KEHILANGAN MH370 MASIH MENJADI MISTERI YANG TAK TERUNGKAI DENGAN TEKNOLOGI MANUSIA

11.3.14 Suria Lekatlekit 4 Comments

Sejak kehilangan secara misteri pesawat MH370 yang tiba2 ghaib di udara aku memang banyak membaca berita, spekulasi, pendapat2 orang yang berpengalaman mengendalikan pesawat & semua artikel berkenaan. Dari pagi hingga tengah malam.. Aku tak jemu untuk baca atau ikuti apa saja perkembangan tentang MH370.

Sebelum ni kita terlalu di dedahkan dengan teori sains tentang kehilangan MH370.. sehingga menolak akan kemungkinan yang berlaku mungkin di luar batas akal seorang manusia. Bila mendengar pendapat & teori bekas ketua kapal Kapten Noruddin Abd Majid, katanya sebagai yang beriman kita kena percaya pada ketentuanNya. Sebab pesawat hilang secara tiba2 bukan kali pertama berlaku.

Sumber Sinar harian

Mungkin ada kebenaran kata2 kapten tu yang berpengalaman mengendalikan pesawat tu.. Secara logik untuk kita fikir, bagaimana pesawat tu boleh hilang sekelip mata tanpa ada amaran kecemasan sekiranya berlaku apa2 yang tidak di ingini di atas pesawat. Ghaib dengan sekelip mata! Itu kita kena terima.. Ya Allah, sesungguhnya kuasa Allah itu tidak terjangkau akal seoarang manusia. Seberapa canggih teknologi ciptaan manusia tetap kepadaNya juga kita memohon pertolongan & hanya Dia sahaja mampu merungkai misteri kehilangan MH370. Sesungguhnya kehilangan MH370 adalah satu fenomena luar biasa.

Sehingga hari ni tiada sebarang petunjuk samada ia terhempas di lautan atau di daratan.. Apakah MH370 masih terawang di udara dalam satu alam yang di panggil alam ghaib? Hanya Allah lebih mengetahui & tiada kuasa dapat merungkai misteri ini selain kuasa Allah. Doa2 dari orang yang soleh & ahli keluarga mangsa yang masih bersedih saat ini adalah yang terbaik.


Video temu bual bersama Kapten Noruddin Abd Majid,

Apapun kejadian ini semoga kita mengambil iktibar.. Allah itu maha besar. Dan tiada apa yang mustahil boleh terjadi selagi dengan keizinanNya. Terus berdoa & memohon simpati Allah semoga Dia memberi petunjuk dimana MH370 berada bersama isi kapalnya. Ya Allah.. tiada lain yang ku sembah melainkan Allah.. Maka kepada Mu juga ku mohon segala pentunjuk agar MH370 di temui semula bersama mangsa2 nya.

P/S : Sudah masuk hari ke 4... MH370 masih menjadi rahsia Allah.. Ya Allah sekiranya mangsa2 masih bernyawa kau lindungi lah mereka. Kau berilah petunjuk kepada semua pasukan penyelamat untuk menemui mereka.
P/S : Berikhtiar la dengan cara apa sekalipun selagi tidak melanggar hukum Allah..

4 comments:

  1. saya tengok semalam dekat buletin utama
    pagi ni pun dia ada dekat mhi
    dia bukan orang sebarangan

    apa yang dicakap tu benar dan saya suka bila dia bercakap
    nampak seorang yang tawaddu

    ReplyDelete
  2. rahsia disebalik bomoh klia. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu rahsia lain.. Ni Rahsia Allah yang kita tak boleh pertikai & buat main.. Rahsia bomoh kat KLIA tu.. hurmmm... tak tahu nak komen. takut salah komen nanti orang kecik hati. Apapun terima apa yang logik akal kita boleh terima.. & terima apa yang ada dalam ajaran Islam kita.

      Delete
  3. Salam Mami lala..

    hanya allah yg maha mengetahui..
    semoga allah permudahkan segala urusan dalam menemui MH370

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!