HARI KE 5 MISTERI KEHILANGAN MH370,MUNGKIN INI PETANDA BAIK

12.3.14 Suria Lekatlekit 5 Comments

Aku ada baca jugak pasal ni sejak semalam tapi baca dari blog2 yang suka menyebar benda tak sahih ni memang aku tak ambil sebagai benda serius. Diaorang tu cuma gila rating bagi aku.. Gila copypaste dari semua sumber berita tak kira sahih ke tak janji ada berita gempak tentang isu yang tengah hangat. Sungguh kurang sensitiviti & perikemanusiaan manusia2 itu. Yelah..mereka tak merasai sakit sebab bukan mereka yang terluka macam mana nak rasa perit pada derita orang lain. Teruskan berpesta dengan kedukaan orang lain sampai satu masa nanti kalau Allah nak balas, Insya Allah korang jugak akan rasa apa yang orang lain rasa hari ini.


Berkenaan dengan petanda baik yang aku harapkan tu.. adalah bilamana ada ahli keluarga mangsa yang berjaya hubungi talian telefon mangsa. Ada deringan tapi tak berjawab. Mungkin pihak berkuasa boleh mengesan lokasi mereka. Yelah.. kalau ada frekuensi, selalunya boleh detect. Harap Allah membuka jalan untuk para penyelamat mengesan semua mangsa2. mungkin mangsa2 berada di daratan. Ini mungkin saja mengikut andaian aku. Kita doakanlah yang baik & terbaik. Selebihnya hanya Allah juga yang lebih mengetahui..

Sumber Harian Metro

Update terkini :
Satu lagi mungkin menjadi petunjuk pada anggota keselamatan menjejaki mangsa2 yang terlibat dalam misteri kehilangan pesawat MH370. Moga semua clue ini membantu.. Dan moga mereka cepat di temui dengan selamat
 
 Sumber Harian Metro

Apapun jangan berhenti berharap & berdoa. Ucapkanlah kata2 yang baik untuk trajedi yang masih menjadi misteri moga kata2 & ucapan yang baik itu menjadi doa2 yang termakbul. Dan berhenti sebarkan berita tidak sahih atau spekulasi yang tidak berasas supaya tidak menganggu operasi mencari & menyelamat. Kita tak mampu untuk ikut serta dalam misi mencari & menyelamat tapi kita masih ada doa untuk kita hulurkan pada mereka. Kuasa doa adalah senjata paling terbaik untuk manusia. Berdoalah.. Moga Allah beri petunjuk dimana MH370 bersama isi kapalnya berada. Moga mereka dalam keadaan selamat.

5 comments:

  1. as-salam sis :)

    ye betul tu sis.berpinar mata baca macam2 entri dan status di media sosial.ada tu sekadar nak merancakkan lagi situasi yang tengah genting ni hurmmmm.....

    p/s-->sentiasa berdoa agar Allah leraikan kekusutan,ni

    ReplyDelete
  2. Banyak sgt spekulasi...tadi ada sorang kawan kecoh kata jumpa terhempas kat PD siap soh buka mlay mail lagi. Akak menggigil dengar, bila dpt tau benda tu tipu akak terus nangis.

    ReplyDelete
  3. Sekarang dh x leh nk pcy da..apa2 tunggu pc je...x suka ngan pakar2 penerbangan yg memandai2 ni.....x fikir perasaan org...

    ReplyDelete
  4. salam mami lala..
    alhamdulillah..semoga allah permudahkan segala urusan dlm pencarian MH370

    ReplyDelete
  5. Yang akaun QQ tu macam misteri menakutkan la pulak..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!