KORANG MASIH BUAT AIS BATU GUNA AIR PAIP KAT RUMAH?

26.2.14 Suria Lekatlekit 13 Comments

Kalau zaman dulu2.. tak semua orang ada peti ais kat rumah memang majoriti kita tengok bila buat ais batu atau orang kedah cakap ais ketoi guna air paip jer. Takde nak masak2 dulu air nak buat ais tu. Tadah je kat paip masuk dalam peti ais tempat beku.. tunggu beku jadilah ais. Bila jadi ais... Nak buat minuman masukkan je dalam air perasa. Air perasa pandai pulak buat guna air masak. Hahahahaha... kelakar kan??


Tapi zaman sekarang masih ada kah yang buat ais batu guna air paip kat rumah?? Confirm masih ramai yang pratikkan benda tu. Tapi kat umah den kalau hangpa mai minum air ais Insya Allah selamat sebab semua benda yang nak di jadikan minuman termasuk ais memang cheq guna air masak.

Sumber kat SINI

Kadang2 pelik jugak.. kita takkan minum air paip (kecuali dalam keadaan darurat la). Kita akan pastikan air tu di masak dulu ataupun kita nak minum air kosong yang tak di masak pun air mineral tapi kita mustahil akan minum air terus dari paip tapi bila bab ais je kita boleh pulak terima air paip sedangkan bila ais tu cair dia tetap jadi air yang kita minum. Lalu pulak kita minum air paip bila dah jadi ais yer.. Kalau kat luar tu kita tak mampu nak control la tapi kalau kat rumah kita mampu mengubahnya. ye dak??

Sumber SINI

Tapi pernah satu peristiwa yang berlaku depan mata daku sendiri kat sebuah gerai makan.. kita dok tunggu dia bungkus order sambil2 dok perati la pakcik ni buat air sirap. Lepas masuk air gula & sirap tetiba tengok dia tadah plastik air tu kat paip & selamba buka paip isi air dalam sirap tu. kemudian masuk ais straw ikat tali bagi kat orang. Mak Aai.. terang2 depan mata tu. Kalau korang gamaknya korang datang lagi tak??? Sendiri jawab..

Sebenarnya minum air tak di masak ni agak bahaya boleh menyebabkan penyakit & kematian jugak. Sekarang ni macam pencemaran air berlaku.. Walau hanya seketul ais tetap menggunakan air. Bila dia beku tak mengubah apa2 selain dari cecair kepada beku & dia akan kembali cair bila kita campurkan dalam air untuk kita minum. Bila kita buat ais dengan air tak di masak samalah macam kita minum air tak masak jugak, kan??

Jadi.. pada para suri kat rumah tu yang memang kerja kita la isi air dalam peti ais.. buat ais bagai.. hanya kita je boleh control semua tu. Alahai masak air  sejuk kan tu bukan susah mana untuk buat seketul dua ais batu, ye dak?? So,jadikan kebiasaan & amalan buat ais batu guna air masak untuk kesihatan seisi keluarga.

P/S : Zaman sekarang banyak rumah yang dah ada penapis air & depa rasa confident guna air yang di tapis buat ais batu macam family den kat kampung tapi asben den kata tetap rasa air paip. Even jadi ais pun dia boleh beza air tu di masak atau tak

13 comments:

  1. sebelum pakai penapis air pakai air masak.. tapi dah pakai penapis pakai air tapis je.. rasa macam air mineral air tapis tu..so tak risau sangat..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tak gemar sangat minum air yg di tapis tu tetap kena masak jugak tak kira air tu di tapis ke tak.. tak tau napa. rasa payau.. tp kalau mineral water boleh je minum terus

      Delete
  2. lama dah tak buat ais kat rumah..tapi kerap jugaklah sakit tekak kalau beli air kat luar especially yg tepi jalan tu.. anak selalu jugak batuk selsema

    ReplyDelete
    Replies
    1. asben saya dulu memang batuk berpanjangan.. tp sejak kawen & kat umah memang dia kuat minum ais jugak macam dulu tp Alhamdulillah batuk dia dah takde. maybe sebab sebelum ni minum ais yg tak di tapis atau di masak kot air dia

      Delete
  3. dah lama tak buat ais ketul. cuma guna air yg dah ready letak dalam fridge kalau nak minum air sejuk

    ReplyDelete
  4. salam mami lala..

    eheh..sejak dari dulu lagi mak praktik buat ais guna boiling water,, idok ler teman mkn ais yg terus dari air paip..huhu... sekarang ni mak dah pasang water filter,, ttp jugak rebus air tu baru la selamat nk telan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus ramai dah ada kesedaran tp ada kawan dia dulu dorang jangankan ais.. air sejuk dalam peti tu pun guna air derect dr paip. Gila lah saya tengok dia isi berbotol simpan dalam peti ais setiap hari

      Delete
  5. Kat rumah aku mmg pakai penapis air semata2... takde nak masak2 kecuali kalau nak air panas... ais kat rumah pun buat dgn air tapis... aku yakin dgn air tapis sbb system tapisan yg aku pakai tu dah ade segala mcm sijil pengiktirafan... itu jer yg meyakinkan... nak test sendiri air tu bersih ke tak mmg tak la kannn... kalau masak tp tak tapis pun tak baguig gak sbb masak hanya bunuh bakteria tp tak karat n kotoran yg dtg dr sistem paip... sbb tu kalau dah biasa masak air paip tak tapis... cek tgk dlm dasar cerek tu... mesti ade keladak or karat yg terperangkap situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi yang berkemampuan beli penapis air tu ok la... bagi yang tak mampu pilihan yang ada cuma masak air. Bila cakap soal kemampuan semua golongan.. masak air la paling sesuai. kang dok highlight pasal penapis air je paling selamat yg tak mampu.. tak nak minum air pulak nanti. hahahahaha

      Delete
  6. Memang tak lah klo dah tgk mcm tu dia bancuh air. Saya buat ais pakai air masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus.. kat rumah kita boleh control kita control kat luar kita terpaksa tawakal je la kan

      Delete
  7. zura reti guna air masak utk buat ais lepas kena marah ngn kakak ipar dulu..masa tu tahun 2000 kalu tk silap...tp kan, ais yg kita beli kt kedai tu tk semua guna air masak kan...jenuh la dorang nk panaskan air utk buat ais berpuluh2 kilo...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!