MH370 BERSEMADI DI LAUTAN HINDI, SALAM TAKZIAH

24.3.14 Suria Lekatlekit 4 Comments

Akhirnya.. segala teka teki.. segala spekulasi.. segala andaian.. segala tuduhan terjawab malam ni. Ya Allah.. Kau lebih mengetahui segalanya.. Kau lebih mengasihi mereka.. Kau akhiri destinasi di lautan hindi.. Kau juga lebih tahu kenapa mengapa..


Salam takziah & Al fatihah buat semua mangsa. Ya Allah kurniakan kekuatan & ketabahan pada semua keluarga mangsa agar mereka dapat redha dengan ketentuanNya..


Ku bingkiskan kata dalam puisi
Kerana tiada ayat lagi mampu ku bercerita
Perit rasa hati
Menerima suratan dari Nya
17 hari kami menanti
penuh teka teki
penuh spekulasi
penuh andaian itu ini
Masa telah tiba
Rahsia Allah terbongkar juga
Dengan izin Nya
Kau khabarkan pada kami
Dengan berita dukacita ini
Namun tetap kami syukur
Kau lebih mengasihi mereka
Kasih yang tak mampu kami ukur
Trajedi ini bukan satu malapetaka
Tanda bencinya Allah pada manusia
Tapi peringatan kepada kita
yang adakala lalai dan leka
Ya Allah terima kasih mendengar doa & rayuan kami
Selama  17 hari.. akhirnya kau bersimpati
Moga yang pergi Kau jaga disana
Kami disini akan terus berdoa
Moga dosa kami & mereka mendapat keampunan dari Nya
Pada mereka bersemadi di Lautan hindi
Moga kamu bersama orang2 yang di kasihi
Jangan menangis waris mereka
Kerana Ajal kita semua
sudah di tulis yang Esa
Biar airmata menjadi kekuatan
MH370 memori,trajedi kekal dalam ingatan.
Tenang kamu semua disana

24 Mac 2014
Berhujan airmata seluruh dunia
Pada insan2 berjiwa
Tunduk mengadap kenyataan
Tenggelam Mh370 bersama insan
Mungkin selepas ini
Tiada lagi tangis tawa mereka
Ya Allah ku hanya membayang
Kedukaan mereka yang bukan kepalang
Aku sudah rebah, Aku rasa lemah
Aku seolah mendengar
mereka menangis dalam samar
Meratapi pemergian tak berjenazah
Peluk cium kain baju arwah arwah
Rupanya tiada tertulis
Mereka bertemu, berpelukan & menangis
Ya Allah.. Aku yang rebah
Ya Allah kau sertakan bersama tabah
Agar mereka gagah biar payah
Ku kira 16 hari lalu..
Mereka masih menunggu
Namun takdir Allah menulis segalanya
Mereka menunggu kita di sana
Memori penuh duka dan airmata
MH370 terpahat kenangan luka

4 comments:

  1. semoga ahli keluarga dorg tabah hadapi dugaan ni..Al-fatihah & slm takziah buat keluarga mereka :(

    ReplyDelete
  2. Kesedihan kita dilantun bersama doa buat mereka. Al-Fatihah. Walalpun jauh disudut hati akak menolak kenyataan pilu ini.

    ReplyDelete
  3. salam mami lala..

    semoga keluarga mereka yg terlibat tabah dlm melewati ujian ini..
    hasbunallah wani'mal wakil.. :(

    ReplyDelete
  4. takziah buat semua ahli keluarga penumpang dan kru
    pesawat malang tu
    ALLAH Maha Mengetahui

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!