun dia.. kenapa pulak nak kena takut kan

    ReplyDelete
  4. percayalah, nanti ramai anak muda harapan negara ni akan terikut dan turut memperbodohkan diri, keluarga dan agama. Macam si budak couple seminggu tu. -.-' haih apa la nak jadi dengan industri hiburan negara kita, senang sgt nak jadi famous.

    ReplyDelete
  5. hehehe..terbaik lah akak..saya pun terkejut,last week saya ada baca 1 blog ni..bdk syasya ni bergambar dgn Bobo..motip? dah jd artis ke..bila akak bt entry ni sah la..dh jd artis rupanya..

    ajar lah anak2 kita jd manusia yg tahu malu mcm islam suruh..tahu adab..supaya tak bertambah lagi statistik syasya dan bobo ni..

    artis skrg dh x mcm dulu..majoritinya nk popular berbanding tunjuk bakat :(

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!