BAGAI SATU DOSA MENJADI PILOT MH370

27.3.14 Suria Lekatlekit 2 Comments

Dimana letaknya hati bila takde langsung rasa simpati.. Adakah hati mereka di tapak kaki yang fungsi untuk di pijak2 je? Kalau hati dia letak di tapak kaki tak pelik la dia takde rasa.. Tapi tapak kaki pun ada rasa jugak.. rasa sakit kalau terpijak benda yang menyakitkan.. rasa geli bila terpijak benda mengelikan.. Gamaknya berkongsi hati dengan syaitan kot. Sebab makhluk Allah yang paling takde perasaan baik adalah syaitan jer..

Di akui aku bukan manusia baik sangat.. Tapi aku manusia yang masih ada perikemanusiaan pada manusia lain bila manusia lain itu di timpa musibah. Nak2 lagi dalam isu besar melibatkan nyawa & keselamatan orang lain. Di celah2 orang masih sedih dengan kehilangan pesawat Mh370 yang membawa beratus nyawa dan di katakan pula berakhir di lautan paling ganas, Lautan Hindi.. Masih ada yang nak ambil kesempatan melariskan penulisan mereka.

Tersentap jugak hati Bila menjadi tajuk besar tentang masalah rumahtangga salah seorang yang terlibat dalam Mh370.. Yang di katakan ada masalah rumahtangga & mungkin menjadi penyebab pada apa yang berlaku pada pesawat MH370. Mentang2 dia yang mengemudi pesawat tu macam2 tuduhan & macam2 keaiban dia orang nak canang sedangkan takde satu bukti pun lagi yang mengaitkan dia dengan semua tuduhan tu. Macam satu dosa pula dia menjadi pilot sampai dah di katakan sudah meninggalpun cerita keburukkan dia masih belum bernoktah. Ada saja benda yang pakar2 spekulasi ni nak jadikan bahan teori mereka nak kaitkan Kapten Zaharie sebagai punca nahas tu berlaku. Betul atau salah.. tetap jadi salah kalau tuduhan tu takde bukti.

 Kasihanilah beliau..

Mungkin dia dah terkorban seperti apa di katakan dari penganalisis & pakar2.. Masih tergamak korang untuk mencanang aib orang yang dah tiada lagi. Tak mampu aku nak selami isi2 hati orang2 macam ni. Gamaknya apa yang depa ni rasa? Depa je ada jawapannya

Wahai hati2 yang takde rasa.. Mungkin korang ada masalah sensori maka di nasihatkan segeralah berjumpa dengan pakar psychiatric & pulihkan deria2 rasa & perasaan korang yang dah takde tu. Simpatilah pada keluarga mereka yang perlu mengadap berita sedih di tambah lagi dengan fitnah2 korang tu.

P/S : Biar dari manapun sumber tak sahih yang korang dapat.. Tak perlu la jadi salah seorang yang menyebar atau mensensasi cerita tu. Perhatian korang la buat orang semakin galak untuk terus buat spekulasi. Sepatutnya di tegah bukan di canang.. Tak kira la kau nak tunjuk apa yang media luar tulis, yang kau dok jadi agen media luar tolong canang tu dah apa kes!

Ya Allah.. masih menjadi rahsia Mu.. Mh370 masih lagi menjadi teka teki. Kau bukakan jalan.. permudahkan.. Urusan mencari & menyelamat. Moga ada kesimpulan dan jawapan pasti, mengakhiri semua fitnah & spekulasi.

Bertabahlah wahai waris2 mereka. Sesungguh kamu di Uji dengan kasih sayangNya

2 comments:

  1. Salam Mami Lala..

    dah mcm2 cerita yg tidak elok didengari..
    semoga waris2 mereka ditabahkan hati..
    allah yg maha mengetahui..

    ReplyDelete
  2. seriously memang tak faham siapa aje yang buat gitu
    senang betul menjatuhkan hukuman

    semoga dipermudahkan segala urusan pencarian
    terungkai segala persoalan yang belum ada jawapan

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!