80% RAKYAT MALAYSIA MEMANG SENSITIF ISU MH37O DIJADIKAN BAHAN GURAU

21.3.14 Suria Lekatlekit 3 Comments

Kecoh bila Chef Wan muat turun status berunsur gurauan pasal pesawat Mh370 yang masih sehingga kini belum di temui. (Boleh rujuk entri berkaitan tu kat SINI )Marah benar rakyat Malaysia dengan chef wan.. Bukan kata chef wan.. sebelum ni pun Zed Zaidi teruk kena hentam sebab jadikan isu Mh370 untuk bergurau. Bukan golongan retis jer kena hentam.. orang awam pun kalau dok up status yang bukan2 pasal MH370 pun tetap kena hentam.

Jadi sapa2 jer tak terkecuali di hentam kalau tak sensitif dengan isu yang melibat nyawa & keselamatan orang lain ni. Mengikut survey yang aku baca kat astroawani 80% ++ rakyat malaysia nak chef wan buat permohonan maaf atas apa yang dia dah buat selebihnya lagi tak kisah. Nak2 lagi dia keluar kenyataan memang dia sengaja buat lawak camtu semata2 nak tengok reaksi rakyat Malaysia katanya.. sekarang dah tengok, kan?? hope jadikan pengajaran ler.  Even dia kata rakyat malaysia ni memang cepat melatah & suka mengutuk orang.. Rasanya dia pun tergolong dalam rakyat malaysia yang macam tu jugak kot. Selama ni dia jer dok hentam orang kan... sekali sekala kena hentam pun bagus jugak untuk sel2 otak berhubung. kekekekeke... (termasuk la diri aku jugak)


 Sumber astroawani

Moral of the story... Pada sesiapa sekalipun termasuk diri sendiri, kita kena ingat ada perkara yang boleh dijadikan bahan gurau ada yang tak boleh. Memang hidup kalau statik & serius jer pun tak happening.. tapi banyak lagi perkara yang boleh di jadikan bahan gurau kenapa isu yang serius & besar macam ni jugak kita pilih nak main2. Cuba ada ahli keluarga chef wan atau sesapa sahaja yang jadikan isu MH370 tu sebagai bahan gurau terlibat sama.. Gamaknya ada hati lagi tak dia nak berlawak? So, kalau kita tak mampu nak rasai kesedihan orang lain.. tolong hormati perasaan orang. Tak susah, kan?? Peace!

P/S : Ehem.. hem.. tak payah bangga sangat la Dato Chef Wan Ooi.. boleh buat orang marah. Tak elok untuk kesihatan orang2 tua macam Dato. kekekekeke

3 comments:

  1. sepatutnya benda2 cm ni xleh bawak bergurau kn... lagi2 belum dapat keputusan yg tepat.. lg satu paling saya benci biler benda ni dipolitikkan.. sama2 la kita doakan yg terbaik utk mh370...

    ReplyDelete
  2. Salam Mami Lala..
    hahaha.. kan dah kena..
    tp tak tahu plk psl kes chef wan ni.. jap..nk p tgk entri satu lg.. ^^

    ReplyDelete
  3. chef wan ni mmg suka menyindir,hari tu pasal nasi lemak telanjang tu dkt mas airlines lah,tp sy rasa dia naik pesawat lain,bkn yg mh370 tu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com